Saturday, January 31, 2009

JGN MUDAH LUPA...

masihkah kau ingat??? UMNO/BN pernah menjanjikan pelbagai semasa kempen pilihanraya lalu. tapi sampai la nie tak dak apa-apa pun yang di buat di kedah. tak pi jauh, kat merbok pun depa tak buat apa-apa. ari tue depa berkelahi sesama sendiri, last sekali dato` arzmi bekas adun tanjung dawai lama tergolek, maka di gantikanlah dengan dato` baru... dato` tajul urus mat zain. maka kedengaranlah akan suara-suara bekas penyokong kuat dati` arzmi berpaling tadah. apa nak heran, memang tradisi umno macam tue, sapa menang, boleh bagi depa makan...maka dia dapat sokongan. jangan lupa...... la nie tak tau la tok mi tue pi mana. setiausaha rockers dia pun tak tau hilang pi mana. setakat tue saja kot. menang ketua bahagian, tapi kalah pilihanraya lagi pedih. maka,merantaulah bekas calon ini diseluruh merbok. ada kenduri, kematian atau keramaian, maka akan hadirlah pemimpin ini. nasibnya agak baik berbanding ahli parlimen yang menang yang langsung tak nampak muka. tetapi yang nak kata disini, apabila pemimpin ini melawat kawasan, maka akan masuk suratkhabarlah esok. selalu macam tue.
maklumlah, macam kempen juga. tapi masihkah kau ingat...... pernak keluar dalam paper bahawa beliau menyuruh belia jangan pilih kertja zaman sekarang. kemudian akan cuba sedaya upaya untuk tolong belia yang menganggur untuk bekerja.
macam mana janji nie? lama dah nie? tak nampak kah belia dok tak tentu hala tue? 50 tahun pentadbiran sudah berlalu? takkan nak 50 tahun lagi? penat la lagu nie dato`..... kemudian berkata pula orang kuat beliau, seorang tokoh korporat..orang kata tauke zuffa pharmachy....dato` zubir namanya. kurang pasti berkata dalam paper metro akan lancarkan pemeriksaan dan pemberian ubat percuma di sekitar kawasan merbok. tapi sampai hari nie tak dak apa-apa pun dato`? tak tau la kalau yang untuk kempen...ikut suka la. tapi janji dah lama nie...... kami rakyat dok keja kene muhung la lagu nie..... umno/bn menang kena muhung...kalah pun kena muhung....

UMNO kena kencing manis....

Demikian pandangan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar sebagai mengulas pendapat Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail bahawa parti itu perlu membuat penstrukturan semula organisasi dengan membubarkan sayap Puteri dan Putera UMNO.
Mahfuz mendakwa, penyakit politik wang berasal dari akar umbi dalam UMNO semenjak dari dulu, namun sekarang penyakit tersebut makin merebak seperti kencing manis.

“Bila merebak hingga kaki menjadi busuk tuan empunya badan mesti ambil tindakkan memotong kaki sebelum ia merebak ke seluruh badan.

“Apa yang terjadi dalam UMNO menunjukkan perpecahan dari pelbagai sudut dengan meletusnya politik wang yang berleluasa dari pucuk pimpinan hingga ke Putera serta Puteri sendiri, dan kerana itulah Tengku Ahmad Rithaudeen membuat cadangan menghapus kan sayap parti itu,” katanya .

Selain itu katanya, tidak mustahil suatu hari nanti Veteran UMNO akan mengisytiharkan pembubaran ke atas parti tersebut bagi mengelakkan berlakunya politik wang.
“Sekarang dalam UMNO banyak berlaku persaingan untuk merebut jawatan yang dipertandingkan sekali gus wang suapan adalah salah satu jalan pintas untuk memperolehi jawatan yang dipertandingkan.
“Sekiranya pucuk pimpinan bermasalah, sayap parti tersebut turut bermasalah,” kata Mahfuz.
-petikan kedah la nie...

jeti semeling milik puteri umno kedah???


