Tuesday, February 17, 2009

Bukit Selambau-apa kata umno merbok...

Calon: Umno Merbok tidak berganjak...
Abdul Rahim Sabri Feb 16, 09 12:18pm

Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno diminta supaya menghormati pandangan akar umbi yang mahukan calon Umno diletak bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan.

Ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, pihaknya tetap dengan desakan supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno."Ini kerana ia bukan merupakan pandangan bahagian itu sahaja, tetapi pandangan dan maklum balas dari akar umbi dan pegawai kerajaan di kawasan tersebut," katanya kepada Malaysiakini.
-
-nampaknya ada sedikit perebutan di situ. maka, adakah umno merbok akan teruskan usaha untuk mendapatkan kembali kerusi DUN tersebut untuk calonnya. bagi pihak pakatan rakyat, MB kedah telah maklumkan bahawa kerusi tersebut di serahkan kepada kepimpinan PKR utnuk membuat keputusan. kemungkinan juga poihak PKR akan memberi kerusi tersebut kepada wakil india sebagai ganti Y.B Aru terdahulu. terdengar pula khabar ada calon bebas yang akan bertanding. mungkin 3 orang. maka akan berlakulah pecah undi di situ. tapi, BN belum ada calon? siapakah yang umno merbok cadangkan untuk kerusi tersebut? semestinya wakilnya melayu? soalnya siapa? umno merbok terlalu minat untuk dapatkan kerusi tesebut? kahabarnya calon tersebut mungkin ketuanya sendiri, dato` tajul. ataupun mungkin dato` zubir (zuffa), mungkin juga teman rapat hj haroon??? berjayakah umno merbok untuk tujuan tersebut? bersama kita nantikan. yang pastinya, rakyat perlu memberi isyarat yang lebih bermakna untuk umno/BN akibat kerakusan mereka.

No comments:

Post a Comment