Ikhwah dirahmati;
Tulisan kali ini agak serious. Panjang. Teknikal.
Kalau perlu utk dibaca, sila manfaat masa utk kefahaman yg cukup melalui contoh yg dinyatakan. Kalau tak kesempatan, sebaliknya cukuplah dijadikan sebagai sisipan masa depan, untuk rujukan pra-sejarah atas contoh serta video yg dikongsikan. Komentar tidak diperlukan kalau ianya sekadar pernyataan emosi marah atau ghurur.
Saya akan bercakap berkaitan syura dan juga ijtihad jama'ie yg menjadi pra-syarat wajib sesebuah organisasi dakwah.
Allah berfirman berkaitan syura dan kewajipan berpegang pada setiap keputusan yg telah dilakukan;
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maksudnya: Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Dan sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu. Oleh itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan ber-mesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
Maka apabila kamu telah mencapai keputusan, maka hendaklah kamu bertawakkal (berpegang keputusan) kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya. [ Ali ‘Imran : 159 ]
Ikhwah dan sahabat dirahmati Allah,
Untuk muqaddimah, lihat dan nilai sendiri komentar kalangan pentaksub serta mereka yg ter"indoktrinasi" oleh perjuangan Melayu Islam Pas itu menulis dan berkata pada artikel kelmarin;
https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10155235016374876
Saya kenal sebahagian mereka. Majority itu tidak bersetuju dgn corak "politik kebencian" (hatred) dan ciri takfiri yg dibawa Hj Hadi Awang. Tapi disebabkan sang pelaku kesalahan itu adalah ketua mereka, presiden yg juga seorg ulamak dunia, maka mereka memilih posisi "pertahankan apa sahaja" perbuatan ketua itu. Setiap kalam dan tingkahlaku ketua itu ditsabitkan atas hidayah Allah, bersih dan disucikan dari segala dosa dan maksiat.
Oleh itu bertebaranlah kata nista, makian serta labelan buruk berunsur FITNAH, pada siapa pun sahaja yg menegur ketua itu. Akhlaq dan hujjah dihumban jauh, sudah tidak bermakna keduanya itu.
1. Pertamanya saya terpaksa akui, jauh di sudut hati saya berasa sedih, hiba (bukan kecewa) dgn perkembangan ini yg berlaku beberapa hari lepas. Umno berpesta sakan atas kejayaan mereka. Ahli-ahli bawahan Pas yg kurang terdedah pada politik diarah hanya dengar dan patuh sahaja. Walak seperti kata Najib. Situasi ini satu yg tak baik buat Islam. Digambar Islam versi fanatik yg menolak kebenaran dan mengharuskan perlakuan zalim demi pertahan ketua. Zaman takfiri politik disadurkan buat Islam. Dan pastinya ia menambah kerja kami utk menerangkan semula salah faham dan fitnah yg timbul itu.
2. Kedua, mengenangkan juga mereka itu barisan sahabat yg kami pernah berprogram, berdaurah tamrin sejak sekian lama. Ramai mereka juga anak-anak usrah yg cukup saya kenali. Bahkan lebih dari itu saya juga diberikan pelbagai kesempatan bermusafir, makan dan tidur bersama Presiden parti itu satu ketika dulu dalam atau luar negeri. Semua itu mewujudkan taaruf yg menyentuh jiwa tatkala kami sekarang ini dianggap sebagai musuh ketat yg mesti dihapuskan selamanya, sbg arahan ketua mereka itu.
3. Hingga hari ini Haji Abdul Hadi Awang masih belum pernah pun memberikan definisi pada amanatnya "akan dihapuskan" sesiapa sahaja yg bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan tidak pulang semula kepada Pas. Ahli dan kepimpinan Pas diberikan kebebasan utk mendetails maksud sendiri kalimah "hapus" yg Haji Hadi arahkan itu.
