Patutlah Umno selalu sesat barat dalam kerja buat politiknya, rupanya ini sebabnya!
Setiausaha
Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan bahawa Umno tidak
pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan
politiknya.
Katanya seperti dipetik
Umno-Online:
“Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan
kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun
dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti
tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat
Islam.”
Jika Umno benar-benar tidak pernah menggunakan panduan
ayat-ayat al-Quran dalam kerja buat politiknya bagaimana Umno boleh menjadi
betul mengikut landasan Islam? Malah sudah tentu juga asas dan tujuan parti Umno
itu boleh menjadi salah kerana bercanggah dengan panduan yang wajib dikuti dan
dipatuhi!
Alahai lagi parah....bagaimana dikatakan mahu menjaga
aqidah umat Islam kalau tidak mahu menggunakan walau sepotong pun ayat Al-Quran
sebagai panduan? Bukankan al-Quran dan As-Sunnah itu adalah panduan kepada umat
Islam termasuk kepada parti Islam dan orang-orang Islam?
Kalau begitulah rupa dan gayanya Umno dalam kerja buat politiknya maka tidak peliklah selama ini Umno sentiasa membuat kerja yang mengarut, melampau, sesat barat yang banyak menyalahi hukum-hakam Islam dalam mentadbir negara!
Nampaknya Setiausaha Agung Umno ini masih berbelit dan
dibelit oleh pegangan "Politik Suku Agama Suku" partinya lagi!
Kesian!
Berita yang diulas:
No comments:
Post a Comment