Share
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ekonomi negara semakin merudum apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah negara ini.
Katanya, sepanjang berkhidmat menjadi Perdana Menteri ebelum ini, prestasi ekonomi negara lebih tinggi dan ia digeruni oleh negara-negara asia iaitu Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.
“Tempoh sembilan tahun menjadi Perdana Menteri, prestasi ekonomi kita mendahului semua keempat-empat ‘Asian Tigers’ dalam masa sembilan tahun. Daripada sembilan tahun itu, enam tahun kita mempunyai prestasi ekonomi lebih tinggi dari Singapura.
“Negara kita menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan memang kita berada di atas landasan ke arah sebuah ‘advance economy’. Apabila saya menjadi Perdana Menteri saiz ekonomi kita RM730 bilion lebih kurang.”
Tambahnya lagi, dasar transformasi nasional yang diangkat ada wawasan dan matlamatnya untuk mentransformasikan negara ini menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi.
Malah, ketika beliau berhenti sebagai Perdana Menteri ekonomi negara ketika itu mencecah kepada RM 1.4 trilion size ekonomi.
“Memang kita berada di atas landasan kearah sebuah ‘advance economy’ dan apabila saya menjadi Perdana Menteri saiz ekonomi kita RM 30 bilion lebih kurang, bila saya berhenti sebagai Perdana Menteri ekonomi kita mencecah kepada RM 1.4 Trilion saiz ekonomi.
“Jadi kalau apa-apa pun ukurannya… memang ekonomi kita berkembang… kalau orang tuduh saya menambahkan hutang negara, saya nak beritahu zaman Dr Mahathir 1986 hutang negara mencecah 100-300 Gross Domestic Product (GDP) dan bila saya berhenti hutang negara mencecah 50.4 peratus GDP.”
“Kalau dia nak tuduh apa pun… buktinya apa? buktinya zaman kita lebih berhemah perbelanjaan dan bertanggungjawab,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Pekan.
Beliau berkata demikian pada program Wacana Ilmu anjuran Penerangan UMNO Malaysia bertajuk ‘Hard Truth: Cash Is King’ yang disiarkan secara langsung menerusi facebok UMNO-Online, malam tadi. Wacana ini dimoderatorkan oleh Sdr Mohd Shafiq Fadhly dan Sdr Farhan Khairudin. – UMNO ONLINE
No comments:
Post a Comment