Sunday, January 25, 2015

UMNO : KITA ME"LAYU" BUKAN ME"LAJU".....

Sajak A Samad Said ..Hai Melayu

  A.    Samad Said  : TAJUK SAJAK...HAI MELAYU..

Hai Melayu! 
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina, 
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa, 
orang Nepal yang menabur baja, 
orang pakistan usung karpet jaja merata, 
lalu melayu ada apa? 
harapkan ustaz, saling menyesat, 
harapkan hiburan, lagi best filem barat, 
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat 
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat, 
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat! 

Hai melayu! 
masih mendabik menjadi tuan? 
sibuk mahu menjadi tuan, rupanya kerja kelas bawahan, 
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian! 
kerja sikit, sembang kencang, 
banyak rungut, sikit rancang, 
siapa tegur, dituduh lancang 
duduk warung, gigit kacang! 

Hai melayu! 
konon kau pantang dicabar, 
konon kau tangkas menyambar, 
tapi cuma indah khabar, 
rentakmu makin lama makin hambar 
kau melayu 
aku pun melayu, 
aku menulis bukan cemburu, 
aku mahu engkau tahu, 
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu! 
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya, 
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya, 
kau cuma tahu ber gaya, 

Hai melayu! 
kau melaung-laung di jalan raya, 
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya, 
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya! 

Hai melayu! 
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka, 
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka! 

Hai melayu! 
sedarlah bangsa ku, 
buka lah minda mu, 
bersatulah bangsa ku, 
kerana malaya bukan lagi milik mu ! 
aku pun melayu, 
engkau pun melayu, 
bodoh sombong harus di tepis, 
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris, 
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa... 

BLOGGER UMNO : APEKEBENDE AKU NAK KOMEN ???

Nasib Engkau Rakyat Johor Bersultankan Sultan Ibrahim Ismail

Sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail 
ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj
Kerajaan Rakyat dah lama beri nasihat pada sultan ni.

Tahniah Johor, Penganugerahan Tanah Kepada Konglomerat China Bukti Rakyat Johor Tidak Dianaktirikan

Kami Anak Muda Negara Johor merafak sembah tahniah ke bawah DYMM Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan bagi negara dan jajahan takluk Johor Darul Takzim di atas penganugerahan terus-terusan tanah-tanah kepada konglomerat dari Tanah Besar China. Sesungguhnya sebagai rakyat yang amat menjunjung titah dan kasih Tuanku, kami amatlah bergembira dengan kejayaan kita mendapatkan hasil bernilai RM 2.4 billion daripada penjualan 128 ekar tanah di Iskandar Waterfront kepada Greenland.

Daulat Tuanku,
Jun 2014 Kerajaan Negara Johor telahpun meluluskan satu enakmen yang dipanggil Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan satu tujuan agar rakyat negara Johor dapat membeli rumah yang mampu mereka miliki. Tahniah juga kerana dengan adanya LPHJ ini, rakyat negara ini mampu untuk membeli rumah-rumah mampu milik di Saleng, Kelapa Sawit, Kong Kong dan Masai berbanding rumah mewah di sepanjang pesisiran Pantai Lido dan Stulang.

Rakyat negara Johor juga amatlah merasa bangga dengan kebanjiran banyak kondominium-kondominium mewah di sekitar Iskandar Malaysia yang dilengkapi juga dengan pelbagai taman tema seperti Legoland, Hello Kitty, Angry Bird dan yang terkini pula Greenland akan menyedekahkan Taman Tema Salji.


Sesungguhnya kami memang teramat gembira dengan cadangan Greenland menubuhkan Taman Tema Salji. Sudah lama kami berangan-angan untuk membina orang salji laksana Olaf, karakter dalam filem Frozen. Kami memang sentiasa termimpi-mimpi negara Johor ini akan menjadi seperti Negara Princess Elsa & Princess Anna itu. Sekali lagi kami menyembah takzim dan menjunjung kasih dengan kurniaan yang tidak terperi ini.

Daulat Tuanku
Kami sebagai anak muda pewaris masa depan negara Johor ingin memberikan amaran kepada kumpulan dan NGO ekstremis Melayu seperti Perkasa dan lain-lain agar jangan pandai-pandai hendak membantah segala kepesatan pembangunan ini. Lebih baik kamu semua menyokong. Daripada pegangan Melayu terlepas kepada warga Singapura, adalah sangat mulia sekali jika kita dengan rela hati memberikan tanah-tanah kita ini kepada mereka-mereka yang berasal dari Tanah Besar China.

Tindakan ini juga merupakan satu lagi tindakan yang mencerminkan kecerdikan orang Johor dalam melakukan diplomasi dan mentadbir negara tercinta ini. Tidak perlu untuk membela beruang panda, cukup sekadar kita berikan tanah yang berhektar-hektar kepada konglomerat Tanah Besar China. Sudah pastilah kita akan menerima sokongan dan keuntungan yang banyak daripada negara China.

Daulat Tuanku
Orang-orang di Persekutuan dan bukan rakyat jati negara Johor jangan berani-berani hendak memberikan komen mengenai perkara ini. Ini amaran kami. Kami tidak kisah. Kami rela menggadai tanah-tanah kami di Iskandar Malaysia asalkan wujud peluang pekerjaan yang lumayan. Hari ini tiada lagi anak-anak Johor yang bekerja di restoran makanan segera. Kami telah menjadi seperti rakyat Dubai. Kami memandu Ford Mustang, Lamborghini, Hummer. Kami berbelanja di Paris, London, New York.

Dan akhir sekali, kami juga mendesak agar disegerakan pengenalan zon antarabangsa yang dicadangkan. Dengan keluasan tanah yang telah kita sedekahkan kepada konglomerat Tanah Besar China dan pengumuman Persekutuan untuk memansuhkan visa pelancong warga China, kami amat berharap di zon antarabangsa ini akan muncul rumah-rumah urut dan akuarium-akuarium gadis umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kami juga berharap agar harga urutan dan servis B2B di Iskandar Malaysia akan dapat diturunkan dengan drastik pada tahun ini sebagai satu lagi subsidi kepada rakyat.

Daulat Tuanku
Akhir kalam, kami tidak dapat untuk menggambarkan keterujaan kami untuk melihat kesemua kondominium ini berdiri megah di bumi Johor. Kami sangat tidak sabar untuk berlari-lari di hadapan kondominium ini sambil menjilat aiskrim. Kami sangat tidak sabar sekali. Kami juga begitu teruja menanti kehadiran Optimus Prime.
Kami sekali lagi menjunjung kasih setia dan merafak sembah tahniah kepada DYMM Baginda Tuanku Sultan diatas kecerdikan dalam meneruskan kesinambungan pembangunan di bumi tercinta ini. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia Tuanku.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Sekian,
Salam Muafakat Johor
Hadril Ridzal
Penyelaras SAMM Johor

P/S :  BAB NEH AKU X BERANI KOMEN...
COZ AKU TAK KEBAL ...

harap2 perkara @ JMM @ umno @ macai tolong komen lah ...

