Monday, October 29, 2018

Saya Hadiahkan Rosmah Sebuah Bentley – Ahli Perniagaan




  • 0
    Shares
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan menerusi temubual dengan sebuah stesen penyiaran berita antarabangsa yang belum disiarkan mendakwa merasuah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya hampir RM300 juta demi mendapatkan kontrak kerajaan.
Memetik laporan Free Malaysia Today, antara barangan mewah yang ‘dihadiahkan’ untuk pasangan itu ialah wang tunai, barang kemas, kereta mewah dan hartanah di Malaysia serta United Kingdom.
Menurut Deepak, antara hadiah yang diberikan kepada Rosmah ialah sebuah kereta Bentley Flying Spur berharga hampir RM2 juta di Malaysia serta sebuah rumah di negara ini.
“Saya sudah diberikan pelbagai kontrak dan beliau menuntut beberapa ganjaran,” kata Deepak yang memfailkan saman RM656 juta terhadap Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor serta 2 yang lain baru-baru ini.
Deepak mendakwa mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaannya yang beliau “ditipu” sebanyak 2 kali dan aduannya diabaikan pihak berkuasa.
Salah satu daripada kontrak itu membabitkan penginapan pelajar tajaan kerajaan di luar negara.
“Kontrak itu bernilai RM4.5 bilion, tetapi ia dibatalkan,” katanya dalam rakaman wawancara yang dibocorkan dalam media sosial dan dilihat FMT.
Sebelum ini tular sebuah rakaman klip video yang memaparkan beberapa kereta mewah yang dikatakan milik bekas Perdana Menteri disorok di parkir Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur.
Semakan Sinar Online mendapati kereta Bentley Continental Flying Spur dan Mercedes Benz S Class 500L didaftarkan atas nama Najib.
Mohamed Nazim pula menjadi pemilik Mercedes Benz CLS 350 dan BMW 750 LI.
Manakala kereta model Bentley Mulsanne V8 dan Rolls Royce dimiliki oleh syarikat dan individu persendirian yang tidak dapat dipastikan statusnya.
Adakah ini antara hadiah yang dimaksudkan Deepak?

No comments:

Post a Comment