Sunday, January 18, 2015

MAT MASLAN : GST VS MENTERI POINTER TINGGI ....

Pulau Pinang kaji tindakan undang-undang cabar GST

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Pusat melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April depan.

"Pada mesyuarat Exco negeri lalu, kami memutuskan untuk berunding dengan peguam untuk mengkaji sama ada pelaksanaan GST boleh dicabar di mahkamah," kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, GST tidak boleh dilaksanakan sekarang ini dan perlu ditangguhkan untuk memberi lebih banyak masa kepada rakyat Malaysia memahami serta menyesuaikan diri terhadap kesan negatif yang bakal terjadi.

Beliau berkata, DAP akan lebih menggiatkan usaha membantu hala tuju negara dan kehidupan rakyat terutama akibat kegagalan Kerajaan BN yang dilihat semakin mengabaikan peranannya.

Setiausaha Agung DAP itu turut menggesa kerajaan mengurangkan tarif elektrik berikutan penurunan petrol lebih 50 peratus daripada USD105-110 kepada USD50 satu tong.

Tambahnya, tuntutan sesetengah pihak dalam kerajaan agar sektor swasta mengurangkan harga berikutan penurunan petrol hanya boleh dilihat jujur, dipercayai dan profesional jika mengarahkan TNB supaya menurunkan tarif elektrik.

Katanya, kegagalan TNB mengurangkan tarif elektrik akan menggugat usaha mereka untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan oleh sektor swasta.

No comments:

Post a Comment