[PANAS] Pengakuan "Anak Sirul Azhar" Kata "PM Boleh Jatuh"
Sirul ditahan, banyak persoalan kekal misteri
Walaupun Koperal Sirul Azhar Umar kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia di Queensland, namun beberapa persoalan besar masih lagi tidak terjawab, kata Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan.
Selain itu, kecuaian Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah menyebabkan Sirul melarikan diri ke Australia dan negara terpaksa menggunakan khidmat Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan Sirul.
“Peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail harus bertanggungjawab dalam perkara ini dengan meletakkan jawatannya secara sukarela,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jelasnya, sekiranya Abdul Gani tidak meletakkan jawatannya, ia akan menimbulkan persepsi yang tidak baik dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya rakyat.
“Kita sudah tahu bahawa Inspektor Azilah Hadri dan Sirul bersalah kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu namun motif pembunuhan dan bagaimana kecuaian pintu negara sehingga Sirul berjaya meloloskan diri masih lagi kekal misteri,” ujarnya lagi.
Tambahnya, ini bukan seruan dan desakan yang pertama untuk Abdul Gani meletakkan jawatannya, tetapi desakan ini sudah disuarakan sejak negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada negara jiran, Singapura.
“Sudah banyak kali seruan dan desakan untuk beliau meletakkan jawatan. Kekalahan kita dalam kes Pulau Batu Putih juga membabitkan hal yang sama. Jadi, tidak ada salahnya sebagai anggota Parlimen, peranan Peguam Negara perlu dinilai semula,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia di Queensland sejak semalam.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Australia, Sirul Azhar ditahan atas kesalahan Akta Imigresen negara itu. -FMT
ULASAN GB
Seperti yang GB pernah ulas sebelum ini, ia semacam satu rancangan yang diatur. Siapa ajar atau arah Sirul ke Australia?
Kedua, tersebar di media massa sebelum ada pengakuan dari ibu kepada Koperal Sirul Azhar bahawa "Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya."
Dan ketiga tersebar juga di media sosial seseorang yang bernama "Shuk sz" yang dikatakan kini turut berada di Australia membuat pengakuan bahawa beliau adalah anak lelaki Koperal Sirul Azhar dan anda baca sendiri status yang ditulisnya:
No comments:
Post a Comment