Wednesday, February 11, 2015

KETUA POLIS : MAKAN SAYA PUN NAJIB TANGGUNG MAA....


Polis ada tugas yang lebih mustahak daripada jaga perhimpunan di luar penjara - Khalid





KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta agar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail dan penyokongnya agar tidak mengadakan perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor yang dicadang diadakan malam ini.

Khalid juga berkata beliau akan meminta pegawainya untuk berunding dengan pihak Wan Azizah supaya perhimpunan itu tidak diteruskan.

"Bila mereka berhimpun, polis terpaksa memperuntukkan sumber untuk kawalan. Jika perhimpunan ini berterusan, kita terpaksa menggunakan banyak sumber kita untuk memastikan keadaan aman.

"Jadi polis ada tugas yang lebih mustahak untuk kita laksanakan daripada menjaga Wan Azizah dan kumpulannya di luar penjara. Saya harap Wan Azizah berfikiran rasional dalam isu ini," tambah Khalid. Khalid juga berkata pihak Wan Azizah tidak memohon sebarang permit untuk berhimpun.

"Perhimpunan mesti di tempat yang sesuai. Ini, dia (perhimpunan) akan mengganggu lalu lintas dan juga mengganggu penugasan Jabatan Penjara. Untuk permit diluluskan, tuan punya tempat mesti beri kebenaran berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI.

Dalam satu sidang media ibu pejabat parti itu malam tadi, Wan Azizah mengajak orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bermula hari ini (Rabu) sebagai menunjukkan solidariti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga berkata mereka akan mengadakan Solat Hajat pada Khamis malam.

Dalam sidang media itu juga Wan Azizah juga berkata PKR akan menfailkan usul di parlimen bagi mengkritik perilaku hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang mengendalikan kes terbabit.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

No comments:

Post a Comment