Sunday, February 15, 2015

SEMANGAT TOK GURU TETAP DITERUSKAN ....

ANAK MUDA AKAN TERUS MENGENANG SENTUHAN TARBIYAH TUAN GURU NIK ABD AZIZ

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

15 FEB 20105

Dewan Pemuda PAS Kedah masih merasai kehilangan ulama’ besar yang juga merupakan murabbi merentas kaum dan sempadan politik Datuk bentara Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang telah kembali menemui penciptanya pada jam 9.40 malam 12 Feb yang lalu.

Ruh beliau yang dijemput pada maam Jumaat amat mengharukan pemuda PAS Kedah kerana sememangnya husnul khatimah adalah yang didambakan oleh Tuan Guru Mursyidul Am kami ini.

Allayarham Tuan Guru sebenarnya adalah ikon dan tokoh besar dalam PAS dalam memberi sentuhan dakwah yang signifikan kepada segmen remaja, anak muda dan belia sejak beliau kembali ke tanahair selepas merantau panjang mencari ilmu di bumi India dan Mesir.

Tuan Guru walaupun sejak zaman belianya lebih gemar berwatakan ulama’, zuhud dan berpakaian sunnah, namun ia bukan halangan untuk Allayarham membuka pintu dakwah kepada golongan remaja dan belia.

Suatu ketika Allahyarham teah pencetus suatu fenomena baru dalam landskap politik Islam apabila beliau mengundang penyanyi AF terkenal ketika itu Mawi untuk membuat konsert lagu dakwah di Stadiuam Kota Bahru. Walaupun ada pihak yang menolak hiburan dan muzik dalam dakwah, kelihatannya tindakan mantan Menteri besar kelantan itu telah membuka dimensi baru dalam dakwah melalui seni.

Sehingga kini PAS terus mendekati para artis, budayawan, karyawan seni dan belia melalui pendekatan seni dan budaya. Rata-rata para artis yang berhijrah untuk menerima syariat, menutup aurat mereka pasti berkunjung ke Kelantan menemui beliau seolah-olah ada ‘chemistry’ antara beliau dengan perubahan sikap dan gaya hidup para artis berkenaan.

Sesungguhnya anak muda dan beliau serata tanahair masih mengenang sentuhan dakwah beliau dan rasa sebak dan sedih masih menyelubungi hati nurani.

Tidak sedikit anak muda yang berubah hanya dengan mengikuti kuliah mingguan beliau di Pulau Melaka malah beliau menanggap sesibuk mana dalam berpolitik, mengajar dan mendidik adalah kerja terbaik dan ia adalah amalan para Nabi.

Dewan Pemuda PAS Kedah mendoakan rakyat Malaysia untuk kekal bersama perjuangan Islam dan dakwah kerana pesanan Allayarham murabbi ummah ini adalah agar kita semua meneruskan perjuangan dakwah dan jihad mempertahan syariah di muka bumi Malaysia ini.

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan DPP Negeri Kedah

No comments:

Post a Comment