Di khabarkan bahawa jeti semeling di sungai merbok adalah hak milik puteri umno kedah. yer ker? menurut satu laporan, restoran terbesar di jeti tersebut adalah milik ketua puteri itu snediri. maka restoran tersebut di kenali sebagai D` jeti 8 beradik. ini kerana ketua puteri umno kedah mempunyai 8 beradik kesemuanya. jadi tidak hairan lah jika di beri nama bisnes keluarga macam tue.
selain itu, menteri besar kedah yang dahulu, dato seri mahzir juga sering menjamu selera di sini. untuk makluman, ketua puterii umno kedah ialah Shahanim Mohamad Yusof, berasal dari Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Malaysia.
jawatan terkini: Calon Naib Ketua Puteri Umno Malaysia Kini Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia Ketua Pergerakan Puteri Umno Kedah, Ketua Pergerakan Puteri Umno Sg Petani, Pengurusi JKKP Sungai Petani Bandar.

puteri umno gedik....


betul kata ahli veteran umno...puteri umno tak serius berjuang...hanya cari datuk-datuk kaya untuk tumpang kekayaan. kebanyakkannnya gedik-gedik saja..... kerua puteri umno kedah, shahanim pun bidas. dia kata semua tue tak betul dan hanya tuduhan melulu. yerker? balik tengok cermin.... ada ura-ura dulu dia ada hubungan dengan menteri besar kedah, siap dapat pegi hong kong lagi. lepas tu ada crisi rumah tangga laki bini. siapa boleh sah kan???

UMNO pecat imam lagi.....


KUALA LUMPUR - Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.
Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, K
etua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu. Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu, tanpa memberikan sebarang alasan konkrit, surat itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada sudah mencukupi" untuk memecat Ramlang. Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu Jun lepas.

pengundi merbok ada yang tidak daftar lagi....


SPR Akan Laksana Pendaftaran Pengundi Online

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewujudkan kaedah pendaftaran pemilih secara online dalam usaha menggalakkan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kaedah itu akan memudahkan orang ramai terutamanya golongan muda mendaftar daripada komputer masing-masing dan ia akan dijalankan secepat mungkin iaitu sebaik sahaja kajian mengenainya selesai. "Kini terdapat empat juta warganegara yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar dengan SPR dan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda berumur 20an,".

untuk pengundi merbok....cepat daftar diri, ramai yang tak boleh mengundi hari tue. rugi la. kalau tak mau pi pejabat pos...pi daftar online pun boleh. cepat sikit...

SPRM: UMNO YANG TERKENA. Halimi buat laporan polis...


Laporan beliau dikasari oleh pegawai SPRM amatlah teruk dan memang berniat "jahat" untuk menggagalkan usaha badan bebas itu menyiasat rasuah yang dilakukan oleh puak-puak UMNO karat ini sebenarnya. Mereka kini terlalu takut dengan SPRM. Seolah-olah badan itu akan menjadi penghalang untuk mereka terus berkuasa. Walhal SPRM itu digubal dan diluluskan oleh parlimen atas iniseatif pemimpin mereka sendiri.
Maka kini akibat ketakutan tersebut, puak-puak karat ini terpaksa membuat pengakuan dan menuduh pegawai SPRM yang bukan-bukan. Semua itu sebagai satu jalan bagi membolehkan ia dibubarkan atau dihalang dari menyiasat rasuah yang berlaku dalam UMNO. Amatlah hairan, bila Majlis Tertinggi UMNO pula boleh bermesyuarat dengan ahli UMNO yang membuat demonstrasi terhadap SPRM itu. Apa maknanya semua ini. Lebih mengharukan ialah laporan yang dibuat oleh ahli UMNO Halimi Kamarulzaman. Soalnya siapakah beliau ini?.
Kenapa tiba-tiba sahaja nama beliau popular? Kami cuba menyiasat latar belakang peribadi beliau.
Halimi adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Maran yang kini memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran. Semasa dalam pemuda dulu, beliau telah banyak menggunakan "rasuah dan politik wang" untuk menang. Ketika pertandingan merebut jawatan itu suatu ketika dulu, beliau pernah merasuah dengan menaja perwakilan pemuda UMNO bahagian Maran untuk bersantai dan bersuka ria di pusat peranginan Dhe'Rhu Beach Resort Kuantan selama beberapa hari menjelang pemilihan.
Di sediakan dengan "minuman keras" dan "perempuan" sebagai habuan dan kemudian duit rasuah untuk memancing undi. Difahamkan, beliau kalah dalam pemilihan itu. Namun telah menghabiskan lebih RM120,000 untuk memberi rasuah kepada perwakilan pemuda bahagian Maran supaya menyokong dirinya. Namun beliau terpaksa akur dengan kroni Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Tan Aminuddin yang meletakkan anak saudaranya berlawan dengan Halimi.
Duit yang ditaburkan oleh musuhnya itu lebih besar dari yang disediakan oleh Halimi. Akhirnya beliau tewas. Sejak itu namanya sedikit tenggelam. Apapun, beliau masih lekat lagi dalam jawatankuasa bahagian kerana sanggup berkompromi pula dengan Ketua UMNO Bahagian dalam projek-projek tertentu termasuk mengeluarkan saki baki kayu balak di sepanjang projek Lebuh Raya Pantai Timur satu ketika dulu. Halimi kaya dengan merompak balak dan projek-projek runding terus setelah berkompromi dengan Dato' Tan Aminuddin. Tambahan pula beliau berasal dari Chenor dan satu kampung dengan Wakil Rakyat terbabit. Kereta Mercedes kelabunya CAL19 amat popular di Maran dan Kuantan. Ternyata beliau pandai bermain projek sejak zaman MB Khalil Yaakob lagi.
(petikan pahang daily)