1 MDB : ANAK SYARIKAT KAMI UNTUK KEDARAH DUIT RAKYAT ...

KUMPULAN SYARIKAT “SRC INTERNATIONAL” DITUBUHKAN SEBAGAI ANAK SYARIKAT 1MDB

Ekoran dari kenyataan media saya mengenai hutang RM4 bilion yang diambil oleh sebuah anak syarikat 1MDB, saya telah menjangkakan bahawa 1MDB akan membuat kenyataan bahawa SRC International tidak ada kena mengena dengan 1MDB kerana ia (SRC International) kini adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Kenyataan itu mengesahkan pandangan saya sebelum ini bahawa 1MDB di bawah kepimpinan baru Arulkanda Kandasamy tidak ada bezanya dengan 1MDB sebelum ini dari aspek ketelusan dan tata kelola. Saya membawa isu SRC International ini untuk menguji sama ada Arulkanda Kandasamy akan berlaku telus dan menerangkan secara terperinci latar belakang dan keterlibatan 1MDB dalam SRC International.

Kenyataan 1MDB bahawa SRC International tidak ada kena mengena dengannya cuba menyembunyikan satu fakta yang sangat penting: SRC International pada mulanya ditubuhkan sebagai anak syarikat 1MDB dan kemudiannya dipindahkan kepada MOF Inc.

Sebab itu, 1MDB sewajarnya menjawab persoalan-persoalan ini:

1.      Kenapa SRC International ditubuhkan dan mengambil hutang RM4 bilion dari dana pencen rakyat?

2.      Kenapa selepas mendapat dana RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), tiba-tiba 1MDB memindahkan SRC International kepada kerajaan melalui MOF Inc?

3.      Pada ketika SRC International dipindahkan kepada MOF Inc, syarikat itu telah mencatat kedudukan kewangan yang mana hutangnya telah melebihi dari aset. Adakah tindakan 1MDB memindahkan SRC International kepada MOF Inc disebabkan SRC International ini telah diketahui dari awal akan mengalami masalah kewangan?

4.      Ke manakah wang RM4 bilion yang diambil dari duit pencen rakyat itu dibelanjakan?

Ini adalah soalan-soalan pokok yang wajib dijawab oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau bertanggungjawab bagi 1MDB dan Kementerian Kewangan. Pada pengetahuan saya, tidak pernah sebuah syarikat yang berhutang sebegini rupa dipindahkan sewenang-wenangnya kepada kerajaan dan menyebabkan hutang kerajaan bertambah sebanyak RM4 bilion secara serta merta.

Saya sertakan bukti-bukti berikut dari laporan kewangan yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Mac 2012 yang mengesahkan bahawa SRC International adalah anak syarikat 1MDB sebelum ia dipindahkan kepada MOF Inc:

Mukasurat 1:
“Principal Activities” mengesahkan bahawa SRC International ditubuhkan untuk terlibat di dalam aktiviti perlombongan dan tenaga seperti mana yang saya sebut sebelum ini. Ia selari dengan laporan akhbar antarabangsa bahawa SRC International merancang untuk melabor dalam lombong arang batu di Mongolia.

Mukarusat 3:
“Other Statutory Information” mengesahkan bahawa jumlah hutang syarikat ini telah melebihi jumlah aset dan lazimnya syarikat sebegini dikira menghadapi risiko muflis.

Mukasurat 4:
“Directors” mengesahkan bahawa ahli-ahli Lembaga Pengarah 1MDB juga dilantik sebagai Pengarah di dalam SRC International. Datuk Paduka Ismee adalah ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Datuk Shahrol Azral adalah bekas CEO 1MDB dan kini ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Vincet Koh adalah Ketua Pegawai Pelaburan (Chief Investment Officer) 1MDB. Nik Faisal Nik Ariff yang dilantik menjadi CEO SRC International adalah kenalan Jho Low dari UBG Berhad. Jawatan-jawatan penting di dalam SRC International semuanya dipegang oleh pegawai-pegawai 1MDB atau mereka yang rapat dengan Jho Low atau individu berpengaruh dalam 1MDB.

Mukasurat 10:
“Statements of Comprehensive Income” menunjukkan syarikat ini tidak mempunyai sebarang aktiviti dan menanggung kerugian walaupun telah mengambil hutang RM4 bilion dari dana pencen rakyat.

Mukarusat 11:
“Statements of Financial Position” mengesahkan bahawa jumlah hutang syarikat ini melebihi jumlah aset sebanyak RM77 juta. Lazimnya, syarikat begini dikategorikan sebagai mempunyai risiko muflis yang tinggi.

Mukasurat 12:
“Non-current liability” mengesahkan SRC International telah mengambil hutang RM4 bilion.

Mukasurat 32:
“Investment in subsidiary company” mengesahkan bahawa syarikat lain dari kumpulan ini yang mempunyai nama yang sama (SRC International Malaysia Limited) adalah pada asalnya milik 1MDB melaui 1MDB Real Estate Sdn Bhd. Ia telah dijual oleh 1MDB kepada SRC International pada 2 September 2011.

Mukasurat 37:
“Islamic term financing” mengesahkan bahawa 1MDB melalui SRC International telah mengambil hutang RM4 bilion dari dana pencen awam yang dijamin oleh kerajaan.

Maklumat-maklumat ini secara jelas menunjukkan bahawa 1MDB adalah dalang di belakang SRC International yang telah mengambil dana pencen sebanyak RM4 bilion. Sehingga kini, 1MDB telah gagal memberikan penjelasan ke manakah wang RM4 bilion itu telah dibelanjakan dan saya akan terus bertanya kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak dan 1MDB sehingga ia dijelaskan dengan baik.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

CARI PUNCA, JANGAN TUTUP KES GITU JER ...

[BONGKAR] Kemalangan Maut Di Melaka, Benarkah JPJ Tidak Mengejar Kereta Itu?



Kemalangan maut Melaka: Polis siasat laporan JPJ terlibat

MELAKA: Polis Melaka akan menyiasat dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) terlibat dalam kemalangan yang meragut empat nyawa di Jalan Serkam Pantai-Pulai pada Jumaat.

Menurut pegawai penyiasat, Inspektor Cornelius Loipin, pihaknya ada menerima satu laporan polis daripada saksi yang mengatakan ada cubaan daripada JPJ untuk mengejar sebuah Proton Perdana sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut.

"Kita mendapat aduan orang awam ada JPJ cuba kejar pemandu Perdana. Namun begitu, kita masih menjalankan siasatan sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Tetapi setakat hari ini, terdapat satu laporan saksi daripada orang awam yang mengatakan JPJ cuba untuk mengejar.


"(Tentang) Kejadian melibatkan JPJ, polis akan menyiasat lebih lanjut... kita tak boleh kata JPJ salah, kita akan siasat lebih lanjut lagi," kata Cornelius.

Difahamkan kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah kereta Proton Perdana yang dikatakan memasuki arah bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil sehingga menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.

Polis Melaka dalam pada itu meminta lebih ramai saksi tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan.

Cornelius berkata, keterangan saksi amat perlu berikutan dakwaan terbabit di mana pemandu Proton Perdana itu turut mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu mengorbankan empat sekeluarga iaitu Saimah Wahab, 77; Ida Dollah, 46, dan dua anaknya, Siti Rohana Abd Ghaffar, 23, dan Siti Rohani, 18.

Sementara itu, suami mangsa, Abd Ghaffar Said bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mahukan keadilan akibat kelalaian pengguna jalan raya sehingga menyebabkan ahli keluarganya terkorban.

Beliau amat berharap lebih ramai saksi tampil membuat aduan bagi melancarkan siasatan.


"Saya minta orang ramai tampil menjadi saksi dalam kemalangan semalam yang melibatkan anak isteri saya," kata Abd Ghaffar.

Terdahulu, JPJ menafikan laporan yang mendakwa mereka terlibat secara langsung dalam insiden kemalangan tersebut.

Kesemua mangsa yang dibedah siasat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Panjang Sari, Pagoh selepas Zohor. -astroawani


JPJ nafi jadi punca kemalangan maut empat individu di Melaka

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan laporan yang mengatakan empat individu maut selepas kereta yang mereka naiki dirempuh akibat diburu JPJ.

Berikut adalah kenyataan penuh JPJ yang dimuatnaik menerusi laman rasmi Facebook jabatan tersebut:

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil serius laporan berita tidak sahih yang dikeluarkan oleh salah sebuah media tempatan.

"Di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Melaka pada 23 Januari 2015 pukul 4.15 petang adalah disebabkan proton perdana dari arah Merlimau yang diburu pasukan JPJ sehingga memasuki jalan bertentangan berlangar dengan produa kancil dan menyebabkan 4 maut di tempat kejadian.

"Ibu Pejabat JPJ telah menerima laporan penuh daripada JPJ Negeri Melaka berhubung dengan situasi sebenar yang berlaku iaitu, 4 anggota JPJ yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan sebuah kemalangan dan telah memberi bantuan yang sewajarnya sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian.

"Berikutan dengan itu, laporan Polis telah dibuat oleh anggota yang berada di tempat kejadian bagi menjelaskan situasi sebenar dan menafikan laporan berita yang dikeluarkan oleh media tempat tersebut.

"JPJ melahirkan rasa kecewa dengan laporan berita yang ditulis tanpa membuat rujukan sahih daripada pihak jabatan.

"Siasatan sedang dibuat berhubung dengan laporan berita tersebut." 
-astroawani


ULASAN GB

Kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kejadian tersebut dengan seadil-adilnya.

Apakah benar pihak JPJ tidak mengejar kereta Proton Perdana tersebut dan hanya terserempak dengan kemalangan lalu memberi bantuan sedangkan ada laporan polis dari saksi kejadian menyatakan "ada cubaan daripada JPJ untuk mengejar sebuah Proton Perdana sehingga mengakibatkan kemalangan"?

Daripada laporan polis yang dibuat oleh pegawai JPJ berkenaan nampak seperti kurang logik... terserempak .. berarti secara kebetulan...

Mungkin kereta Perdana itu ada membuat kesalahan, dan JPJ berhak untuk mengejar dan menjejakinya. Tetapi pegawai JPJ membuat laporan polis menyatakan mereka tidak mengejarnya. Apakah kerana apabila mendapat tahu ada kematian, maka pegawai JPJ berkenaan terus mengambil keputusan membuat laporan polis menyatakan mereka terserempak, bukan mengejar kereta berkenaan?

Sebelum ini, ada saksi menyatakan mendengar siren dibunyikan oleh kereta peronda JPJ berkenaan sewaktu mengejar kereta Perdana berkenaan. Apa-apa pun kita meminta saksi-saksi kejadian tampil supaya KEBENARAN dapat ditegakkan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasatnya dengan adil. Jika benar JPJ mengenjarnya, pegawai JPJ berkenaan boleh didakwa membuat laporan polis palsu.

1 MALAYSIA : IKUT CARA ISLAM PUN UMNO NAK HUKUM ???

Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah?


Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.

“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.

Rohani berkata, setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.

Namun, jelas beliau, itu dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.

“Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak mereka,” katanya lapor Utusan

KALAU BETUL CERITANYA BEGINI, ALHAMDULILLAH ...

[VIDEO] MasyaAllah.. Keajaiban Yang Berlaku Ke Atas TGNA Semasa Di ICU -updated



Diceritakan di dalam tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bahawa doktor telah memberi taklimat kepada ahli-ahli keluarga terdekat dan telah memaklumkan yang TGNA telah diserang oleh kuman ke paru-paru dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.

Doktor meminta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

Menurut doktor yang merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang itu seda, untuk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat baru boleh disuntik.

Sesuatu yang ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua malam beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pagi akan bangun bertahajjud (amalan yang tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.

Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر.

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya.

Di dalam keadaan sakit yang sangat kritikal, tapi masih membangunkan hambaNya yang dikasihi untuk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..

Menurut doktor yang merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum daripada ini... Sumber asal: Kerabu Bersuara Group.. 

BLOGGER SEX UMNO : KAMI MEMANG SUKA BAB SEKS NEH ... DAIM PUN KAMI ADA.... TUNGGU ARAHAN ROSMAH JER ...

Video Seks Daim Zainuddin bakal disebar..


Sebagaimana yang telah dijangka.. gara-gara kritikannya terhadap Najib, macai-macai yang tak mampu untuk menjawab atau menangkis kritikan tersebut menggunakan taktik kotor..

Video oleh pemilik akaun WikiLeaks Malaysia tanpa memaparkan sebarang aksi seks, tetapi menjanjikan bakal mendedahkan video temu ramah dengan “mangsa” Daim yang dikatakan berasal dari Vietnam, Indonesia dan Thailand..

