Sunday, November 11, 2012

UMNO : TENTERA WAJIB UNDI KAMI ...

Kerana terdesak, UMNO berkempen hingga kedalam Kem Tentera.. ini buktinya!!




Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam satu sidang akhbar semalam, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat.
Beliau menjemput penduduk hadir ke ‘Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat’ pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).

“Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno.

“Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali ‘apolitical’ tentera sudah tidak ada lagi.

“Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera. Sepatutnya tentera bersikap berkecuali.

“Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera.

“Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat,” kata Aminuddin dengan nada sinis.

Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir.

“Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini,” kata Aminuddin ~ Free Malaysia Today

Ini pula adalah kenyataan media dari SAMM N9..

Kenyataan Umum
12 November 2012

Berkempen dan Berdangdut Dalam Kem Tentera Bukti Umno Terdesak

Merujuk kepada sepucuk surat yang didedahkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan berasa curiga dengan taktik yang digunakan oleh Umno untuk meraih sokongan apabila tergamak menggunakan kem tentera sebagai tempat untuk berkempen meraih sokongan.

Surat rasmi yang mempunyai ‘Letterhead’ Umno Seremban itu dituju dan dihantar kepada seluruh warga penduduk Sikamat untuk hadir masuk ke perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).

Turut tertera sebagai aktiviti ialah ucapan pemimpin Umno Seremban dan seorang artis dangdut juga dijemput membuat persembahan.

SAMM N.Sembilan melihat Kem tentera adalah kawasan terlarang dan khas untuk aktiviti ketenteraan, ini termasuklah Kem Sikamat yang menempatkan pelbagai senjata berat artileri dan juga rahsia ketenteraan.

Adalah tidak wajar apabila seluruh warga Sikamat dijemput ke perkarangan kem tentera hanya untuk sebuah majlis jamuan.

Apakah jaminan kem tersebut tidak ditembus oleh perisik asing apabila ramai yang berpusu-pusu masuk ke kem tentera?

Kerakusan Umno meraih sokongan hingga membelakangkan keselamatan negara harus dipandang serius dan perlu diteliti kelaziman seperti ini agar ianya tidak berulang.

SAMM N.Sembilan juga menggesa kem tentera wajib dikawal dengan ketat, tidak sepatutnya longgar dan peristiwa kehilangan enjin jet Sukhoi harus dijadikan iktibar.

Sekiranya sedikit masa lagi ada enjin kapal selam pula yang dicuri, maka Umno harus dipersalah kerana tergamak mengajak orang ramai ‘berdangdut’ di perkarangan kem tentera.

Sekian

Hamizan Hj Bahtiar
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan

Kalau terdesak sangatpun.. janganlah sampai keselamatan negara pun nak dipandang ringan.. Apa jaminana pemimpin UMNO bahawa tiada perkara yang dirahsiakan dari umum akan bocor keluar kem?

No comments:

Post a Comment