4. Sebenarnya inilah bentuk bahana indoktrinasi agama yg melanda negara ini. Disuburkan bersama oleh Umno dan Pas serentak atas kebencian pada semua mereka yg terlibat dalam Pakatan Harapan. Sasaran musuh mereka hanyalah pada siapa pun yg tak menganut party mereka. Ia akhirnya melahirkan saf pengikut tegar dan kepimpinan yg membuang segala akhlak, hikmah dari setiap tindakan dan perbuatan. Fakta dan hujjah jauh sekali langsung tidak dilaksanakan.
Ikhwah dirahmati Allah,
Kali ini izinkan saya memetik kenyataan bekas seorang pemimpin utama parti itu, Dr Daeng Sanusi (dikenali Pak Daeng) yg juga bekas Ahli Parlimen dan juga bekas seorg Naib Presiden Pas satu ketika dahulu. Kami mula menziarahinya Oktober 2013, 5 kali, sehinggalah program terakhir awal 2015. Masa itu beliau dalam keadaan uzur yg mengasingkan diri di rumah dari apa pun aktiviti parti. Perkembangannya hanyalah melalui media online, dan termasuklah beliau membaca beberapa tulisan saya di FB yg dinyatakan cukup kagum dan berterima kasih atas ketegasan yg saya kemukakan.
5. Ziarah pertama saya sebaik pulang luar negara itu, hanya beberapa hari selepas Dewan Ulamak Pas melontarkan usul "kaji utk putus hubungan" dgn PKR ketika Multaqa Ulamak Pas yg pertama pada September 2013 di Kedah masa itu.
6. Pak Daeng sungguh marah dan kecewa atas usul Ulamak Pas itu. Katanya, sejak bersama al-marhum Ustaz Fadhil Noor membuat ijtihad politik turun bersama kebangkitan rakyat dlm GERAK 1998 dahulu, seterusnya menubuhkan Parti Keadilan Nasional (PKN) tahun 1999, beliau cukup gembira dan sgt yakin akan kejayaan ijtihad itu.
7. Bahkan katanya beliau sendiri ditugaskan oleh Ustaz Fadhil utk pergi ke pelusuk negara menerangkan pada kepimpinan dan ahli mengapa perlunya kerjasama politk dgn party yg berbeza atas nama Barisan Alternatif (BA) itu dilaksanakan. Tugas itu cukup berat katanya, sebab beliau terpaksa berhadapan langsung dgn ahli yg awalnya menolak sebarang kerjasama membantu DS Anwar Ibrahim seorg bekas Umno tersebut. Pas pada masa itu dikatakan masih marah dgn tindakan Parti Melayu Semangat 46 (PSM46) yg baru sahaja membatalkan kerjasama dgn Pas dan kembali kepada Umno. Ahli awalnya menolak apa pun usaha membantu apa bekas pimpinan yg terkeluar dari Umno.
8. Mengikut Pak Daeng, pada masa itu "Ustaz Hadi" (panggilan beliau utk Hj Hadi Awang) dlm banyak kali perbincangan bersama wakil party lain hanya berdiam diri sahaja tatkala ijtihad besar tahaluf siyasi itu dilontarkan. Beliau seolah tidak menyokong usaha itu. Bahkan menyerahkan segalanya pada Ustaz Fadhil sahaja, termasuklah dalam isu hukum-hakam berkaitan tahaaluf siyasi dgn kumpulan bukan Islam tersebut. Tiada bantahan atau sokongan dizahirkan.
9. Menurutnya kejayaan kerjasama "at-tahaluf as-siyasi" itu hanyalah dimuktamadkan tatkala Pas mengambil pandangan dan sokongan Dr Yusuf Qaradhawi dan pelbagai ulamak dunia yg lain dlm satu pertemuan khas di Leicester, UK yg dihadiri oleh ramai kepimpinan Pas pada masa itu. Keputusan pertemuan itu menjadi asbab yg begitu kuat utk Ustaz Fadzhil meneruskan ijtihad itu yg disokong oleh muktamar Pas sebulat suara hingga hari itu.