"Kita merasakan ia kerja blogger-blogger upahan yang sanggup melakukan apa saja asalkan menerima bayaran. Tindakan untuk menggesa Najib meletak jawatan semakin kuat, sama seperti ketika zaman Pak Lah," kata Blogger UMNO.

Entah siapalah yang dibayar untuk buat pengakuan ni?..

Rasanya Daim mempersoalkan dasar dan cara pengurusan kewangan oleh Najib langsung dia dan kawan-kawannya tak sentuh peribadi Najib.

Kenapa macai-macai peliharaan Najib tak menjawab apa yang dipersoalkan itu?.. tak tahu nak jawablah tu.. sebab BODOH..

Sayangnya mereka terhadap Najib.. walaupun jelas apa yang Najib buat tu tak betul, masih nak dipertahankan juga.. ada juga manusia bodoh macam ni dalam dunia ni..

Laporan berkaitan..

Daim diserang ugutan video seks

Perang proksi dalam media arus perdana dan di Internet di antara Datuk Seri Najib Razak dan pengkritik dalaman Umno seperti mengulangi sejarah percubaan untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata seorang blogger pro Barisan Nasional (BN).

Tetapi kali ini taktiknya lebih kotor, secara tidak langsung dan lebih lucah dengan mangsa terbaru adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang diancam didedahkan video seksnya.

 "Kita merasakan ia kerja blogger-blogger upahan yang sanggup melakukan apa saja asalkan menerima bayaran. Tindakan untuk menggesa Najib meletak jawatan semakin kuat, sama seperti ketika zaman Pak Lah," kata Anuar Mohd Nor yang dikenali dengan blog Umno Reform merujuk kepada Abdullah.

Klip penuh dengan teks selama satu minit dan 40 saat dimuat naik di laman perkongsian video atas talian YouTube, oleh pemilik akaun WikiLeaks Malaysia tanpa memaparkan sebarang aksi seks, tetapi menjanjikan bakal mendedahkan video temu ramah dengan “mangsa” Daim yang dikatakan berasal dari Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Klip itu juga mendakwa AS$10,000 dibayar kepada mereka yang masih dara dan akan diperiksa doktor peribadi Daim.

Daim menjadi sasaran kerana kritikannya kepada cara Najib menguruskan politik dan ekonomi.br />
Walaupun pengkritik utama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Daim terperangkap di tengah-tengah, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin baru-baru ini.

Menurut Anuar yang pernah menganggotai Unit Media Baru Umno itu, Najib tidak dibantu faktor ekonomi lain seperti kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara.

Katanya, ini menyebabkan kecenderungan untuk menjatuhkan pemimpin juga cukup tinggi.br />
"Ini spekulasi politik, Tun Dr Mahathir menegur, kemudian tarik balik, seperti main tarik tali...Datuk A Kadir Jasin dan Daim kemudiannya mula turut mengkritik Najib," katanya.

“Ia berlaku kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ketika krisis ekonomi pada 1998 apabila beliau dipecat dan mencetuskan reformasi," katanya merujuk kepada apa yang dilakukan Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kemuncak krisis ekonomi Asia pada 1998.

Serangan kepada pemimpin veteran seperti Daim bagaimanapun mungkin akan “menikam balik” Najib, kata Kadir dengan mengatakan orang seperti bekas menteri kewangan itu dan Dr Mahathir tidak akan rugi banyak kerana sememangnya sudah tidak memegang jawatan politik.

Seorang lagi blogger Shahbudin Husin yang merupakan bekas ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dalam tulisannya pada Rabu berkata Najib harus bersuara dan menyatakan pendirian tentang serangan terhadap Daim.

Shahbudin berkata, kesan perang proksi dirasai Umno sendiri dan Najib selaku presiden parti perlu menamatkannya dengan menjawab isu ditimbulkan Daim.

“Sebagai pemimpin, beranilah berkata benar dan jangan bersikap baling batu sembunyi tangan. Kalau mengetahui dan merestuinya, berdirilah dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang yang berani.

“Namun berdiam diri dan bisu seperti selalu bukan lagi pilihan ketika ini,” kata Shahbudin.

Media arus perdana menyerang Daim dengan tuduhan rasuah dan memberikan liputan meluas kepada Anwar yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan itu.

Komen Anwar diberikan liputan meluas dalam media arus perdana yang sebelum ini bersikap dingin terhadap ahli politik pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut bilion ringgit melalui Bank Afrika dan Eropah Timur menggunakan proksi.

Daim menafikan dakwaan itu dan berjanji untuk memberikan kerjasama kepada SPRM.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul berkata, badan anti rasuah itu sudah menemu bual Daim dan akan bertemu Anwar untuk membantu siasatan.

Tindakan Anwar itu mengejutkan beberapa pihak, terutamanya sekutu PR DAP apabila mempersoalkan kewujudan "pertalian" antara Anwar dan Najib.

Ahli Parlimen Raub (DAP) Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, kesungguhan Anwar itu dilihat akan menggagalkan usaha PR untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

"Adakah terdapat perjanjian di antara Najib dan Anwar? Anwar membantu Najib menjatuhkan Daim kerana Najib sebenarnya berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bagi saya, kelihatan keutamaan Anwar kini bukanlah PR. Walaupun beliau memberitahu saya tidak kisah isu tersebut, saya fikir keutamaannya sekarang ialah kebebasan sendiri," katanya menerusi kiriman di blognya Sakmongkol AK47 hari ini.

Katanya, media Umno seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya untuk bercakaran sesama sendiri tanpa melibatkan pemimpin PR.

"Kita patut membiarkan Daim dan orangnya seperti penulis, blogger dan bekas menteri untuk menjatuhkan Najib.

"Jangan halang Zam menyampaikan cerita sensasi tentang Najib supaya seluruh Malaysia mengetahui siapakah Najib sebenarnya," katanya merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin lapor The Malaysian Insider

1 MDB : PEROSAK 1 MALAYSIA ....


Malaysia 'Darul Hairan'


Oleh Zulkifli Yahaya

KONTROVERSI 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan dakwaan hutang sebanyak RM41.9 juta serta lain-lain pertikaian, bukan perkara kecil. Seperti biasa, jika isu seperti ini berlaku di negara selain Malaysia maka ketua kerajaannya sudah meletakkan jawatan.

Di Malaysia, perdana menterinya boleh bergelak ketawa bermain golf dengan presiden Amerika Syarikat seolah-olah tiada apa berlaku.

