Monday, October 29, 2018

Mahathir akan bentuk pakatan baharu tanpa Anwar Ibrahim?


Cakap - cakap di luar parlimen dan juga sindiran - sindiran ahli parlimen mengenai masa depan Pakatan Harapan semakin kencang bertiup. Dalam nada bergurau, ada yang mengaitkan Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Mukhriz dan Mahathir. Sebagai contoh ada hali parlimen UMNO akan berseloroh di dalam parlimen mengatakan Azmin akan dinaikkan menjadi PM selepas Mahathir. 

Tanpa menerangkan secara langsung melalui apa dan bagaimana Azmin akan dinaikkan menjadi PM kelak, ianya meninggalkan tanda tanya kepada yang mengikutinya. 

Aku sebagai peminat politik memerhati perkembangan ini dengan rapat. Bermula dengan spekulasi akan ada dua blok di dalam Pakatan Harapan. Mahathir dan Anwar.

  • Kemungkinan pertama: Azmin jadi PM selepas Mahathir

Mahathir akan membentuk pakatan blok baru tanpa PKR, DAP dan Amanah. 40 orang Ahli parlimen UMNO akan masuk Bersatu seperti dakwaan yang dicetuskan kelmarin. Ia bermula dengan Mustapa Mohamad dan kemudian diikuti oleh ahli parlimen UMNO yang lain. Malah ada sekumpulan ahli parlimen PKR akan tawar menawar dengan Mahathir untuk menjadi PM selepas beliau meletakkan jawatan dengan spekulasi Azmin sebagai PM dan Mukhriz sebagai TPM. Hehehe .. nakal sunguh spekulasi tersebut. 

Kemudian kejersama dengan PAS, Gan Parti Sarawak dan Warisan. Kita pula pelik tetiba Nik Abduh berterima kasih kepada Mahathir bila sebut pasal royalti. Kalau mengikut hubungan PAS dan UMNO sekarang yang bakal menyertai Bersatu, kita tidak akan terkejut dengan spekulasi ini.

  • Kemungkinan kedua: Mahathir enggan serah jawatan kepada Anwar

Bermula dengan kempen PRK Port Dickson, Mahathir pada awalnya tidak mahu berkempen untuk Anwar. Diikuti oleh pembubaran Bersatu di Negeri Sembilan. Kemudian Mahathir memilih untuk berkempen dalam grand ceramah bersama Anwar dan pemimpin PH. 

Biarpun Anwar menang besar di sana, kenyataan Mahathir selepas itu mengenai peganti beliau menjadi polimik. Mahathir berkata beliau tidak pasti berapa lama jawatan PM akan disandang beliau dan dia juga tidak pasti jawatan itu akan diberikan kepada siapa. Ia mencetuskan rasa kurang senang dikalangan ahli PKR.

  • Kemungkinan ketiga : Pendedahan Rafizi mengenai lawannya

Apabila Rafizi Ramli menjelajah ke serata negeri untuk pemilihan PKR, banyak perkara-perkara yang 'tidak masuk akal' pada mulanya didedahkan oleh beliau mengenai Azmin.

Antara perkara yang paling mengejutkan aku dengar, Azmin memujuk Anwar untuk tidak bertanding jawatan Presiden PKR. Alamak, sehingga kini tiada penafian dari Azmin. Azmin ingin menjadi Presiden dan seterusnya menjawat jawatan PM melalui status kedudukan di dalam PKR kelak. Benarkah???

Antara Rafizi dan Azmin siapa yang betrul?

  • Kemungkinan keempat : Anwar akan membentuk majoriti mudah di parlimen

Ada juga cakap-cakap Anwar tidak yakin Mahathir akan menyerahkan jawatan kepada beliau. Maka proses lobi melobi untuk menarik ahli parlimen supaya membentuk majoriti mudah seterusnya membentuk pakatan / blok baru untuk membentuk kerajaan. 

Macam-macam spekulasi politik.

Bagi aku pakatan harapan harus meneruskan amanah yang diberikan rakyat. Jangan main politik banyak sangat dan jangan pentingkan kedudukan, pangkat. Jangan sampai rakyat melumur muka anda dengan tahi lembu suatu hari nanti.


Walaupun ini hanyalah spekulasi politik dan aandaian - andaian nakal pembangkang .. jangan pandang remeh dan jangan pula percaya 100%. Wait and see .. wallahualam.

No comments:

Post a Comment