Thursday, May 4, 2017

Kabinet baharu menjelang PRU14

Roslinda Hashim




ALOR SETAR - Biar pun Muktamar Pas ke-63 melabuhkan tirainya setelah berkampung lima hari di Kedah, namun persoalan yang dinantikan masih belum terjawab.

Isu memutuskan tahaluf siyasi walaupun diterima sebulat suara perwakilan dan dewan-dewan parti, keputusan itu hanya akan dimuktamadkan Majlis Syura Ulamak Pas.

Namun siapa kepimpinan bahtera ‘hijau’ ini sudah pun terjawab dan mendapat sokongan padu ahlinya menerusi proses pemilihan menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi).

Sistem pengundian yang pertama kali diperkenalkan ini menjadi indikator proses pemilihan parti pada masa akan datang, di mana hanya mengambil masa sekitar tiga jam, malah diyakini lebih telus.

Kita juga bakal menyaksikan penglibatan lebih aktif dua anak tokoh Pas, yang juga anak kepada Presiden Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerajui Pemuda. Manakala anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz sebagai AJK Pas Pusat.

Keduanya, diyakini akan mewarisi kepimpinan ayahanda masing-masing dalam merencana hala tuju parti mendepani PRU14 yang disifatkan getir dengan adanya saingan lebih banyak parti politik.

Melihat kepada barisan kepimpinan baharu, Pas yang dilabel sebagai ‘parti lebai kampungan’ membariskan bukan calang-calang pemimpin. Latar belakang pemimpinnya tidak lagi menggambarkan parti ‘pak lebai’, namun dibarisi insan berpendidikan tinggi dalam pelbagai bidang pengajian.

Kabinet Pas ini adalah gambaran masa depan parti melakar kedudukan Pas pada PRU14, sama ada bersama gabungan pembangkang atau hanya menjalin kerjasama bersama blok ketiga. Mereka inilah yang bakal mencorakkan rentak politik dan perjuangan Islam berpandukan kepada Majlis Syura Ulamak.

Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan ilmuwan diiktiraf dunia Islam apabila dipilih sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia, memiliki sarjana dari Asia Barat, Madinah dan Mesir.

Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mantan pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan memiliki Ijazah Sarjana Dakwah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebelum menyambung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan bertanding di Dun Jengka, menang pada 1999-2004.

Ketokohan Naib Presiden tidak perlu dipertikai, selain diasuh dalam acuan Pas sejak belia, mereka memiliki latar belakang pendidikan dan sosiopolitik yang mantap.

Idris Ahmad merupakan bekas pensyarah UiTM, manakala Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, graduan Universiti Birmingham United Kingdom (UK), juga mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Manakala Datuk Iskandar Abdul Samad adalah graduan seibunya dari Universiti Humberside UK.

Nik Mohamad Abduh mendapat pendidikan tinggi di India dan Universiti al Azhar Mesir, di mana beliau terlibat secara aktif dalam politik selepas pulang ke tanah air sebelum menerajui Dewan Pemuda Pas.

Dr Fadzli Hassan, bekas pensyarah UIAM ini memiliki PhD dari Universiti Birmingham UK dalam bidang undang-undang Perlembagaan.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali juga bekas pensyarah UKM memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti Jordan dan PhD dari UKM.

Dr Zuhdi Marzuki, bekas Timbalan Presiden Gamis, tokoh muda radikal pada zaman kampusnya antara pelajar pintar yang diasuh sejak usia remaja sebagai pimpinan Pas. Beliau memiliki PhD dari Universiti of Wales, UK.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, anak kepada tokoh ilmuwan dan Hakim Syarie Kedah. Mantan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang (UKM), Ijazah Sarjana Undang-Undang Perbandingan (MCL) di UIAM, selain PhD bagi Pengajian Islam (UKM).

Razman Zakaria merupakan bekas Pengarah Kastam dan mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya (UM).

Sallehin Mukhyi, bekas Exco Selangor adalah tokoh gerakan mahasiswa dan juga graduan UKM dan UM.
Exco Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, lepasan Universiti al Azhar dan berlatar belakangkan ilmuan agama.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas, Dr Rosni Adam adalah pengamal perubatan muslimah dan graduan UM, juga mantan aktivis pelajar pada zaman kampus sebelum aktif bersama Pas.

Bekas Exco Selangor yang kini Adun Selat, Klang, Dr Halimah Ali, menerima pendidikan di Elizabeth Matriculation College, Hobart Tasmania, dan memiliki Ijazah Perubatan (Universiti Tasmania). Beliau yang juga mantan Ketua Urusan Muslimat Persatuan Mahasiswa Islam Tasmania ini memiliki Diploma Tasawwur Islam Ilham.

Mokhtar Senik menimba ilmu di Universiti Pakistan dan Mekah, pengasas kepada Kompleks Pendidikan An Nur di Kuantan, Pahang.

Muhtar Suhaili As-Sarawaki, anak Sarawak yang bertugas sebagai Jurutera Kanan di sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa, berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatroniks (UIAM) dan Sarjana Master Teknologi Petroleum dari Curtin University Australia.

Bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Misbahul Munir Masduki yang juga aktivis Yayasan Amal Malaysia merupakan lulusan UM bagi Ijazah Pertama, selain Ijazah Sarjana Sains Politik (UKM). Beliau juga mudir Pusat Dakwah Serantau yang aktif.

Dr Azman Ibrahim, mendapat pendidikan Matrikulasi UM dan Ijazah Pergigian dari Universiti Baghdad Iraq, seterusnya berkhidmat dengan hospital kerajaan sebelum memiliki klinik di Kubang Kerian, Kelantan.

Dr Najihatussalehah Ahmad, graduan UM dalam bidang Perubatan dan aktif dalam gerakan Mahasiswa Islam sejak zaman kampus.

Kamaruzaman Mohamad adalah mantan Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, memiliki Ijazah Sains Pendidikan (UPM) serta Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat (UPM).

Abdullah Hussin, ahli legislatif dari Johor ini menimba ilmu di Universiti al Azhar Mesir, sebelum menjadi pengasas pusat pendidikan Islam

No comments:

Post a Comment