Tuesday, February 17, 2009

Bukit Selambau: PR tiada masalah...


PAS setuju PKR tanding di Bkt Selambau

PAS - salah sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat - bersetuju kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, di Kedah ditandingi calon PKR kerana ia memang kerusi tradisi parti tersebut.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika diminta mengulas desas-desus bahawa parti itu berminat meletakkan calonnya bertanding kerusi tersebut.Ekoran itu, katanya, soal calon tidak dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS negeri Kedah petang semalam.Sebaliknya, kata beliau yang juga exco kerajaan negeri berkata, mesyuarat semalam menumpukan kepada soal membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya kecil Bukit Selambau.
-walaupun setiap hari kita di hidangkan tentang kepincangan yang berlaku dalam pakatan rakyat oleh tv, hakikatnya pakatan rakyat tiada masalah pun. seperti bukit selambau, tiada perkara berbangkit langsung tentang calon di situ. segalanya berjalan lancar. bila-bila masa sahaja PR sedia untuk pilihanraya. walaupun tarikhnya di tetapkan pada 7 april (kata SPR- samada ada kaitan dengan perhimpunan UMNO), Namun dari segi persediaan, PR nampaknya memang tidada masalah. apa yang di harapkan, majoriti mungkin meningkat bagi pihak PR dengan isu yang berlaku kini. rakyat kian celik dan tahu apa yang berlaku...

No comments:

Post a Comment