Saturday, January 31, 2009

SPRM: UMNO YANG TERKENA. Halimi buat laporan polis...


Laporan beliau dikasari oleh pegawai SPRM amatlah teruk dan memang berniat "jahat" untuk menggagalkan usaha badan bebas itu menyiasat rasuah yang dilakukan oleh puak-puak UMNO karat ini sebenarnya. Mereka kini terlalu takut dengan SPRM. Seolah-olah badan itu akan menjadi penghalang untuk mereka terus berkuasa. Walhal SPRM itu digubal dan diluluskan oleh parlimen atas iniseatif pemimpin mereka sendiri.
Maka kini akibat ketakutan tersebut, puak-puak karat ini terpaksa membuat pengakuan dan menuduh pegawai SPRM yang bukan-bukan. Semua itu sebagai satu jalan bagi membolehkan ia dibubarkan atau dihalang dari menyiasat rasuah yang berlaku dalam UMNO. Amatlah hairan, bila Majlis Tertinggi UMNO pula boleh bermesyuarat dengan ahli UMNO yang membuat demonstrasi terhadap SPRM itu. Apa maknanya semua ini. Lebih mengharukan ialah laporan yang dibuat oleh ahli UMNO Halimi Kamarulzaman. Soalnya siapakah beliau ini?.
Kenapa tiba-tiba sahaja nama beliau popular? Kami cuba menyiasat latar belakang peribadi beliau.
Halimi adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Maran yang kini memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran. Semasa dalam pemuda dulu, beliau telah banyak menggunakan "rasuah dan politik wang" untuk menang. Ketika pertandingan merebut jawatan itu suatu ketika dulu, beliau pernah merasuah dengan menaja perwakilan pemuda UMNO bahagian Maran untuk bersantai dan bersuka ria di pusat peranginan Dhe'Rhu Beach Resort Kuantan selama beberapa hari menjelang pemilihan.
Di sediakan dengan "minuman keras" dan "perempuan" sebagai habuan dan kemudian duit rasuah untuk memancing undi. Difahamkan, beliau kalah dalam pemilihan itu. Namun telah menghabiskan lebih RM120,000 untuk memberi rasuah kepada perwakilan pemuda bahagian Maran supaya menyokong dirinya. Namun beliau terpaksa akur dengan kroni Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Tan Aminuddin yang meletakkan anak saudaranya berlawan dengan Halimi.
Duit yang ditaburkan oleh musuhnya itu lebih besar dari yang disediakan oleh Halimi. Akhirnya beliau tewas. Sejak itu namanya sedikit tenggelam. Apapun, beliau masih lekat lagi dalam jawatankuasa bahagian kerana sanggup berkompromi pula dengan Ketua UMNO Bahagian dalam projek-projek tertentu termasuk mengeluarkan saki baki kayu balak di sepanjang projek Lebuh Raya Pantai Timur satu ketika dulu. Halimi kaya dengan merompak balak dan projek-projek runding terus setelah berkompromi dengan Dato' Tan Aminuddin. Tambahan pula beliau berasal dari Chenor dan satu kampung dengan Wakil Rakyat terbabit. Kereta Mercedes kelabunya CAL19 amat popular di Maran dan Kuantan. Ternyata beliau pandai bermain projek sejak zaman MB Khalil Yaakob lagi.
(petikan pahang daily)

No comments:

Post a Comment