Thursday, January 29, 2009

BOLEHKAH NAJIB JADI PM???


pak lah umum untuk najib jadi pm pada mac 2009 akan datang. tapi tercapaikah hasrat itu? percaya atau tidak...rakyat hanya tunggu dan lihat. tetapi berdasarkan keadaan ketika ini..... pak lah mungkin akan kekalkan kuasa...

sebabnya:


-khairy belum lagi dapat apa-apa jawatan penting dalam kabinet.

-khairy belum lagi jadi ketua pemuda umno

-pak lah kata banyak lagi kerja masih belum sesuai

-najib banyak sangat kontroversi

-najib gagal dalam 2 pilihanraya kecil-permatang pauh dan kuala terengganu

-najib mungkin di kaitkan dengan kes altantuya

-najib satu-satunya calon presiden umno dan menang tanpa bertanding pada pemilihan mac ini, jika terlibat dengan mahkamah, najib hialng kelayakan, pak lah terus pegang pm

-badan disiplin umno umum 70 peratus pemilihan kali ini adalah rahsuah

-pemilihan umno banyak tidak sah dan di batalkan

-sikap rosmah mansor yang boros di ketahui rakyat umumnya

-ada di kalangan ahli umno meletak kain rentang menentang pemilihan najib dahulu

-perwakilan lebih mahukan tan sri muhyiddin yassin yg nyata lebih bersih

UMNO TAKKAN BERUBAH.......


walaupun berbagai kepincangan telah berlaku dalam umno kini, tetapi masih tidak ada kesedaran. mengapa ini semua berlaku. mengapa takut sanat hendak berubah???

mungkinkah anda sebab lain. yang pastinya kebanyakkannya ada kepentingan peribadi. y.b nya terus membolot kekayaan dan pangkat. agak sukar untuk kita sebagai rakyat biasa untuk mendengar calon BN/UMNO tiada pangkat DATUK.

semua datuk, tak kra latar belakang apa. inilah dia politak ntah dari mana datangnya. umno dulu lebih baik dari sekarang....

apa yang melayu dapat pada ketika ini?????

yang dapat hanyalah mereka-mereka yang berkepentingan seperti anak menatu sahaja...

masysaallah.......

Wednesday, January 21, 2009

PEMUDA UMNO TIADA HALUAN...


