Posted: 10 Feb 2015 01:13 AM PST
Hukuman penjara lima tahun Anwar kekal Hukuman penjara lima tahun atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan Mahkamah Persekutuan hari ini, menamatkan kerjayanya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh. Mahkamah mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan dari yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan. Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman." Anwar memberitahu panel diketua Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang kenyataan lengkap dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas penghakiman disampaikan. "Dalam menunduk kepada tuan politik, mereka memalukan diri sendiri dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman," katanya sebelum Arifin meminta ketua peguam bela Datuk Gopal Sri Ram menyuruh Anwar berhenti. Bagaimanapun, Gopal memberitahu Arifin, anak guamnya berhak bercakap di mahkamah, dijawab Arifin, "ya, (beliau berhak) bercakap mengenai rayuan, bukan mengutuk mahkamah." Tetapi, Anwar terus mengecam kehakiman sambil menambah: "Anda mempunyai peluang untuk membetulkan kesilapan tetapi anda pilih untuk terus berada di pihak yang gelap." Ketika ini, Arifin dan semua yang duduk di panel hakim keluar meninggalkan kamar mahkamah. Anwar terus bercakap dan berteriak di mikrofon: "Saya akan, lagi, untuk kali ketiga, masuk penjara, tetapi dengan bangga." "Saya tidak akan berdiam dan akan berjuang mendapatkan pembebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah kalah," katanya. Peguam terdahulu mengatakan, berdasarkan faktor usia, Anwar mungkin dipenjarakan untuk sehari sahaja ataupun diikat mahkamah di bawah hukuman bagi Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah merayu hukuman penjara lebih lama, sehingga 20 tahun. Mitigasi dan penjatuhan hukuman terhadap Anwar, yang genap 68 tahun Ogos ini, bermula dengan Gopal memberitahu panel Mahkamah Persekutuan, tidak ada alasan yang kukuh meningkatkan hukuman ke atas Anwar. Beliau juga berkata, mahkamah mempunyai kuasa mengikut undang-undang, menggunakan budibicaranya menjatuhkan hukuman yang yang lebih ringan. "Beliau (Anwar) bukan orang biasa. Sumbangannya kepada negara ketika beliau berada dalam kerajaan sangat banyak dan meluas." "Malah di dalam pembangkang pun, beliau membuat sumbangan yang signifikan terhadap memajukan prinsip demokrasi dan menimbulkan kesedaran majoriti rakyat Malaysia," kata Gopal meminta hukuman lebih ringan. Sementara itu, keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan menjadi pembakar semangat Pakatan Rakyat (PR) menentang salah laku regim Barisan Nasional (BN), kata Mohamed Azmin Ali. Menteri besar Selangor itu berkata, PR akan mengadakan pertemuan secepat mungkin bagi menentukan siapakah ketua pembangkang yang baru. "Saya percaya ini akan mengukuhkan hubungan PR bagi meneruskan perjuangan," katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. "Kita akan bermesyuarat secepat mungkin. Kita akan tentukannya nanti". Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menyifatkan pengekalan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar merupakan satu penghinaan kepada sistem kehakiman negara. "Saya berdoa kepada Allah SWT semoga keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim (diberi) kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini," katanya dalam akaun Twitter miliknya. Ketua menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP dalam Twitternya menyifatkan hari ini sebagai hari sedih buat rakyat Malaysia. "@anwaribrahim didapati bersalah. Sedang menunggu hukuman. Hari yang sedih untuk semua!" katanya. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pula dalam Twitternya berkata: "Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami di saat yg teramat kelam ini". |
Tuesday, February 10, 2015
CELAKALAH HAKIM BN ITU ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment