Kerajaan mahu individu yang dinamakan dalam laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mengambil serius laporan DOJ itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak dalam siasatan.
"Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.
"Jadi, janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan diketahui jua," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini Isnin.
Pada majlis itu, seramai 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima surat tawaran tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan lapor mStar
Pergh!! selamba saja dia..
Pakcik-pakcik yang dilantik jadi JKKK tu pun akan kata "Haaa.. tengok tu Najib bagus.. dia tak mahu wang rakyat disalahguna.."
Itu kalau pakcik-pakcik yang dilantik jadi JKKK tu tak tahu siapa yang dimaksudkan dengan 'Malaysian Official 1" itulah..
Tapi cara Najib bercakap tu nampak selamba saja..
Sepatutnya Najib juga desak 'Malaysian Official 1' turut membersihkan namanya, sebab Malaysian Official 1 disebut sebanyak 36 kali dalam laporan DoJ.
Ianya memperlihatkan betapa besar peranan yang dimainkannya, malah turut didakwa menerima wang yang berasal daripada 1MDB secara keseluruhhannya sebanyak AS$731 juta atau melebihi RM3,000 juta.
Sehingga ini, bukan saja Malaysian Official 1 itu masih menyembunyikan identitinya yang sebenar, malah belum terdengar apa-apa penafian berkaitan nama itu yang turut disebut oleh Jabatan Kehakiman AS kerana menerima wang berbilion-bilion, juga ditaktifkan sebagai wang curi.
Baca juga ulasan di SINI
No comments:
Post a Comment