Wednesday, April 27, 2022

Gerakan Untuk Memenjarakan Zahid, Najib Dan Tok Mat Hassan Di Perhebatkan

 

Gerakan Untuk Memenjarakan Zahid, Najib Dan Tok Mat Hassan Di Perhebatkan

Gerakan Untuk Memenjarakan Zahid, Najib Dan Tok Mat Hassan Di Perhebatkan

Bila semua perancangan tidak menjadi, itu akan membuatkan keadaan menjadi semakin tidak terkawal.

Keadaan menjadi lebih kelam kabut apabila masa menyebelahi musuh.

Itulah keadaan yang dihadapi oleh beberapa musuh UMNO yang telah mencuba pelbagai cara untuk membenamkan parti keramat bangsa Melayu itu.





Terdapat beberapa siri pertemuan pemimpin PAS dengan beberapa pemimpin parti politik sejak dari akhir bulan Mac 2022.

Tujuan pertemuan diadakan adalah untuk menggerakkan usaha untuk menubuhkan Muafakat Nasional 2.0 bagi menghadapi PRU 15.

Di khabarkan antara parti yang diharapkan dapat menganggotai Muafakat Nasional 2.0 ialah UMNO, PPBM dan PAS.

Pemimpin UMNO yang dikatakan bersetuju dengan gerakan ini terdiri dari hanya beberapa orang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada UMNO.

Tetapi yang menjadi kekangan terbesar bagi mereka ialah sikap tegas Presiden UMNO, DS Zahid, Timb Presiden UMNO, Tok Mat Hassan dan mantan Presiden UMNO, DS Najib.





Ketiga-tiga pemimpin yang berpengaruh di dalam UMNO itu tegas mempertahankan keputusan UMNO untuk tidak berkerjasama dengan PPBM.

Oleh itu, kedua-dua pemimpin PAS tersebut telah bertemu dengan beberapa pihak untuk memastikan DS Zahid dan DS Najib dipenjarakan dalam masa terdekat.

Usaha untuk memenjarakan Timb Presiden UMNO, Tok Mat Hassan, sudah pun dimulakan dengan membuka semula kes yang sudah diklasifikasikan sebagai NFA.

Muhyiddin Mempunyai Agenda Yang Berbeza

Ironiknya, di sebalik usaha kedua-dua pemimpin PAS tersebut, Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, telah menggerakkan agenda beliau sendiri.

Muhyiddin telah meminta sokongan dari pelbagai pihak untuk melantik beliau menjadi Perdana Menteri semula.





Ini telah menimbulkan masalah kepada usaha pemimpin PAS tersebut.

Adakah matlamat mereka untuk memenjarakan DS Zahid, Tok Mat Hassan dan DS Najib sebelum PRU 15 akan tercapai?

Apakah usaha terdesak mereka untuk menubuhkan Muafakat Nasional 2.0 dengan memperbodohkan bangsa sendiri akan menjadi realiti?

Berjayakah pemimpin PAS tersebut yang terdiri dari seorang menteri di pusat dan menteri besar meralisasikan perancangan mereka?

Siapa pula sekutu mereka yang masih lagi berada di dalam UMNO?

No comments:

Post a Comment