Sunday, January 18, 2015

KAK MAH : DIA TUH MACAI GILA PANGKAT ...


SYED ALI CHERAS, PENYOKONG MEMBAWA REBAH NAJIB & ROSMAH


“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain badminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop. Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara." - Syed Ali Al-Habshee, Ketua Bahagian Umno Cheras.

SOKONG MEMBAWA REBAH.

Itulah Syed Ali Al-Habshee, Ketua Bahagian Umno Cheras.

Tiada simpati buat Syed Ali yang dikritik begitu hebat di media sosial kerana keterlaluan "mempertahankan" (lebih dilihat sebagai membodek) Rosmah Mansor sehingga melampaui batasan agama.

Semasa banjir besar melanda Pantai Timur, beliau tampil mempertahankan Najib Razak yang sedang bercuti di Hawaii.

Sekiranya 191 Ketua Bahagian Umno bersikap seperti Syed Ali, maka runtuhlah Umno.

Najib adalah bapa kepada 27 juta rakyat Malaysia. Seorang bapa, walaupun sedang bercuti nun jauh di hujung benua, sekiranya anaknya sakit, tidak akan tergamak untuk terus bercuti dan membiarkan anaknya terlantar sakit dengan hanya ditemankan seorang doktor.

Seorang bapa yang waras akan pulang untuk bersama dengan anaknya walaupun dia tahu bahawa tiada apa yang dapat dilakukannya dan hanya doktor yang tahu bagaimana untuk merawatnya.

Kecuali, Najib tidak pernah menganggap 27 juta rakyat Malaysia sebagai anaknya.

Tetapi Syed Ali mengatasi 190 Ketua Bahagian Umno lain dalam "membodek" Rosmah dan Najib.

Orang semacam inilah yang merosakkan Najib.

Mungkin disebabkan orang semacam Syed Ali inilah menyebabkan Najib tidak mempunyai sedikit pun rasa bersalah dan sanggup ke Bangkok untuk bermain golf ketika rakyat keperitan derita banjir.

Ini lah suasana di dalam Umno hari ini.

Buat Syed Ali, kritikan baru-baru ini diharapkan akan mendewasakan beliau.

Ada caranya jika ingin mendekati Perdana Menteri dan keluarganya.

Salah satu caranya ialah memastikan Cheras kembali ke tangan BN.

Kalau itu satu tanggungjawab yang sukar, mungkin Syed Ali boleh pastikan BN mendapat sekurang-kurangnya 20,000 undi semasa PRU akan datang.

Semasa PRU 2013, BN Cheras hanya mampu meraih 10,953 undi.

Cara ini lebih baik untuk Syed Ali mendekatkan diri beliau dengan Perdana Menteri dan keluarganya daripada membuat kenyataan yang menyokong membawa rebah

No comments:

Post a Comment