Nasib Engkau Rakyat Johor Bersultankan Sultan Ibrahim Ismail
Sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail
ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj
Kerajaan Rakyat dah lama beri nasihat pada sultan ni.
Tahniah Johor, Penganugerahan Tanah Kepada Konglomerat China Bukti Rakyat Johor Tidak Dianaktirikan
Kami Anak Muda Negara Johor merafak sembah tahniah ke bawah DYMM Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan bagi negara dan jajahan takluk Johor Darul Takzim di atas penganugerahan terus-terusan tanah-tanah kepada konglomerat dari Tanah Besar China. Sesungguhnya sebagai rakyat yang amat menjunjung titah dan kasih Tuanku, kami amatlah bergembira dengan kejayaan kita mendapatkan hasil bernilai RM 2.4 billion daripada penjualan 128 ekar tanah di Iskandar Waterfront kepada Greenland.
Daulat Tuanku,
Jun 2014 Kerajaan Negara Johor telahpun meluluskan satu enakmen yang dipanggil Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan satu tujuan agar rakyat negara Johor dapat membeli rumah yang mampu mereka miliki. Tahniah juga kerana dengan adanya LPHJ ini, rakyat negara ini mampu untuk membeli rumah-rumah mampu milik di Saleng, Kelapa Sawit, Kong Kong dan Masai berbanding rumah mewah di sepanjang pesisiran Pantai Lido dan Stulang.
Rakyat negara Johor juga amatlah merasa bangga dengan kebanjiran banyak kondominium-kondominium mewah di sekitar Iskandar Malaysia yang dilengkapi juga dengan pelbagai taman tema seperti Legoland, Hello Kitty, Angry Bird dan yang terkini pula Greenland akan menyedekahkan Taman Tema Salji.
Sesungguhnya kami memang teramat gembira dengan cadangan Greenland menubuhkan Taman Tema Salji. Sudah lama kami berangan-angan untuk membina orang salji laksana Olaf, karakter dalam filem Frozen. Kami memang sentiasa termimpi-mimpi negara Johor ini akan menjadi seperti Negara Princess Elsa & Princess Anna itu. Sekali lagi kami menyembah takzim dan menjunjung kasih dengan kurniaan yang tidak terperi ini.
Daulat Tuanku
Kami sebagai anak muda pewaris masa depan negara Johor ingin memberikan amaran kepada kumpulan dan NGO ekstremis Melayu seperti Perkasa dan lain-lain agar jangan pandai-pandai hendak membantah segala kepesatan pembangunan ini. Lebih baik kamu semua menyokong. Daripada pegangan Melayu terlepas kepada warga Singapura, adalah sangat mulia sekali jika kita dengan rela hati memberikan tanah-tanah kita ini kepada mereka-mereka yang berasal dari Tanah Besar China.
Tindakan ini juga merupakan satu lagi tindakan yang mencerminkan kecerdikan orang Johor dalam melakukan diplomasi dan mentadbir negara tercinta ini. Tidak perlu untuk membela beruang panda, cukup sekadar kita berikan tanah yang berhektar-hektar kepada konglomerat Tanah Besar China. Sudah pastilah kita akan menerima sokongan dan keuntungan yang banyak daripada negara China.
Daulat Tuanku
Orang-orang di Persekutuan dan bukan rakyat jati negara Johor jangan berani-berani hendak memberikan komen mengenai perkara ini. Ini amaran kami. Kami tidak kisah. Kami rela menggadai tanah-tanah kami di Iskandar Malaysia asalkan wujud peluang pekerjaan yang lumayan. Hari ini tiada lagi anak-anak Johor yang bekerja di restoran makanan segera. Kami telah menjadi seperti rakyat Dubai. Kami memandu Ford Mustang, Lamborghini, Hummer. Kami berbelanja di Paris, London, New York.
Dan akhir sekali, kami juga mendesak agar disegerakan pengenalan zon antarabangsa yang dicadangkan. Dengan keluasan tanah yang telah kita sedekahkan kepada konglomerat Tanah Besar China dan pengumuman Persekutuan untuk memansuhkan visa pelancong warga China, kami amat berharap di zon antarabangsa ini akan muncul rumah-rumah urut dan akuarium-akuarium gadis umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kami juga berharap agar harga urutan dan servis B2B di Iskandar Malaysia akan dapat diturunkan dengan drastik pada tahun ini sebagai satu lagi subsidi kepada rakyat.
Daulat Tuanku
Akhir kalam, kami tidak dapat untuk menggambarkan keterujaan kami untuk melihat kesemua kondominium ini berdiri megah di bumi Johor. Kami sangat tidak sabar untuk berlari-lari di hadapan kondominium ini sambil menjilat aiskrim. Kami sangat tidak sabar sekali. Kami juga begitu teruja menanti kehadiran Optimus Prime.
Kami sekali lagi menjunjung kasih setia dan merafak sembah tahniah kepada DYMM Baginda Tuanku Sultan diatas kecerdikan dalam meneruskan kesinambungan pembangunan di bumi tercinta ini. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia Tuanku.
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Sekian,
Salam Muafakat Johor
Hadril Ridzal
Penyelaras SAMM Johor
Penyelaras SAMM Johor
P/S : BAB NEH AKU X BERANI KOMEN...
COZ AKU TAK KEBAL ...
harap2 perkara @ JMM @ umno @ macai tolong komen lah ...
No comments:
Post a Comment