Sunday, February 15, 2015

TERBUKTI : BN MENANG...KEDAH SENANG .....

SADA sedut duit rakyat Kedah atas nama "Caj Pelarasan Deposit"

Caj Pelarasan Deposit bebankan pengguna

Caj Pelarasan Deposit bebankan pengguna
ALOR SETAR - Tindakan Syarikat Air Darul Aman (Sada) mengenakan caj Pelarasan Deposit kepada penduduk di sekitar daerah ini mengundang rasa kurang senang orang ramai apabila ada antara mereka terpaksa membayar antara RM 30 hingga RM 110.

Caj tambahan melalui bil air bulan Februari itu menyebabkan penduduk terpaksa membayar lebih RM 100.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung yang menyifatkan perkara itu sebagai tidak relevan.

“Kita minta pihak Sada perjelaskan kepada orang ramai kenapa mereka kenakan caj tersebut. Kita pun nak tahu apakah tujuan caj itu kerana ada segelintir penduduk tidak mampu membayarnya kerana terlalu tinggi,” katanya semalam.

Menurutnya, pihak Sada perlu menjelaskan perkara itu secepat mungkin ataupun mengkaji semula pelaksanaan tersebut.

“Saya dapat makluman, masalah ini berlaku di Alor Setar, tetapi kita nak tahu juga apakah caj sama turut dikenakan kepada semua penduduk di Kedah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PKR Kedah turut menggesa pihak Sada menjelaskan bagaimana nilai caj tersebut ditentukan sedangkan cagaran dibayar setiap rumah adalah RM40.

Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusof berkata, beliau bimbang sekiranya caj tambahan itu mempunyai agenda tersembunyi.

“Saya bimbang sekiranya caj tersebut adalah bayangan kepada kenaikan tarif air di Kedah tidak lama lagi,” katanya.

Difahamkan, caj pelarasan deposit itu dikenakan berdasarkan Kajian Semula Deposit Dibawah Peraturan 4, Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (deposit, fi dan caj perkhidmatan air) 2014 berkuat kuasa mulai 1 Februari lalu.

No comments:

Post a Comment