Wednesday, May 17, 2017

IJN: Hadi selamat jalani pembedahan, kini dalam rawatan rapi


hadi-ijn
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat menjalani pembedahan penggantian injap (valve replacement) di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

IJN dalam kenyataan berkata, presiden PAS itu kini dalam unit rawatan rapi (ICU) bagi pemerhatian rutin pasca-pembedahan selama beberapa hari.

“48 jam seterusnya adalah tempoh paling genting bagi rawatan pasca-pembedahan dan beliau akan diletakkan di bawah pemantauan rapi oleh pasukan doktor dan jururawat,” kata kenyataan itu.

Hadi semalam dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital di sini dan akan menjalani rawatan intensif mulai hari ini.

Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara sebanyak 2 kali pada tahun lalu, iaitu pada Januari untuk rawatan rutin dan Oktober untuk rawatan susulan.

No comments:

Post a Comment