10. Apa yg disebutnya Pak Daeng, beliau berpandangan Ustaz Hadi itu seorg pemimpin yg seolah tidak memahami waqie' dan peluang politik pantai barat dan Malaysia yg jauh berbeza dgn politk sempit melayu Terengganu yg tidak ramai ahli dan penyokong PKR dan DAP di sana.
11. Maka seterusnya Pak Daeng menyatakan dgn jelas perasaan marah dan cukup kecewa beliau pada kami atas tindakan Hj Hadi 5 bulan sebelum itu (PRU13) yg meletakkan sahabat baik kepada menantunya sbg calon ketiga di Kota Damansara yg sangat jelas melanggar segala perjanjian kerjasama Pakatan Rakyat (PR) masa itu. Itulah hadiah Pas yg cukup berharga buat Umno masa itu apabila menganugerahkan sebuah kerusi DUN buat Umno Selangor.
12. Menurut Pak Daeng, tindakan "mengkhianati perjanjian" oleh Hj Hadi Awang sebegitu sebenarnya adalah satu-satu tindakan yg belum pernah dilakukan oleh mana-mana pun kumpulan atau organisasi Islam sejak zaman kerasulan, yg pernah direkodkan. Dan jelas sekali katanya Presiden Pas itu telah memulakan tindakan yg jelas haram hukumnya itu, atas nama parti Islam dan kapasiti sbg Presiden. Seolahnya selaku Presiden atau amir jamaah, dia berhak membatalkan suatu 'aqad yg telah dipersetujui, termasuklah 'aqad dgn kumpulan-kumpulan lain.
13. Bagi Pak Daeng, Islam menolak sepenuhnya sebarang bentuk veto atau "sikap diktator dlm berorganisasi", sekalipun atas nama ketua. Kalau keputusan telah dibuat secara syura oleh JK Kerja Pas Pusat melalui wakil-wakil di dalam perjanjian Majlis Pakatan Rakyat, maka itu telah menjadi satu 'aqad yg haram hukumnya dibatalkan secara unilateral (sebelah pihak).
14. Menurut Pak Daeng lagi, konsep membuat keputusan secara veto atau disebut "syura mu'limah" itu hanya wujud dalam ajaran Syiah iaitu 'amalan yg dibuat oleh setiap ayatullah yg dilantik. Namun sistem veto itu ditolak oleh ulamak "ahlus sunnah waljamaah" kerana ia jelas bertentangan dgn konsep syura dalam Al-Quran itu sendiri. Namun katanya Presiden Pas itu membawa ciri kepimpinan Syiah itu ke dalam Pas!
15. Pak Daeng membayangkan pada kami masa itu, tindakan Presiden Pas memulakan tindakan khianat di Kota Damansara itu bakal mengundang pelbagai lagi tindak-balas serta perpecahan dalaman PR dan wajib diakhirkan segera dgn Pas memohon maaf atas kesalahan itu. Pak Daeng juga memuji YB Khalid Samad pada masa itu yg bersungguh berani menegur kesalahan Presiden Pas tersebut, walaju dihentam oleh ahli Pas. Ikhwah yg dirahmati,
16. Saya bertanya pada Pak Daeng, jika Presiden tetap berkeras tidak mahu memohon maaf tatkala pergeseran semakin memuncak apabila tuduhan "calon PKR mengambil pil kuda" dibawa ke mahkamah, adakah boleh utk "ditukarkan Presiden Pas" itu kepada seseorg lain yg boleh menyelamatkan Pas dan PR dan berhikmah? Jawapan Pak Daeng cukup jelas pada kami masa itu; "Ya akhie, tak salah pun untuk antum menukar Ustaz Hadi itu dengan Presiden lain, walau bukan ulamak sekalipun, asalkan hendaklah dia seorg yang boleh melaksanakan kepututusan syura dan melaksanakan ijtihad jama'ie, dan bukan ijtihad peribadi dalam Pas...".
