Sunday, July 10, 2016

Pemberian RM500, hanya janji palsu PRK?


Risda
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Pas (Latas) mendakwa, selepas hampir sebulan diumumkan pemberian bantuan khas (one off RM500) kepada penoreh dan pekebun kecil getah kerajaan sehingga kini ternyata masih gagal melunaskan janji itu.
Pengerusi Latas Pas, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, oleh itu benarlah jangkaan pihaknya, sebelum ini bahawa pengumuman pemberian bantuan khas itu, hanyalah bersifat rasuah politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang lalu.
"Selain gagal membayar one off RM500 ini,terdapat juga aduan pekebun getah bahawa bantuan tanaman semula getah yang telah diluluskan selepas pemeriksaan juga tidak dibayar oleh Risda. Kerajaan juga masih gagal membayar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melalui LGM selepas 7 bulan tuntutan dibuat oleh penoreh," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, Pengerusi Risda yang juga Ahli Parlimen Padang Besar (BN) Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan dalam akhbar semalam bahawa Risda sedang mencari jalan penyelesaian akibat kelewatan ini kerana berlaku masalah dalam tuntutan one off antara pekebun dan penoreh getah.
Katanya lagi, Risda memiliki rekod berhubung hal itu kerana bayaran seumpama ini pernah dilakukan pada tahun 2014. Risda juga memiliki data-data daripada bancian yang dijalankan tahun yang sama.
"Tuduhan yang dibuat kepada penoreh ini sangat serius, seolah-olah pihak kerajaan sentiasa betul, cekap dan efisien- rakyat yang menjadi penoreh sentiasa bermasalah dan tidak jujur," ujarnya.
Katanya oleh itu, Latas mendesak pihak kerajaan segera melunaskan janji pembayaran tersebut kepada penoreh tanpa sebarang dalih dan alasan lagi.

No comments:

Post a Comment