Demikian pandangan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar sebagai mengulas pendapat Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail bahawa parti itu perlu membuat penstrukturan semula organisasi dengan membubarkan sayap Puteri dan Putera UMNO.
Mahfuz mendakwa, penyakit politik wang berasal dari akar umbi dalam UMNO semenjak dari dulu, namun sekarang penyakit tersebut makin merebak seperti kencing manis.
“Bila merebak hingga kaki menjadi busuk tuan empunya badan mesti ambil tindakkan memotong kaki sebelum ia merebak ke seluruh badan.
“Apa yang terjadi dalam UMNO menunjukkan perpecahan dari pelbagai sudut dengan meletusnya politik wang yang berleluasa dari pucuk pimpinan hingga ke Putera serta Puteri sendiri, dan kerana itulah Tengku Ahmad Rithaudeen membuat cadangan menghapus kan sayap parti itu,” katanya .
Selain itu katanya, tidak mustahil suatu hari nanti Veteran UMNO akan mengisytiharkan pembubaran ke atas parti tersebut bagi mengelakkan berlakunya politik wang.
“Sekarang dalam UMNO banyak berlaku persaingan untuk merebut jawatan yang dipertandingkan sekali gus wang suapan adalah salah satu jalan pintas untuk memperolehi jawatan yang dipertandingkan.
“Sekiranya pucuk pimpinan bermasalah, sayap parti tersebut turut bermasalah,” kata Mahfuz.
-petikan kedah la nie...
No comments:
Post a Comment