Wednesday, April 27, 2022

Senarai Harta Negara Yang Di Jual Oleh Kerajaan PH


Senarai Harta Negara Yang Di Jual Oleh Kerajaan PH

Senarai Harta Negara Yang Di Jual Oleh Kerajaan PH

Pakatan Harapan semasa menjadi kerajaan mempunyai cara yang cukup mudah untuk mendapatkan pendapatan negara.

Harta negara dilelong dengan sewenang-wenangnya dengan pelbagai alasan.

Apakah ini Dasar Bumi Hangus yang diamalkan oleh DAP?





Berikut adalah antara harta negara yang telah dijual oleh PH sepanjang mentadbir negara selama 22 bulan:

  1. IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018.
  2. Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018.
  3. Axiata Investment Ltd telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebanyak RM1.65 bilion pada Februari 2019.
  4. Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019.
  5. Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimiliki 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019.
  6. Boustead telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019.
  7. Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebanyak RM1.05 bilion pada April 2019.
  8. DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019.
  9. Axiata pula telah menjual portfolio perniagaan niaga digitalnya dengan nilai AS $ 140 juta (RM579 juta) kepada pelaburan dana berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019.
  10. Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019.
  11. FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Minyak Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019.
  12. Hartanah DUO telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M + S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019.
  13. Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Saudi Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019.
  14. Saham Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019.
  15. Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019.
  16. Khazanah menjual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara paling panjang di Indonesia kepada Lembaga Pelan Pelan Pelan Kanada (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019.

Ini semua belum termasuk harta Tabung Haji dan lain-lain lagi.

Masih mahu memilih Pakatan Harapan dalam PRU 15?

 

No comments:

Post a Comment