‘Wanita pertama’ pula boleh bebas melancong sambil membeli belah di mana jua. Dunia hairan bagaimana banyak kontroversi besar melibatkan kewangan yang banyak boleh berlaku dengan “selesa” di Malaysia tanpa menjejaskan kedudukan kerajaan yang memerintah.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis terhadap kes 1MDB tiba-tiba mendapati rumahnya dilelong tanpa notis dan penyitaan terlebih dahulu.
Memang orang yang tak bayar hutang atau jadi penjamin terhadap hutang tidak berbayar akan terima tindakan hartanya dilelong. Tapi dakwa Khairudin, lelong dibuat dahulu sebelum beliau terima notis. Itu yang menghairankan.
Jika Khairuddin tidak buat laporan polis, adalah rumahnya akan dilelong sepantas itu?
Sebenarnya banyak lagi senarai keanehan yang terdapat di negara Malaysia yang satu ini. Di Malaysia seorang yang sedang menanti hukuman mati boleh bebas keluar negara secara sah. Bagaimana kerajaan boleh mengeluarkan pasport untuknya? Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah hairan bagaimana hal ini boleh berlaku. “Saya hairan kenapa dia boleh keluar negara dan Jabatan Imigresen tidak diberitahu yang dia tidak boleh keluar,” ujar Muhammad Shafee. Sementara ramai pula di kalangan rakyat Malaysia yang hairan mengapa peguam kanan itu hairan. Sepatutnya dia tidak hairan kerana "Malaysia serba boleh.
Tiba-tiba kerajaan Australia pula menegaskan tidak membenar kan pembunuh Altantuya dibawa pulang kerana dasar negaranya yang membantah hukuman mati. Macam ada konspirasi dari awal untuk membawa orang yang bakal dijatuhi hukuman mati ke negara selamat. Hairan, siapa yang mengatur ini semua?
Di samping hairan mengapa penunggu hukuman bunuh boleh bebas keluar negara, ramai yang hairan mengapa bekas pelajar yang tidak lunaskan hutang PTPTN tidak dibenar keluar negara.
Rakyat Malaysia yang tidak bayar cukai pendapatan juga antara yang tidak bebas untuk keluar negara. Pembunuh bebas berjalan seantero dunia, manakala penghutang pula dilayan macam pembunuh.
Hairan.
Rakyat baru saja hairan dan tertanya- tanya, siapakah dia penumpang misteri yang menggunakan pesawat negara 9M-NAA mengelilingi dunia penghujung tahun lalu hingga awal tahun ini. Pesawat Airbus 319 kontroversi tersebut direkod menggunakan laluan Honolulu – Los Angeles – Indianapolis – Los Angeles – New York – Dubai – Bangkok dan kemudiaan pulang ke Kuala Lumpur. Pesawat khas milik negara itu hanya digunakan untuk pengangkutan khas Yang di- Pertuan Agong dan perdana menteri.
Hairannya, hanya laluan ke Honolulu disertai Najib. Selebihnya tanpa Najib. Sehingga kini kerajaan masih takut untuk mendedahkan siapakah penumpang misteri yang menghairankan itu dan membazirkan kira-kira setengah juta ringgit wang negara.
Baru-baru ini tercetus kontroversi beberapa gadis Melayu naik ke pentas, lalu dipeluk artis lelaki K-pop. Teruklah gadis-gadis remaja tersebut menjadi mangsa cercaan rakyat Malaysia. Ibu bapa mereka juga jadi mangsa. Hairannya penganjur persembahan tersebut tidaklah pula dibantai teruk macam nasib gadis remaja tersebut. Sepatutnya yang teruk dihentam ialah pihak kerajaan yang menggalak dan membenarkan K-pop. Merekalah yang mula membawa masuk K-pop dari Korea untuk dihidangkan pada para remaja guna bajet Kementerian Belia dan Sukan.
Semua tahu Najib pernah turut sepentas bersama gadis-gadis gedik tidak cukup kain itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Remaja bertudung peminat K-pop itu kini jadi buruan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM1,000 atau dipenjara enam bulan. Hukuman seperti itu memang patut sebagai langkah pencegahan supaya umat Islam dapat menjaga maruah. Yang jadi kehairanannya mengapa mereka saja diburu pihak berkuasa agama?
Sewaktu isteri perdana menteri, Rosmah Mansor peluk pemain badminton Lee Chong Wei sampai kelihatan separuh lemas, mengapa Jawi hanya mendiamkan diri?
Pelakon-pelakon yang berpelukan dalam adegan filem, antara berlainan jantina sedangkan, mereka bukan mahram tetap haram hukumnya.
Mengapa pihak berkuasa agama tidak bertindak? Hairan.
Ada dua set penguatkuasaan undang-undang bagi pihak berkuasa agama rupanya. Ramai hairan dan tertanya-tanya apa halnya tiba-tiba Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan AS, FBI berkaitan warganegara Malaysia Paul Phua Weng San. Phua dan anaknya Darren Wai Kit Phua kini dalam tahanan rumah di AS dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan berkaitan perjudian.
Dia disyaki terbabit dengan kegiatan kongsi gelap 14K. Kononnya surat Zahid tersebut adalah pembelaan terhadap Phua untuk mengesahkan bahawa kongsi gelap 14K tidak wujud di Malaysia.
Sepatutnya biarlah FBI lakukan siasatan. Hairan mengapa Zahid pula yang menyibuk. Jika ia satu dokumen pembelaan, apa hubungan dan kepentingan antara Zahid dan Phua? Hairan.
Tahun lalu harga minyak dunia naik mendadak. Malaysia menaikkan harga minyak kononnya kenaikan itu tidak dapat dielakkan, faktor harga minyak dunia. Maka berbondong-bondonglah peniaga menaikkan harga barang. Kerajaan tidak dapat mengawal, hanya melihat dengan mata putih. Bahkan kerajaan pun turut menaikkan harga gula serta beberapa barangan kawalan yang lain.
Sekarang harga minyak dunia jatuh teruk. Kerajaan Malaysia terus ambil kesempatan menghapuskan subsidi di saat kejatuhan harga minyak. Tanpa subsidi pun minyak masih murah dari sebelumnya.
Hairannya mengapa harga barang dan perkhidmatan tidak turun, termasuk harga barang dalam senarai kawalan kerajaan.
Hairan mengapa kerajaan lemah sangat mengawal harga barang?
Di tengah-tengah banyak peristiwa hairan itu, ada satu perkara yang jadi puncak segala kehairanan.
Terlalu banyak kebejatan yang berlaku dalam negara. Penyelewengan, pemborosan, ketirisan dan penindasan terhadap rakyat berlaku sejak sekian lama di bawah kerajaan BN. Ramai kalangan rakyat yang marah terhadap BN. Namun bila datang pilihanraya; dengan hanya bantuan BR1M yang sekelumit dan sedikit janji untuk membeli undi, sebahagian besar orang Melayu boleh khayal dengan “dadah” pemberian BN itu lalu terus memangkah dacing. Bagaimana teruk pun BN, ia terus berkuasa. Itu adalah ibu segala kehairanan

TUN DR. M : DEPA MAU DENGAR CAKAP AKU KA???

