Thursday, July 28, 2016

Siapa yang suka buat pengumuman bersendirian, soal Latheefa kepada DAP


ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Keputusan PKR yang enggan bersetuju dengan cadangan DAP berhubung pilihan raya negeri di Pulau Pinang, mengundang pertikaman lidah di antara pemimpin kedua-dua parti berkenaan.
 
Terbaru, Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya membidas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, dengan mempersoalkan siapakah pihak pertama mendedahkan mengenai pilihan raya mengejut tersebut.
 
"Pertamanya betulkan kenyataan anda, siapa secara bersendirian umumkan pilihan raya mengejut? Siapa secara sendirian mengumumkan terkuburnya pakatan rakyat? Siapa yang umum pembentukan pakatan harapan kepada media sebelum keputusan muktamad?
 
"Jangan menjerit sewaktu terjun dan kemudian mengharapkan kami menjelaskan berapa tinggi," katanya dalam catatan Facebooknya yang dipetik daripada portal online The Star.
 
Sindiran Latheefa itu dipercayai ditujukan selepas Pua meluahkan kekecewaannya dan pada masa sama bertindak menyindir rakan politik yang tidak membantu di kala DAP memerlukan sokongan.
 
Semalam, Pua menulis: "Kadang kala anda terfikir apakah jenis sahabat yang anda miliki. Apabila mereka dilanda krisis, anda menyokong mereka tanpa soal, walau apapun bahana yang datang," katanya dalam satu posting di akaun Facebooknya petang tadi.
 
"Kemudian apabila giliran anda pula memerlukan sokongan, mereka menceritakannya di media dahulu, menyebabkan anda terdedah.
 
"Atau mengumumkanya secara terbuka ke seluruh dunia, sebelum memberitahu anda dahulu," demikian luah Pua menerusi Facebook. 
 
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada malam Selasa memutuskan  bahawa parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang. 
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat tersebut membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya, dan membuat keputusan berkenaan selepas mengambil kira pendapat masyarakat umum.
 
Rakan ketiga dalam Pakatan Harapan, Amanah pula menyatakan ia menyokong syor DAP mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan.
 
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP sanggup memberi ruang sewajarnya kepada PKR untuk mencapai keputusan tetapi ia tidak boleh ditangguh terlalu lama

No comments:

Post a Comment