Prestasi ringgit menjadi sangat tidak menentu buat masa sekarang.Ringgit dijangka akan diniagakan sekitar 4.3165 hingga 4.3475 berbanding dolar AS minggu ini ketika artikel ini ditulis.
Dari minggu ke minggu, ringgit adalah lebih rendah berbanding dolar US pada 4.3230/3270 yang direkodkan semasa Jumaat berbanding 4.2330/2380 dalam minggu sebelumnya.
Menurut pendedahan MajalahForexMalaysia, Ringgit merosot mencecah paras 4.30 berbanding dolar AS pada Jumaat, paras kali terakhir yang pernah disaksikan semasa Jun 2020.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dari Jumaat ke Jumaat.Daripada segi prestasi dari tahun ke tarikh, mata wang tempatan itu telah menyusut 2.75 peratus, mencerminkan sentimen global yang lemah dan seiring dengan yuan China.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1633/1667 daripada 3.1198/1242 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, melemah berbanding yen Jepun kepada 3.3652/3686 daripada 3.3465/3510.
Melihat daripada trend ini yang beterusan disamping masalah hyperinflasi dan krisis makanan yang sedang melanda dunia pasca pandemik COVID-19,adalah tidak mustahil jika ringgit bakal jatuh sehingga RM5.70 berbanding Dollar menjelang hujung tahun 2022.Kekuatan mata wang tempatan itu turut jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5641/5693 daripada 5.5308/5374 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6710/6753 daripada 4.5776/5830 sebelum ini.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penurunan nilai Ringgit ketika ini, secara dasarnya ianya memberi kesan kepada aktiviti pelaburan samada kesan secara langsung atau tidak langsung seperti;-
KESAN TIDAK LANGSUNGKesan Langsung.
Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit malaysia :
Nilai mata wang yang rendah juga memberikan kebaikan kepada negara kita Malaysia. Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.
Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikkan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak. Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun pelbagai pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita.
Keburukan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia :
Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah. Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara.
Antara kesan negatif penurunan nilai matawang RM iaitu :
Barangan Import lebih mahal.
Barangan import yang dijual dalam malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yg jatuh. Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat. Pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal.
Harga barangan akan naik
Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan SST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya. Kesan kenaikkan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit malaysia.
Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang.
Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai matawang Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara adalah berkurang.
Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada mahasiswa kita yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya.
Inflasi
Inflasi akan berlaku apabila barangan Import yang lebih mahal akan meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan. Firma atau pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh bergantung kepada penurunan nilai bagi meningkatkan daya saing.
Kebimbangan adalah dalam penurunan nilai jangka panjang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih rendah kerana penurunan dalam insentif dan berlaku inflasi.
Penurunan Harga Minyak.
Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar amerika. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai matawang malaysia juga mengalami penurunan. Penurunan harga minyak akan menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah.
Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.
Langkah persediaan menghadapi krisis ekononi :
Persediaan sikap
Sikap kita perlu diubah agar fokus kepada perkara yang bermunafaat seperti pelaburan matawang dan emas daripada terlalu memikirkan krisis ekonomi. Jauhi berita-berita yang tidak sahih yang tersebar melalui media sosial seperti whatsapp, facebook dan sebagainya yang membuat fikiran berserabut, tidak berguna dan membuang masa.
Formula untuk bahagia dan berjaya dalam hidup ialah 5S iaitu Selalu, Senyap, Senyum, Sabar dan Syukur. Maksudnya dalam hidup ini kita mesti Selalu Senyum Sabar Senyap dan Syukur. “Selalu” bermaksud terus bertindak dan tindakan berterusan (konsisten). Sikap yang akan membolehkan kita bahagia walaupun mempunyai masalah atau mempunyai kesempitan wang ringgit iaitu senyum, sabar,syukur dan senyap. Senyap maksudnya tidak bercakap hal tidak baik, tidak berfaedah atau berhenti berbicara atau menulis berita tentang krisis ekonomi dan sebagainya yang tidak memberi faedah tanpa disusuli tindakan proaktif, tapi sebaliknya hanya mungkin akan mengundang kebencian dari kawan-kawan.