Dr M digesa nasihat PERKASA henti sikap ekstrem

MALAYSIAKINI


  


MP DAP Ipoh Barat M Kulasegaran hari ini menggesa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya "menasihatkan" NGO pendesak Melayu PERKASA agar menghentikan "politik ekstremis".

Gesaan tu dibuat ekoran sokongan terbuka bekas presiden Umno itu kepada kumpulan tersebut minggu lalu.

Kulasegaran juga berkata dakwaan Mahathir bahawa PERKASA tidak mungkin wujud jika tidak kerana peningkatan pandangan ekstremis di kalangan bukan Melayu, adalah "tidak benar".

Dalam kenyataannya, Kulasegaran berkata kenyataan tokoh itu bahawa bukan Melayu telah menyerang hak orang Melayu dan bumiputera adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau mendakwa sikap ekstrem kumpulan itu yang menyerang kaum bukan Melayu.

"Terdapat banyak contoh yang boleh diambil bagi membuktikan sikap ekstrem Perkasa dan ia serangan tidak berasas dan tidak wajar ke atas orang bukan Melayu," katanya.

Thursday, January 22, 2015

PM NAJIB : DEPA KUTUK AKU... ADA AKU KISAH ??? JOM ROSMAH, KITA PI BERCUTI LAGI ....

SANUSI PENGKRITIK KE-6 NAJIB

HARI ini Jelapang hendak menambah lagi satu nama orang lama Umno yang MENGKRITIK Najib Razak.

Beliau ialah Tan Sri SANUSI JUNID, bekas Naib Presiden Umno, Menteri Besar Kedah dan bekas Menteri dari Umno.

Sanusi adalah pemimpin Umno ke-6 yang disenaraikan Jelapang yang telah mengkritik Najib.

Lihat kenyataan Sanusi di video di atas.

Kesimpulan Sanusi ialah samada BN "tukar dasar dan cara" atau 'TUKAR ORANG"

Sebelum ini, Jelapang menyiarkan senarai pengkritik seperti berikut:
1. Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno.

2. Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno.

3. Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno.

4. Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

5. Tan Sri Sabaruddin Chik, bekas Setiausaha Agung Umno dan bekas Menteri.

Wednesday, January 21, 2015

POLITIK 2015 : NAJIB + ANWAR VS MAHATHIR + DAIM VS PAS VS DAP ???

NAJIB DAN ANWAR BAKAL 'CIUM MULUT'?

Oleh Shahbudin Husin


Dulu minum teh tarik bersama, kini Mahathir dan Daim juga sudah jadi musuh bersama...

Ungkapan politik selau mengingatkan,  tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi. Yang kekal adalah kepentingan peribadi.

Orang-orang lama juga ada berpesan, dunia politik ini untuk mereka yang tebal kulit mukanya. Ia hanya sesuai untuk mereka yang boleh berpura-pura, sanggup buang kawan dan sentiasa terbuka untuk berbaik dengan musuh.

Yang banyak pengalaman pula ada berkata, kalau dalam matematik,  dua darab dua bersamaan empat, tetapi dalam politik jawapannya boleh jadi lain daripada angka itu.

Begitulah selalunya perjalanan politik. Paling kerap berlaku ialah kawan bertukar jadi lawan dan lawan bertukar jadi kawan. Dua orang yang bergaduh boleh berbaik bila musuh yang dihadapi adalah orang yang sama.

Dalam perseteruan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim sejak bertahun-tahun sebelum ini serta berdasarkan rentetan peristiwa antara keduanya, barangkali di luar pemikiran semua orang tentang kemungkinan kedua-duanya boleh bersatu dan bekerjasama.

Apatah lagi penyokong Anwar dan Najib juga sama-sama agresif menyerang, mencerca dan memaki-hamun kedua-dua pemimpin itu. Jika penyokong Najib membuat serangan dengan antaranya berkaitan dakwaan liwat dan mengedarkan video seks, penyokong Anwar pula membalasnya dengan menuduh Najib sebagai "pembunuh" dalam kes Altantuya, dikawal Rosmah dan banyak lagi.

Tetapi perkembangan mutakhir ini semakin memperlihatkan Najib dan Anwar bakal bersatu dan saling "cium mulut"  antara satu sama lain. Puncanya tidak lain kerana kedua-duanya sudah mempunyai musuh yang sama - Mahathir dan Daim.

Media arus perdana yang dulunya melanyak Anwar dan parti pembangkang habis-habisan, terutama dalam isu liwat dan video seks, kini tiba-tiba memberi ruang seluas-luasnya kepada PKR dan Ketua Pembangkang itu mengenai isu rasuah melibatkan Daim Zainuddin. Tindakan media arus perdana ini secara logiknya tentulah mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu.

Dengan Anwar pantas menyambut sedia menyerahkan bukti yang dimilikinya mengenai kekayaan Daim dan sekali lagi publisiti meluas diberikan oleh media arus perdana, ia umpama salam dan "kenyit mata" Najib sudah pun disahut dengan mesra dan penuh makna oleh Ketua Pembangkang itu.

Beberapa pemimpin UMNO juga turut mengkritik Mahathir melalui akhbar arus perdana sedangkan selama ini mereka hanya diam mengenai kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib.

Blog dan pengamal media sosial pro Najib kini lebih terbuka dan berani menyerang Mahathir serta Daim, termasuk mengungkit isu-isu lama semasa keduanya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Dalam masa yang sama, serangan media pro Najib kepada Anwar agak reda dan berkurangan sejak kebelakangan ini. Mahathir dan Daim lebih dimusuhi berbanding Anwar.

Sementara Mahathir dan Daim saling bergilir menyerang Najib dengan pelbagai isu kelemahan dalam kerajaan, Anwar pula hanya berdiam saja. Meskipun ada juga pemimpin pembangkang lain turut bercakap soal 1MDB misalnya, tetapi Anwar nampaknya lebih berminat tumpang sekaki dalam isu melibatkan Daim daripada turut menyerang Najib.

