Thursday, May 11, 2017

KENA PAS RAKYAT PILIH, YB TINGGAL PAS DIMINTA LETAK JAWATAN


PAS oh PAS, kenapa pusing-pusing.Macam mana tak pusing, ini jawatan punya pasal.

Apabila terdapat wakil rakyat Pas meninggalkan Pas, mereka desak kosongkan kerusi kerana YB tersebut menang atas tiket Pas.Namun apabila Pas putuskan hubungan dengan PKR dan Dap, mereka masih kekal dalam Kerajaan Selangor kerana rakyat pilih PR untuk merintah Selangor, bukan pilih Pas.

*KENYATAAN RASMI PAS NEGERI SELANGOR BERHUBUNG KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS*

PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Oleh yang demikian PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

Walaubagaimanapun demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU ke 13 lalu maka PAS Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri sehinggalah tamat penggalnya nanti.

*YB Sallehen bin Mukhyi*
_Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor_

11 Mei 2017

No comments:

Post a Comment