17. Kenyataan Pak Daeng itu disokong oleh beberapa kepimpinan dan para pakar perlembagaan Pas, yg jelas semuanya berpandangan serupa. Sebab utama adalah kerana Pas itu sendiri mempunyai sistem syura berperingkat bermula dari Muktamar, Majlkis Syura Ulamak, JK Kerja Pas Pusat, hinggalah ke bawah. Maka menurut mereka Presiden : Pas sepatutnya hanyalah bertindak sbg pelaksana pada setiap keputusan, tanpa memiliki kuasa verto pembuat dasar atau keputusan sendirian.
18. Point utama Pak Daeng kepada kami adalah, dalam apa pun parti atau jamaah Islam adalah wajib hukumnya keputusan secara bermesyuarat atau "ijtihad jamaie" dilakukan. Maka baginya kaedah ijtihad peribadi, apatah lagi veto walau oleh ketua sekalipun telah tidak wujud lagi pada zaman sekarang. Beliau menyebut itu kerana beliau melihat Hj Hadi itu bukan seorg yg mudah menerima kepelbagaian pandangan. Ini kerana sifatnya sejak melibatkan diri di dalam ABIM dan Pas hanyalah sbg seorg yg menyampaikan syarahan secara satu hala sahaja, dan bukanlah seorg yg mampu berhujjah balas atau menguruskan kepelbagaian pandangan seperti dalam PR
19. Pak Daeng juga menyenaraikan kepa akami antara kegagalan politik yg pernah dilakukan oleh Hj Hadi sejak kematian Ustaz Fadhil tahun 2002, antaranya;
(a) Terus melancarkan Dokumen Negara Islam sebelum PRU11 (2004) kepada Barisan Alternatif (BA) dgn tujuan utk melaksanakan hudud dan undang-undang Islam, walau maklum hubungan Pas dan PKR/DAP masih diperingkat baru dan mentah.
(b) Kesan awal terjadi tatkala apabila Dap yg tidak memahami Islam dan hudud pada masa itu membuat keputusan keluar dari BA tanpa dilakukan usaha utk membina semula hubungan kerjasama yg telah dibina oleh Ustaz Fadhil tersebut.
(c) Ketiga, kesan dari kegagalan itu jugalah Pas terlepas pemerintahan Terenganu yg baru sahaja dikuasai sepenggal hasil kebangkitan rakyat dalam gerakan reformasi yg diusahakan oleh Ustaz Fadhil Noor dsan PKR / DAP tahun 1998 tersebut.
Ikhwah yg dirahmati,
Saya lakarkan perkongsian dari seorg yg berauthority di atas sbg pandangan beliau yg pernah duduk sekali bersama almarhum Fadhil Noor satu ketika dahulu dan pernah bersungguh melakukan ijtihad besar at-tahaaluf as-siyasi (kerjasama politik) bersama PKR / DAP satu ketika dahulu.
( Saya rasa mungkin sekarang pandangan Pak Daeng sudah agak berbeza selepas sudah lama saya tidak lagi menziarahinya, dan selepas beliau semakin kerap diangkut ke dalam pelbagai pgm dalaman Pas masa ini. Tak apa)
20. Rentetan dari kegagalan Pas tahun 2004 itu juga, kegagalan seterusnya bagi saya adalah cubaan kepimpinannya utk mewujudkan kerajaan kerjasama antara Pas dan Umno pasca kekalahan Umno di Selangor dan Perak 2008. Namun ketika itu jugalah tindakan tegas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ustaz Ahmad Awang pada masa itu menolak langsung idea yg tidak pernah dibincangkan tersebut walaupun disokong oleh Ustaz Nasha dan Hasan Ali.
21. Ijtihad atau lontaran ketiga beliau yg paling kontroversi dan tak disangka adalah UG atau Unity Government yg kononnya mahu mewujudkan Kerajaan Malaysia tanpa pembangkang yg dianggotai oleh pelbagai parti politik yg menang dan yg kalah. Belum pun ijtihad itu disyarahkan, beliau sendiri menarik balik (membuat u-turn) terhadap idea yg tak pernah dibincangkan oleh mana-mana entiti parti itu.