Pilihlah untuk berbahagia bukan bererti kita tidak peduli terhadap masalah-masalah di sekeliling kita ataupun memaksakan senyum di wajah kita, akan tetapi kita meluangkan lebih waktu untuk fokus pada hal-hal indah yang dapat memberikan kita kesenangan, membuat kita tersenyum dan bersyukur atas kehidupan ini.
Persediaan tindakan hadapi krisis ekonomi.
Setelah persediaan sikap dan mental maka tindakan seterusnya ialah persedian tindakan menghadapi krisis ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit malaysia. Langkah persediaan pertama adalah berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kenaikkan harga minyak dan SST (cukai barangan dan perkhidmatan) menyebabkan harga barangan naik dan kuasa membeli berkurang jadi langkah penjimatan mesti dilakukan segera seperti langkah penjimatan perbelanjaan harian dengan hanya membeli barang keperluan penting, penjimatan minyak petrol dengan mengurangkan perjalanan, penjimatan tenaga elektrik dan penjimatan dalam semua aspek kehidupan.
Kita juga perlu mengurangkan pembelian barangan import dan melancong ke luar negara pada masa krisis ekonomi ini. Melancong ke luar negara yg mempunyai nilai matawang tinggi atau membeli barang import pada masa kejatuhan duit malaysia adalah merugikan kerana kita memperolehi nilai tukaran yang sedikit.
Persediaan dana simpanan .Penyimpanan emas fizikal adalah persedian terbaik untuk menghadapi krisis ekonomi berbanding penyimpanan wang ringgit. Pengeluaran sebahagian simpanan wang adalah tindakan bijak semasa kejatuhan nilai wang kerana penyimpanan duit ringgit dalam bank mengurangkan nilai wang. Pembelian emas fizikal dan dijadikan simpan jangka panjang adalah wa
warisan nenek moyang kerana harga emas akan meningkat, selamat, mudah dijual dan dibawa kerana berharga dan laku seluruh dunia. Bertindak lah membeli emas fizikal dan menabung emas pada harga rendah.Jangan tertipu dengan scammer pelaburan emas pula.Emas fizikal bermaksud emas yang dapat kita sentuh,usap dan cium.Lebih berbaloi beratur dikedai emas daripada beratur di balai polis untuk membuat repot ditipu scammer pelaburan emas.
Persediaan bekalan makanan. Buatlah persediaan simpanan barangan keperluan asas yang mencukupi kerana ada ketikanya,walaupun mempunyai emas tetapi anda tetap tidak dapat menukarkannya dengan bahan makanan sekiranya terjadi krisis makanan yang teruk.Tidaklah keterlaluan sekiranya anda mula bercucuk tanam di sekeliling rumah untuk mendapatkan sayur-sayuran.Yang tinggal di luar bandar dan kawasan kampung juga bolehlah menternak sendiri sumber protein seperti ayam,itik & kambing untuk bekalan kegunaan sendiri.
Akhir kata,artikel ini hanyalah analisa penulis bedasarkan situasi semasa ekonomi negara kita dan dunia.Ianya bukanlah satu bentuk nasihat pelaburan.Pertimbangkanlah keputusan anda sendiri sebaik-baiknya.Berjimat cermat dan rancanglah kewangan anda sebaik-baiknya.Mencari wang bukanlah juga mudah bagi kebanyakkan orang.Semoga ekonomi negara kita dan ekonomi dunia kembali pulih secepat yang mungkin dan kita mampu hidup seperti dulu.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta sumbangan RM10 juta daripada seorang usahawan dari Singapura untuk Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu menerusi Tetuan Lewis & Co.
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Christ Sheldon Anak Merun, 32, berkata ketika pertemuan antara Wong Sang Woo @ Wong Shuh Chain yang juga pengarah syarikat Chia Bee Enterprise Sdn Bhd dengan Ahmad Zahid pada majlis makan malam tahun 2015, tertuduh memberitahu sumbangan itu untuk orang miskin dan individu yang memerlukan.
"Shuh Chain mengenali Ahmad Zahid kali pertama pada 2015 melalui majlis makan malam. Ahmad Zahid memperkenalkan dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri dan Shuh Chain memperkenalkan dirinya sebagai usahawan dari Singapura yang terbabit dalam pelaburan saham, perniagaan kayu balak, pelaburan harta tanah, pakaian fesyen dan ejen penghantaran.
