Menerjah Zaman BN Memerintah Kedah
Menurut Laporan Audit yang dibuat terhadap Seri Temin
Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) di bawah item ‘Bayaran tidak
berkepentingan’.
STDC telah membiayai lawatan sambil belajar Puteri UMNO
Kedah ke Medan Indonesia sebanyak RM5,000.00. (Rujukan: Cek bernombor 502665,
bertarikh 18.03.07).
Pihak Audit mempersoal mengapa baucer bayaran hanya
disokong oleh permohonan sumbangan. Asal Puteri Umno yang pohon duit GLC,
bila-bila masa depa mau mesti beri. Begitukah?
Seterusnya pada 03.02.08,
STDC telah membekalkan kain tudung kepada Puteri Umno Kedah bernilai
RM20,000.00. (No. cek: 631901) dibayar kepada pembekalnya atas nama HM Design
& Trading.
Soalnya, mengapa nak beli kain tudung Puteri pun ambil
duit GLC, sedangkan mereka adalah entiti politik.
Kalau RM20,000.00 tu
bagi kat orang miskin seorang RM100.00 maka 2,000 keluarga miskin boleh beli
beras makan nasi berminggu-minggu.
No comments:
Post a Comment