Mungkin kerana terlalu sibuk dengan soal pemilihan hinggakan Pemuda Umno Malaysia tidak berkesempatan untuk melihat sekaligus memperjuangkan isu-isu yang bertimpa-timpa terhadap perjuangan orang Melayu mahupun Umno.Terbaru bilamana Timbalan Presiden MCA bekas ‘pelakon cinta terlarang’ Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat kenyataan bahawa ketuanan Melayu sudah tidak releven dan ditolak oleh golongan muda pelbagai kaum.

Selepas itu kenyataan tersebut disokong oleh Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dan hari ini pula Presiden GERAKAN Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pula dilaporkan berkata istilah ketuanan Melayu di negara ini tidak sesuai digunakan lagi kerana ia menggambarkan seolah-olah seperti hubungan ‘tuan dengan hamba’.

Cerita ini dipetik dari www.ahmadsaabun.blogspot.com. Terima kasih bro dan pahangnews memohon untuk memetik artikel ini. Bagi yang ingin mengetahui lanjut layarilah laman blog ini

UMNO MAKIN HANCUR???




UMNO sekarang sedang mengidap penyakit “barah persepsi” yang parah dalam sejarah penubuhannya. Penyakit ini kalau tidak dirawat dengan segera akan menular ke seluruh anggota badan UMNO.
Penyakit “barah persepsi” ini ialah penyakit tanggapan yang buruk, mual, hodoh dan teruk oleh pengundi atas pagar terhadap perangai dan sikap segelintir pemimpin-pemimpin UMNO.
Mereka berpesepsi UMNO ialah sebuah parti yang bermandi memewahan, penuh glamour, rakus, keangkuhan, gila kuasa, mementingkan kroni dan memonopoli kekuasaan yang keterlaluan.
Prestasi UMNO yang telah berjuang untuk orang-orang Melayu dan membawa kestabilan dan perpaduan di dalam politik Negara ini telah dikuburkan dengan persepsi-persepsi buruk ini. Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terangganu membuktikan kenyataan ini.
Berapa ramai menteri-menteri kabinet yang turun menyokong calun BN dengan membawa projek yang dilulus segera “there and then”, calun dan menteri turun sehingga ke dapur rumah pengundi, yang sakit dicempung yang cacat dikendung, ini pun masih lagi tidak berjaya menawan pengundi malah kalah lebih teruk dari sebelumnya.

BENARKAH KHABAR ANGIN INI...




benarkah khabar angin yang di war-war kini bahawa gerakan untuk pilihanraya ke 13 telah digerakkan oleh UMNO/BN di kedah? menurut khabar angin di merbok, gerakkan sudah di laksanakan......

mungkinkah dato` tajul urus hj mat zain (calon BN parlimen merbok-2008 dan menag ketua bahagian merbok baru-baru ini) akan bertanding lagi pada tempat yang sama pada PRU 13. beliau sudah turun ke padang sejak menang ketua bahagian merbok dengan aktif....

manakala bagi DUN tanjung dawai, nama yabg di cadangkan kini bagi pihak UMNO/BN bukan lagi dato` arzmi abdul hamid- (tewas pada PRU12 kepada Y.B Dr. Hamdan) , calon baru bagi UMNO/BN ialah Datuk Zubir (pemilik zuffa farmasi - baru-baru ini menerima pingat membawa gelaran datuk dari Melaka).

apakah ini benar atau khabar angin semata-mata?..... siapa boleh jawab???

BAHANA BLOGGER....

bahayakah blogger? terpulang pada pemikiran kita....
jika tidak ada saluran lain yang boleh kita utara pendapat kita....
apa salahnya kalau cara ini yang kita ada......
apa gunanya teknology kalau kita tidak menggunakannya....

Tuesday, January 20, 2009

APA KATA UMNO ...




PRK P036 selesai. BN kalah. Majoriti besar. Post mortem. Salah itu. Salah ini. Salah dia. salah mereka. Inilah senario selepas pilihanraya. Sepertimana bolasepak malaysia - sebelum perlawanan semua pihak akan menunjukkan keyakinan. Apabila telah kalah, masing-masing menuding jari - menyalahkan orang lain. Jika tiada sesiapa yang nak disalahkan maka mereka akan salahkan gelanggang, cuaca dan sebagainya. Itulah kita.Selesai sahaja PRK P036 seperti biasa, banyak pihak memberikan komen dan antaranya;1. Salah pilih calon2. Salah pengarah jentera pilihanraya3. Salah strategi kempen4. Salah petugas / jentera pilihanraya5.