Dalam percaturan kuasa dan kepentingan peribadi, walaupun bergasak bagai nak runtuh dunia, realitinya tidak mustahil Najib dan Anwar boleh berbaik dan menukar hubungan lawan menjadi kawan. Selain musuh yang sama, mereka juga ada kepentingan masing-masing yang boleh dijadikan tawar-menawar.

Musa Hitam dan Tengku Razaleigh pernah bersama untuk menentang Mahathir setelah bermusuh sekian lama dalam UMNO. Mahathir dan Ku Li yang bermusuh boleh berbaik dan Musa Hitam yang dipecat juga boleh kembali menyokong Mahathir. Anwar yang selama bertahun-tahun memusuhi Pas dan DAP, segera menggamit mereka sebagai rakannya sebaik dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

Semuanya dengan mudah boleh berubah apabila kepentingan atau musuh menjadi sama.

Dalam realiti sekarang, Najib hanya ingin terus berkuasa di Seri Perdana tetapi berdasarkan keputusan PRU 13 lalu, halangannya kini lebih sukar kerana tiada lagi sokongan daripada Mahathir dan Daim.

Anwar pula hidup mati politiknya bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya yang dijangka diketahui tidak lama lagi. Sementara Najib masih menghitung-hitung untung rugi antara membebas atau memenjara, Anwar tentulah lebih suka dibebaskan berbanding memimpin perjuangan daripada dalam penjara.

Di ketika yang sama, Anwar juga diketahui masih ghairah untuk kembali menggenggam kuasa. Jika Najib sedia berkongsi kuasa dan memastikannya tidak ke penjara, tambahan pula Mahathir dan Daim sudah jadi musuh bersama, membalasnya dengan sokongan bukanlah masalah besar bagi Anwar.

Dengan serangan Mahathir dan Daim yang kian berterusan ini, Najib juga mungkin terfikir beliau akan kehilangan sama-sekali talian hayatnya jika Anwar berada di dalam penjara. Najib juga tahu hanya Anwar yang sesuai untuk membantunya menghadapi serangan Mahathir dan Daim ini.

Jika kerjasama atau "cium mulut"  itu dapat diwujudkan, mungkin dengan cara Anwar bersama penyokongnya menyertai UMNO atau bekerjasama antara parti dengan PKR, Najib tentunya berasakan peluangnya mengekalkan kuasa menjadi lebih cerah lagi. Ini kerana selain undi Melayu kekal dalam genggaman melalui UMNO, perolehan undi bukan Melayu, undi bandar, separa bandar dan golongan muda kepada kerajaan boleh diperbaiki lagi dengan bantuan Anwar dan PKR.

Selain dibebaskan daripada hukuman penjara, Anwar dan pasukannya juga akan diberikan beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Anwar mungkin diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri semula manakala yang lain akan dijadikan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru itu nanti.

Meski tidak kesampaian untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian berjaya meletakkan orang-orang kanannya dalam kerajaan, termasuk Nurul Izzah, Rafizi, Shamsul Iskandar dan lain-lain, ia tetap merupakan kejayaan besar bagi Anwar.

Lagi pula dengan PR yang kian berpecah, terutama hubungan Pas dengan DAP yang sentiasa berbalah, ditambah dengan golongan ulama dalam Pas juga sukar diramal kehendaknya, harapan Anwar untuk berkuasa melalui gabungan itu turut kian kabur kebelakangan ini.

Berbaik dan bergabung bukan saja pilihan terbaik untuk Anwar, tetapi juga sesuatu yang sukar ditolak oleh Najib demi masa depan politiknya.

Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan dan dua darab dua tidak semestinya empat adalah antara hukum politik yang dihalalkan demi kepentingan masing-masing. Hukum yang sama juga, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan penyokong Najib mencium tangan Anwar dan penyokong Anwar mencium tangan Najib.

pm kita : jahanam aku macam neh ....

[PANAS] Pengakuan "Anak Sirul Azhar" Kata "PM Boleh Jatuh"



Sirul ditahan, banyak persoalan kekal misteri

Walaupun Koperal Sirul Azhar Umar kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia di Queensland, namun beberapa persoalan besar masih lagi tidak terjawab, kata Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan.

Selain itu, kecuaian Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah menyebabkan Sirul melarikan diri ke Australia dan negara terpaksa menggunakan khidmat Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan Sirul.

“Peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail harus bertanggungjawab dalam perkara ini dengan meletakkan jawatannya secara sukarela,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelasnya, sekiranya Abdul Gani tidak meletakkan jawatannya, ia akan menimbulkan persepsi yang tidak baik dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya rakyat.

“Kita sudah tahu bahawa Inspektor Azilah Hadri dan Sirul bersalah kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu namun motif pembunuhan dan bagaimana kecuaian pintu negara sehingga Sirul berjaya meloloskan diri masih lagi kekal misteri,” ujarnya lagi.

Tambahnya, ini bukan seruan dan desakan yang pertama untuk Abdul Gani meletakkan jawatannya, tetapi desakan ini sudah disuarakan sejak negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada negara jiran, Singapura.

“Sudah banyak kali seruan dan desakan untuk beliau meletakkan jawatan. Kekalahan kita dalam kes Pulau Batu Putih juga membabitkan hal yang sama. Jadi, tidak ada salahnya sebagai anggota Parlimen, peranan Peguam Negara perlu dinilai semula,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia di Queensland sejak semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Australia, Sirul Azhar ditahan atas kesalahan Akta Imigresen negara itu. -FMT

ULASAN GB

Seperti yang GB pernah ulas sebelum ini, ia semacam satu rancangan yang diatur. Siapa ajar atau arah Sirul ke Australia?

Kedua, tersebar di media massa sebelum ada pengakuan dari ibu kepada Koperal Sirul Azhar bahawa "Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya."

Dan ketiga tersebar juga di media sosial seseorang yang bernama "Shuk sz" yang dikatakan kini turut berada di Australia membuat pengakuan bahawa beliau adalah anak lelaki Koperal Sirul Azhar dan anda baca sendiri status yang ditulisnya:

Tuesday, January 20, 2015

PLKN : DULU KAMI PENTING SANGAT, LO NEH TAK PULOK EH ???

PLKN: Dulu Penjarakan Remaja miskin yang gagal hadirinya, sekarang tangguh pula.. Benarkah ianya begitu penting?


Mereka yang tidak menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 18(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mereka juga perlu mengikuti program tersebut walaupun telah dijatuhkan hukuman seperti yang termaktub dalam Seksyen 18(2), akta yang sama.

Dan individu yang pertama menjadi mangsa ialah seorang Remaja yang berasal dari keluarga miskin di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis.