22. Dan pasca PRU13 pula, dalam isu pertukaran MB Selangor, pada Ogos 2014 tanpa diduga oleh mana-mana kepimpinan Pas dan PR, sekali lagi Hj Hadi Awang sanggup melakukan tindakan paling hina dan bersendirian apabila mengajak beberapa org ADUN PKR Selangor untuk memberikan sokongan pada beliau bagi membentuk Kerajaan Bersama Pas dan Umno dgn sokongan 3-4 org ADUN PKR yg diajak melompat menkinggalkan PRK. Bagi saya itu adalah salah satu siri pengkhianatan Presiden sebuah pemimpin Islam yg cukup hina, sungguh malu dan besar implikasinya dlm sejarah yg akan diingati oleh generasi mendatang.
23. Tidak cukup dengan itu, setelah kegagalan cubaan membentuk kerajaan dgn Umno tersebut, ijtihad politik ke-4 beliau pasca kewujudan PR adalah dgn mencadangkan nama ADUN Pas sbg usul kepada Istana Selangor utk ditabal sbg Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Ia sungguh mengejutkan semua pihak kerana dalam semua perjanjian bertulis dan ucapan sebelumitu dgn jelas Hj Hadi Awang menyatakan bahawa ketiga-tiga party bersetuju utk Selangor dipimpin oleh PKR dan Pas tidak akan mengambil kerusi tersebut, meskipun pada masa itu kerusi dimenangi Pas melebihi kerusi PKR.
24. Apa yg saya lihat, Hj Hadi Awang seolahnya mahu cuba berijtihad secara peribadi dgn idea-idea politik luar jangka, tetapi tidak berani atau tidak ada kekuatan utk membahaskan idea tersebut di dalam party sendiri, jauh sekali di dalam Mesyuarat PR agtau Muktamar . Maka saya melihat Hj Hadi Awang cukup terasa bahawa cubaan-cubaan peribadi beliau tersebut tidak disokong oleh hampir semua kepimpinan Pas pada masa itu. Dan kita tidak pasti siapakah pula penasihat sebenar pada pelbagai idea karut yg pernah dikemukakan tersebut?
25. Seolahnya beliau ingat menjadi ketua sebuah party politik berlabel islam itu bermaksud beliau memiliki absolute power spt khalifah atau Nabi yg mampu meng"endorse"kan segala dalam kepalanya tanpa dibincangkan? Sedangkan suami isteri pun tetap bertanya pandangan mahu pulang ke rumah siapa Syawal kali ini. Apatah lagi dlm urusan imamah atau negara.
Ikhwah yg dikasihi;
26. Sejak segala gagasan dan ijtihad Ustaz Fadhil Noor 1998 itu dalam membina kerjasama PKR / DAP tersebut, saya lihat watak atau ikon utama yg menjadi pengawal dan agenda islah & tajdid itu adalah tidak lain al-marhum TGNA sendiri yg disokong penuh oeh DS Anwar Ibrahim satu ketika dahulu. Merekalah yg mengawal ketiga party utk terus kekal atas perjanjian strategi bersama tanpa mengubah ideologi atau matlamat parti masing-masing.
27. Bahkan tanpa disangka, demi dakwah juga, TGNA sendiri menunjukkan qudwah (contoh) menuju ke rumah Karpal Singh hanya untk menyambut harijadi Karpal Singh. Walau hakikatnya TGNA sendiri bukan lah seog yg melakukan sambuat hari jadi utk dirinya sendiripun.
28. Bahkan seorang anak TGNA pernah menyebut dgn jelas;'9 "Kami sebagai anak-anak merasakan ayahanda Tok Guru terlalu mementingkan kerjasama tahaaluf siyasi dalam setiap tindakan dan perbuatannya, walau pada masa itu di Kelantan sendiri pun tidak ramai ahli parti Keadilan atau DAP..." "Bahkan bagi kami Tok Guru tatang PR itu jauh lagi utama daripada keluarga beliau sendiri" Ikhwah diirahmati Allah, Itu semua sebahagian kisah satu ketika dahulu 'ibrah ketika saya mula berkecimpung dgn politik dakwah itu luar dari kampus sejak 20 tahun lepas (1998 - 2017).
