Tuesday, January 20, 2009

APA KATA UMNO ...




PRK P036 selesai. BN kalah. Majoriti besar. Post mortem. Salah itu. Salah ini. Salah dia. salah mereka. Inilah senario selepas pilihanraya. Sepertimana bolasepak malaysia - sebelum perlawanan semua pihak akan menunjukkan keyakinan. Apabila telah kalah, masing-masing menuding jari - menyalahkan orang lain. Jika tiada sesiapa yang nak disalahkan maka mereka akan salahkan gelanggang, cuaca dan sebagainya. Itulah kita.Selesai sahaja PRK P036 seperti biasa, banyak pihak memberikan komen dan antaranya;1. Salah pilih calon2. Salah pengarah jentera pilihanraya3. Salah strategi kempen4. Salah petugas / jentera pilihanraya5.

Salah pengundi tidak menghargai calon dan lain-lain lagi.Beberapa hari berada di KualaTerengganu menjelang pilihanraya tersebut saya melihat bahawa sebenarnya UMNO/BN tidak menjiwai dan menghayati perjuangan secara jujur. Saya tidak mahu mengulas perkara diatas kerana telah ramai yang membincangkannya dan memang benar semua pihak akan bersetuju bahawa kesalahan bermula sejak awal lagi iaitu sejak pemilihan calon.Jentera PAS walau dari mana pun mereka datang untuk membantu kempen, tanpa belanja atau belanja besar dari parti namun jiwa mereka bersungguh-sungguh berkerja untuk parti. Mereka dapat menjiwai semangat perjuangan parti dan mereka lakukan itu dengan ikhlas.

Mereka tidur dirumah-rumah kenalan atau di masjid-masjid dan surau-surau, tetapi mereka lakukan ini dengan ihklas. Jentera BN? Berapa mereka dibayar untuk ini? Mereka lakukan ini mungkin tidak dengan sepenuh hati kerana semangat mereka tiada untuk parti. Mereka telah terbiasa dengan falsafah: perjuangan (dalam UMNO) adalah satu perniagaan. Kerana ini yang telah diajarkan kepada mereka di cawangan-cawangan dan di bahagian-bahagian dimana mereka terlibat. Lalu, tiada RM tiada kesetiaan. Bagaimanapun akhirnya kita masing-masing gembira pulang membawa sesuatu habuan meskipun calon BN dikalahkan.

1 comment: