Sunday, July 10, 2016

Shafie belum putuskan hala tuju politik



Shafie ApdalShafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal belum memikirkan hala tuju kepimpinan politiknya selepas meninggalkan Umno Isnin lalu.
Demikian juga pada mana-mana tawaran yang mengajaknya menyertai parti pembangkang, beliau berkata, masih belum bersedia.
"Pada saat ini, saya belum ada apa-apa persediaan diri dari segi apa pun… yang penting untuk saya lihat keadaan ini (sokongan rakyat kepadanya)," katanya ketika ditemui Borneo Post selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan rumah beliau, di Semporna kelmarin.
Shafie mengulas tawaran Ketua Pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin yang mengalu-alukan beliau menyertai Pakatan Harapan atau mana-mana komponen parti pembangkang.
Beliau berkata, adalah penting baginya meneruskan perjuangannya kerana selama ini beliau bekerja membantu rakyat dan pembangunan negara.
Mengulas tentang sama ada beliau akan menarik balik keputusan beliau yang keluar parti seperti mana saranan pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Shafie menghormati saranan itu.
"Saya amat menghargai beliau sebagai rakan saya dalam perjuangan Umno dan saya pun telah memberi sumbangan kepada Umno tapi rasanya keadilan terhadap saya tidak telus," katanya.
Majlis itu dihadiri lebih 10,000 tetamu dari kalangan pemimpin dan rakyat dari dalam dan luar daerah.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Tanjung Chan Fong Hin, Adun Likas Junz Wong, Ahli Parlimen Sandakan Steven Wong dan Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong.

No comments:

Post a Comment