Wednesday, April 27, 2022

Syarat Mahathir Untuk Sokong Akta Anti Lompat Parti

 


Syarat Mahathir Untuk Sokong Akta Anti Lompat Parti

Usai PRU 14, 2 parti yang secara agresif membeli Ahli Parlimen (MP) dari parti lain ialah PPBM dan Warisan.

PPBM yang ketika itu diketuai oleh Dr Mahathir sebagai pengerusi, membeli MP parti lain untuk mengukuhkan kedudukan PPBM dalam PN.

Selain itu, Dr Mahathir juga mahu mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.





Strategi yang digunakan oleh beliau ialah memberikan tawaran jawatan kepada katak politik yang terpesona.

Gagal memujuk dengan tawaran jawatan, ugutan pendakwaan kes mahkamah pula akan digunakan.

Warisan pula yang diketuai oleh Shafie Afdal menggunakan strategi yang sama tetapi dengan matlamat yang berbeza.

Shafie memberikan rasuah politik untuk mengkhianati mandat rakyat pada PRU 14 dan menafikan hak BN untuk tubuh kerajaan negeri.

Kini apabila Akta Anti Lompat Parti mula dibahaskan, Dr Mahathir ibarat tersepit.





Mahu menentang, akan dilihat sebagai menongkah arus kerana tekanan makin meningkat.

Mahu menyokong seratus peratus, ibarata meludah di muka sendiri kerana beliaulah yang memulakannya pasca PRU 14.

Jadi Dr Mahathir nyatakan sokongan bersyarat.

Kononnya bersetuju tetapi MP yang melompat berdasarkan keputusan parti tidak dianggap sebagai katak politik.

Agak berputar putar kenyataan Dr Mahathir.





Sekiranya keseluruhan parti bersetuju, maka itu tidak dinamakan sebagai katak politik dan itu buka isu yang sedang dihadapi.

Adakah apabila PPBM berkerjasama dengan parti komponen lain di dalam PH, ianya dianggap sebagai melompat parti?

Iti dinamakan kerjasama poltik dan MP PPBM tetap berada bersama PPBM, begitu juga MP dari parti yang lain.

Tak perlulah Dr Mahathir cuba melakunkan watak suci lagi, bukan sahaja MP, malah rakyat sudah tahu watak sebenar Dr Mahathir.

Kerana beliau dan Muhyiddin, maka Akta Anti Lompat Parti sangat penting untuk diluluskan.





Kalau mereka lupa, nanti rakyat tolong ingatkan dalam PRU 15 nanti.

No comments:

Post a Comment