Beliau telah dihadapkan ke mahkamah kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dijatuhi hukuman denda RM600 atau penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret.

Kerana berasal dari sebuah keluarga yang miskin beliau gagal membayar denda tersebut dan memilih untuk dipenjarakan.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan hukuman penjara dijalankan berkuat kuasa pada hari hukuman dijatuhkan.

Remaja berkenaan merayu agar hukuman ke atasnya diringankan atas sebab kemiskinan keluarga dan terpaksa membantu ibunya dengan bekerja sendiri.

Tidak ada kaum keluarga termasuk ibunya hadir di mahkamah sewaktu hukuman dijatuhkan ke atasnya.

Remaja tersebut tinggal bersama ibunya yang bertugas sebagai seorang pembantu tadika dan tiga adik beradiknya yang lain setelah ibunya berpisah dengan bapanya.

Ketika menjatuhkan hukuman, Wan Norzanuar memberitahu, hukuman itu dijatuhkan terhadap remaja terbabit selepas mengambil kira beberapa faktor.

Antaranya, kata beliau, penglibatan remaja dalam PLKN dipandang serius oleh kerajaan dan ia merupakan satu isu kepentingan awam yang mampu memupuk semangat cintakan negara.

Sebab-sebab lain, menurutnya, hukuman itu berlandaskan kepada peluang yang telah diberikan oleh kerajaan kepada remaja yang tidak mampu untuk menghadirinya dengan mengemukakan borang pengecualian selain faktor umur remaja terbabit.


Hmm.. ingat lagi tak berita tu.. kalau dah lupa sila baca di SINI

Suatu masa dulu PLKN dipandang serius oleh Kerajaansdan ia merupakan satu isu kepentingan awam yang mampu memupuk semangat cintakan negara..

Tiba-tiba semalam Najib umumkan penangguhannya untuk menjimatkan RM400 Juta..

Jika ianya dipandang serius dan penting hingga seorang remaja yang miskin dihantar kepenjara kerana gagal menghadirinya mengapa ianya perlu ditangguhkan?

Ni persoalan dari Ibu Bapa pula...

Jika PLKN begitu penting mengapa batalkannya?

Keputusan Putrajaya menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan menimbulkan persoalan kepada ibu-bapa tentang mengapa ianya diadakan sebelum ini.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Parents in Education (Magpie) Mak Chee Kin berkata, bertahun-tahun kerajaan mempertahankan keperluan program seperti itu untuk memupuk perpaduan, namun apabila negara menghadapi masalah kewangan, PLKN yang pertama dihentikan.

"Sekiranya kerajaan begitu pasti program tersebut penting untuk memupuk perpaduan, mereka patut kekalkannya tidak kira apa yang dialami negara," kata Mak.

"Jika mereka fikir sekarang ia pembaziran wang, jadi kita tidak patut lakukannya dari awal lagi."

Mak berkata, beliau sendiri penyokong program tersebut kerana mendengar pengakuan yang bagus daripada mereka yang menyertainya, kerana mereka mempelajari banyak perkara yang tidak diajarkan di sekolah.

"Bagi kebaikan negara, mereka patut melihat perkara lain yang boleh dipotong. Keputusan mereka semalam terbalik dengan apa yang mereka katakan selama ini, yang PLKN penting untuk rakyat."‎

PLKN diadakan 3 kali setahun bagi pelajar tamat tingkatan 5, dengan 74,000 hingga 80,000 pelajar dimasukkan ke kem di seluruh negara untuk menjalani latihan fizikal dan program yang direka untuk memupuk perpaduan.

Pengerusi Parent Action Group for Education (PAGE) Datin Noor Azimah berkata, kini kerajaan sudah mengambil langkah pertama dalam membekukannya, jadi ia patut menyemak semula kerelevanan program itu.

"Sentiasa terdapat kritikan terhadap program ini. Namun mereka sentiasa semak semula dan mengemaskinikannya. Jadi jika mereka semak dan dapati lebih baik batalkannya, mengapa tidak. Saya tidak rasa ia kerugian yang besar.

"Sebab mengapa PLKN dijalankan adalah untuk mengintegrasikan pelatih, tetapi saya rasa sudah terlambat untuk lakukannya pada umur 18 tahun. Mereka sepatutnya belajar berintegrasi semasa kecil," katanya kepada The Malaysian Insider.

Azimah bersetuju dengan keputusan Putrajaya untuk menangguhkan PLKN untuk setahun, kerana tidak melihat bagaimana ia boleh memanfaatkan negara.

Pengasas Persatuan Parents and Individuals Towards Revising the Education System (Aspires) Shamsuddin Hamid berkata, jika PLKN akan diteruskan, ia perlu lebih telus.

"Satu kebimbangan ialah ia merupakan satu indoktrinasi. Sekurang-kurangnya jadikan ia telus. Dedahkan kepada orang ramai kandungan latihannya dan apa yang diajar pelatih.

"Belia patut ditanamkan sifat positif sepanjang program. Namun jika mereka disuapkan sahaja nilai-nilai tersebut sia-sia sahaja," katanya.

Putrajaya semalam mengumumkan akan menangguhkan PLKN tahun ini sebagai langkah menstabilkan ekonomi berikutan harga minyak mentah yang menurun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, menangguhkannya akan menjimatkan RM400 juta wang kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, penangguhan tersebut akan memberi kementerian itu dan Kementerian Pertahanan peluang untuk menyemak semula program PLKN untuk memperbaikinya.

Sementara ramai yang memuji PLKN kerana memberi pelajar yang tamat sekolah pengalaman dan latihan baru, terdapat juga banyak kritikan tentang implementasinya, tujuan serta kualiti pelatihnya.

Sejak dijalankan pada 2004, beberapa kes dilaporkan di kem PLKN, termasuklah pergaduhan, kematian dan kes rogol.

Antara kes terbaru termasuk seorang pelatih yang mendakwa dicabul pelatih lelaki di kem PLKN Chukai, Kemaman, Terengganu dan seorang remaja yang dipukul pelatih-pelatih di kem Marang, Terengganu pada 2013.

Pada Disember tahun lepas, seorang pelatih PLKN dilaporkan ditahan kerana penglibatannya dengan aktiviti militan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Datuk Mohamed Asri Yusof berkata semalam yang program itu biasanya merekrut antara 74,000 dan 80,000 pelatih untuk 3 sesi yang dijalankan setiap tahun.

Asri berkata penangguhan itu akan memberi peluang kepada jabatan tersebut menjalankan bengkel untuk memperbaiki kualiti program itu lapor The Malaysian Insider