"Shuh Chain memberitahu, ketika majlis makan malam itu, Ahmad Zahid ada bertanya kepadanya untuk menderma… sebagai seorang dermawan, Shuh Chain bersetuju menderma kepada Yayasan Akalbudi yang diasaskan Ahmad Zahid.
DISYORKAN UNTUK ANDA
"Pada penghujung majlis makan malam itu, Ahmad Zahid ada menyatakan jumlah (sumbangan) RM10 juta kepada Shuh Chain dan dia (Shuh Chain) memberitahu untuk mempertimbangkannya kerana memerlukan masa menyediakan jumlah itu," katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffrey Ong.
Saksi pendakwaan ke-98 itu berkata demikian pada hari ke-51 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.
Seramai 98 saksi termasuk sembilan pegawai penyiasat SPRM memberi keterangan dan dijangka seorang lagi pegawai penyiasat akan dipanggil sebelum pihak pendakwaan menutup kes itu.
Semalam, Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Amirudin Nordin, 38, memberitahu mahkamah pihaknya sudah merakam percakapan Shuh Chain untuk menjalankan siasatan mengenai pemberian RM10 juta daripada Chia Bee kepada Yayasan Akalbudi menerusi Lewis & Co.
Mohd Amirudin yang juga saksi pendakwaan ke-96 berkata, Shuh Chain tidak berjaya dikesan untuk dipanggil memberi keterangan di mahkamah dan hasil siasatan dengan Jabatan Imigresen mendapati dia berada di luar negara.
Katanya, hasil siasatannya juga tidak menemui sebarang dokumen sokongan atau surat menyatakan 10 cek daripada Chia Bee berjumlah RM10 juta itu adalah suatu sumbangan.
Christ Sheldon yang merakam percakapan Shuh Chain di sebuah hotel di Kuching, Sarawak, pada 22 Februari 2019 berkata, pada awal 2016, Shuh Chain menerima panggilan daripada seseorang yang diarahkan oleh Ahmad Zahid untuk bertanyakan wang RM10 juta, selain menjelaskan kepada Shuh Chain mengenai kerja amal dilakukan Yayasan Akalbudi.
"Shuh Chain percaya permintaan itu betul kerana individu terbabit dapat menjelaskan berkenaan perbualannya dengan Ahmad Zahid ketika majlis makan malam pada 2015 dan menyuruhnya membuat bayaran derma kepada firma guaman Tetuan Lewis & Co (pemegang amanah Yayasan Akalbudi)," katanya.
Katanya, Shuh Chain memberi sumbangan melalui syarikatnya (Chia Bee) dengan alasan beliau berasa ia satu keistimewaan apabila timbalan perdana menteri (TPM) meminta sumbangan amal untuk Yayasan Akalbudi.
"Sebagai pemilik Chia Bee, beliau mempunyai hak menggunakan syarikat itu bagi membuat sumbangan. Shuh Chain menggunakan Chia Bee membuat derma amal kerana ingin menaikkan profil syarikat itu di Malaysia," katanya.
Christ Sheldon berkata, Shuh Chain mengarahkan penandatangan cek yang layak menyediakan 10 keping cek dengan jumlah RM1 juta bagi setiap cek seperti diminta orang Ahmad Zahid dan dia tidak mengetahui mengapa cek itu dikeluarkan secara berasingan dan bukan menggunakan sekeping cek.
"Shuh Chain tidak ingat orang yang disuruh mengeluarkan cek itu kerana dia tidak berada di Malaysia ketika itu dan dia tidak berhubung dengan Ahmad Zahid sejak pertemuan pada 2015, tetapi pada 2016 dia sudah mengetahui Ahmad Zahid menjadi TPM," kata saksi itu yang berkhidmat dengan SPRM sejak 2014.
Mengenai pinjaman RM10 juta daripada syarikat KTS Holdings Sdn Bhd, Christ Sheldon berkata, pinjaman Shuh Chain daripada KTS melalui seorang rakannya iaitu mendiang Ngu Ngiong Hieng yang meninggal dunia pada 2017.
"Shuh Chain mengatakan berdasarkan persahabatannya dengan Ngiong Hieng, dia meminta bantuan kewangan RM10 juta sebagai pinjaman sementara untuk membolehkan dia menunaikan janji kepada Ahmad Zahid untuk didermakan kepada Yayasan Akalbudi.
