Saturday, January 31, 2009

UMNO pecat imam lagi.....


KUALA LUMPUR - Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.
Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, K
etua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu. Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu, tanpa memberikan sebarang alasan konkrit, surat itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada sudah mencukupi" untuk memecat Ramlang. Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu Jun lepas.

No comments:

Post a Comment