29. Kisah itu telah bertukar sepenuhnya sekarang. Saya berpandangan politik bukan lagi wasilah dakwah bagi Pas. Politik hanyalah acuan dahagakan kuasa dan membuat hukuman sahaja cuba dilaksanakan. Agenda islah & tajdid buat rakyat yg dikebangkan oleh Ustaz Fadhil Noor bukan lagi matlamat Pas. Katanya mereka mahukan skrg hanyalah redha Allah, yg saya sendir pun tidak tahu dimana mahu dicari redho itu setelah pelbagai kisah khainat dan bohong itu dilakarkan.
30. Maka bagi saya hanya satu sahaja kejayaan ijtihad politik yg pernah berjaya dilakarkan oleh Hj Hadi Awang hanhyalah apabila Muktamar Pas 2017 dan MSU kelmarin memberikan sokongan pada utk beliau putuskan langsung hubungan politik dgn PKR dgn serta-merta. Ianya jelas rentetan setelah beliau sendiri dalam muktamar yg sama dua tahun lepas turut memberikan arahan putus hubungan dgn Dap secara usul veto tanpa bahas tersebut.
31. Bagi saya tidak ada apa lagi kejayaan ijtihad politik yg plg berjaya pernah dilakukan Hj Hadi Awang itu selain kejayaan memutuskan hubungan dan menjadikan kedua party PKR / DAP itu sbg musuh utama mereka.
32. Atau dalam ertikata lain, kejayaan yg dikenang dan terpahat dlm sejarah oleh kelak adalah, Ustaz Fadhil Noor adalah pencetus perpaduan politik pembangkang berlawan Umno/BN, manakala Ustaz Hadi sebaliknya pula hanya dikenang sbg pemusnah kerjasama tersebut yg membawa Pas berundur ke era 1980an zaman dibuang dari Umno pada masa itu.
Ikhwah,
Sebagai penutup,
33. Tanpa Ustaz Fadhil, tanpa Tok Guru Nik Aziz, dan tanpa DS Anwar Ibrahim di dalam saf politik ini, kami dgn ijtihad politik yg lebih segar bangkit membina semula sebuah gagasan baru yg lebih kuat dan kukuh menjunjung segala ijtihad yg pernah dilakarkan sebelum ini. Amanah bangkit menebus siri pengkhianatan hina atas nama politik Islam yg telah dicemari oleh Hj Hadi Awang sebelum ini.
34. Semuanya demi melakarkan semula konsep politik dakwah dan rahmah yg menjadi agenda utama politik Islam tersebut. Kerja berat ini kami pikul sama seperti peritnya usaha Ustaz Fadhil Noor dan Pak Daeng dan kepimpinannya satu ketika dahulu. Kerja ini besar dan ia hanya berjaya jika kesemua pemain party yg ada saling memahaminya dan memberikan sokongan tanpa-belah bagi.
35. Bahkan gagasan ijtihad kali ini alhamdulillah disokong penuh oleh sekumpulan besar mereka yg pernah berada dalam Umno zaman kezaliman Tun M ketika berkuasa satu ketika dahulu.
36. Dan yaa, rujuk video, dunia menyaksikan Najib, Umno dan sekutunya bersorak gembira dan sakan tatkala Hj Hadi Awang dan kepimpinan Pas itu telah berjaya merobek hancur ijtihad politik UstazFadhil Noor dan TGNA yg dah terbina 20 tahun lepaps melalui manifestasi kehgembiraan sambutan gemilang mereka tiga malam lepas.
https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10155243004724876
Bersaksikanlah ya Allah,
Aku telah berkata, walau ianya sungguh berat bagiku.
Wallahu'alam.
Ahmad Sayuti Bashiron
Nadwah 'Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI `17)
13 Mei 2017 | Kota Bharu