"Mengenai pinjaman sementara dibuat dengan Ngiong Hieng, tiada perjanjian atau dokumentasi kerana ia dilakukan berdasarkan persahabatan atau kepercayaan mereka," katanya.
Beliau berkata, Ahmad Zahid meminta orangnya menghubungi Shuh Chain bagi mendapatkan sumbangan itu pada awal 2016 dan Shuh Chain kemudian mengatur sumbangan itu diserahkan melalui syarikatnya dan bayaran dibuat pada 21 April 2016.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – BERNAMA
Hakim Perancis mendakwa syarikat pertahanan Thales kerana bersubahat dalam rasuah berhubung penjualan kapal selam pada 2002 kepada Malaysia, sumber rapat dengan siasatan kes itu memberitahu AFP pada Selasa.
Menurut portal MalaysiaNow, Kes yang sudah lama berlarutan berhubung dakwaan sogokan tersebut dibuka pada 2010 di mana ia turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak.
Najib memegang jawatan menteri pertahanan ketika perjanjian bernilai AS$1.2 bilion bagi pembelian dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta ditandatangani bersama unit DCN pertahanan laut Perancis yang kini menjadi sebahagian dari Thales.
Beliau dituduh menggelapkan sogokan sebanyak lebih 114 juta euro (AS$121 juta) di bawah senarai “kerja-kerja rundingan” melalui sebuah syarikat di mana beliau merupakan pemegang saham terbesarnya.Rakan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda bertindak sebagai penasihat dalam perjanjian tersebut.
Wang tersebut kemudiannya didakwa diberikan kepada Najib, yang kini berdepan kes rasuah sebaik sahaja pentadbiran kerajaan pimpinannya ditumbangkan pada pilihan raya umum (PRU) 2018.
Secara keseluruhan, sembilan defendan termasuk Thales disenaraikan dalam pendakwaan tersebut dan siasatan ditutup pada Januari 2022, kata sumber itu.Razak Baginda didakwa di Perancis pada 2017, sementara Najib disoal siasat oleh badan pencegahan rasuah Malaysia.
Selain Thales, bekas pengerusi DCN International Philippe Japiot, bekas ketua eksekutif Thales Jean-Paul Perrier dan dua bekas eksekutif lain adalah antara defendan yang disenaraikan dalam pertuduhan itu.
Ketika dihubungi AFP, Thales berkata “ia menentang sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.”Keempat-empat mereka menafikan wujud salah laku dalam rundingan tersebut sementara kerajaan Malaysia pula berkata kontrak tersebut bebas daripada unsur rasuah.
Pendakwa raya dari pejabat jenayah kewangan Perancis kini menyerahkan proses seterusnya kepada hakim, di mana beliau akan memutuskan sama ada kes itu akan dibicarakan di mahkamah atau tidak, walaupun rayuan berhubung kes itu difailkan pada Mei 2021.
Senarai Harta Negara Yang Di Jual Oleh Kerajaan PH
Pakatan Harapan semasa menjadi kerajaan mempunyai cara yang cukup mudah untuk mendapatkan pendapatan negara.
Harta negara dilelong dengan sewenang-wenangnya dengan pelbagai alasan.
Apakah ini Dasar Bumi Hangus yang diamalkan oleh DAP?
Berikut adalah antara harta negara yang telah dijual oleh PH sepanjang mentadbir negara selama 22 bulan:
IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018.
Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018.
Axiata Investment Ltd telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebanyak RM1.65 bilion pada Februari 2019.
Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019.
Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimiliki 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019.
Boustead telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019.
Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebanyak RM1.05 bilion pada April 2019.
DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019.
Axiata pula telah menjual portfolio perniagaan niaga digitalnya dengan nilai AS $ 140 juta (RM579 juta) kepada pelaburan dana berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019.
Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019.
FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Minyak Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019.
Hartanah DUO telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M + S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019.
Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Saudi Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019.
Saham Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019.
Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019.
Khazanah menjual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara paling panjang di Indonesia kepada Lembaga Pelan Pelan Pelan Kanada (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019.
Ini semua belum termasuk harta Tabung Haji dan lain-lain lagi.