Tuesday, February 17, 2009

UMNO/BN : kepincangan bermula???

Bkt Selambau: Karim Ali layak jadi calon BN
Muda Mohd Noor Feb 18, 09 11:04am


Bekas Ketua Pemuda Umno bahagian Merbok, Karim Ali disebut-sebut layak menjadi calon Barisan Nasional (BN) jika kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikembalikan kepada Umno.
Berikutan itu, ramai ahli dan penyokong Umno mahukan wakil mereka bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau, 7 April depan.Pemilihan Karim juga menepati kriteria pemilihan calon tempatan seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini.

Najib dilaporkan berkata, BN akan menempatkan seorang calon tempatan untuk kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil 7 April depan.Seorang pemimpin Umno bahagian Merbok memberitahu Malaysiakini, Karim merupakan anak jati Bukit Selambau."Orang Bukit Selambau sudah kenal Karim, jadi sudah tidak ada masalah lagi kepada pengundi di kawasan tersebut
-petikan malaysiakini
-itu dia, calon depa mai dah... najib pun dah sokong calon tu. Karim pun minat nak bertanding. mic setuju ka? samy vellu pun tak kata apa lagi? samy pun dok kalut kes tuduhan rasuah AIMST university semeling. bukan jauh mana pun universiti tu dengan bukit selambau pun. tapi dia bagi ka??? tapi tak kisah lah sapa pun calon nya, yang penting rakyat nilai la sendiri. kalau orang muda dia tau nilai kot. teruk sangat dah kita la ni. depa punya keja buat huru hara, rampas sana, rampas sini, rasuah sana, rasuah sini... sendiri mau ingat la noo...

No comments:

Post a Comment