Salah pengundi tidak menghargai calon dan lain-lain lagi.Beberapa hari berada di KualaTerengganu menjelang pilihanraya tersebut saya melihat bahawa sebenarnya UMNO/BN tidak menjiwai dan menghayati perjuangan secara jujur. Saya tidak mahu mengulas perkara diatas kerana telah ramai yang membincangkannya dan memang benar semua pihak akan bersetuju bahawa kesalahan bermula sejak awal lagi iaitu sejak pemilihan calon.Jentera PAS walau dari mana pun mereka datang untuk membantu kempen, tanpa belanja atau belanja besar dari parti namun jiwa mereka bersungguh-sungguh berkerja untuk parti. Mereka dapat menjiwai semangat perjuangan parti dan mereka lakukan itu dengan ikhlas.

Mereka tidur dirumah-rumah kenalan atau di masjid-masjid dan surau-surau, tetapi mereka lakukan ini dengan ihklas. Jentera BN? Berapa mereka dibayar untuk ini? Mereka lakukan ini mungkin tidak dengan sepenuh hati kerana semangat mereka tiada untuk parti. Mereka telah terbiasa dengan falsafah: perjuangan (dalam UMNO) adalah satu perniagaan. Kerana ini yang telah diajarkan kepada mereka di cawangan-cawangan dan di bahagian-bahagian dimana mereka terlibat. Lalu, tiada RM tiada kesetiaan. Bagaimanapun akhirnya kita masing-masing gembira pulang membawa sesuatu habuan meskipun calon BN dikalahkan.

APABILA PAS MENANG DI KUALA TERENGGANU...


PAS Terengganu khasnya merakamkan ucapan terima kasih dengan seribu penghargaan kepada semua ahli parti, para petugas, jentera PAS, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti Parti KeADILan Rakyat (KeADILan)), DAP, Kelab Penyokong PAS dan para pengundi khususnya di Kuala Terengganu.

Ucapan penghargaan itu kerana semua pihak yang terlibat bekerja dan berusaha bagi memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kali ini.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut melahirkan rasa terharu dengan sokongan serta bantuan semua pihak bekerja bagi memenangkan PAS dalam pilihan raya kecil ini.

MANA UMNO/BN DI PALESTINE....


Bantuan kemanusiaan terus diberikan oleh Yayasan Amal Malaysia kepada mangsa-mangsa keganasan Israel. Beratus-ratus bungkusan makanan telah disampaikan sekali lagi oleh Yayasan Amal kepada rakyat Palestin di Pusat Perubatan El-Arish.
Yayasan Amal Malaysia pergi ke lebanon dan rafah palestine, dengan duit poket sendiri dan sumbangan orang ramai yang prihatin. tapi....mana perginya umno/BN ketika ini? pemuda umno mana? puteri mana? wanita mana? hanya cakap kosong saja di tv. kononnya mengutip derma untuk palestine? yakinkah kita wang itu akan sampai ke tangan rakyat palestine? fikir-fikirkanlah.....
duit kita yang kita simpan pun dia ambil, inikan pula duit yang kita bagi.............

PROPAGANDA BN DI TERENGGANU.....

pelbagai propaganda di jalankan dan dilaksanakan oleh BN/UMNO di kuala terengganu p036 untuk menyekat kemaraan pakatan rakyat di sana. pelbagai kaedah di gunakan. tidak cukup dengan media massa dan televisyen, poster-poster juga di edarkan.
pelbagai blogger tumbah bagai cendawan untuk berkempen di sana. poster-poster fitnah dan melaga-lagakan pas dan parti DAP dan PKR di buat. mudah, cuma muat turun dari blogger kepunyaan UMNO/BN dan edarkan ke seluruh kuala terengganu. duit upah? minta dengan ketua bahagian.........
berikut antara poster edaran tersebut..........