Wednesday, February 20, 2019

PAS rela jadi lilin membakar diri


News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Dikritik musuh politiknya dengan pelbagai cara PAS hari ini menegaskan parti itu rela menjadi lilin yang membakar diri demi menerangkan semua pihak.
Dalam catatannya Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu boleh bersabar lama menjadi pembangkang iaitu sejak ia ditubuhkan hampir 68 tahun lalu.
Pada masa sama kata Abdul Hadi PAS juga rela bersatu demi mempertahankan Islam dan kepimpinan negara walaupun berbeza pendekatan.
Turut sedia diambil, kata anggota parlimen Marang itu, PAS sedia melupakan apa saja salah laku yang dikenakan ke atasnya sambil membetulkan apa-apa kesilapan.
Pendekatan itu kata Abdul Hadi dibuat kerana kepentinngan dasar yang mewajibkan mereka bersatu serta menangguhkan perkara sampingan yang bukan dasar.
"PAS tetap menolak konsep matlamat menghalalkan cara, walau apa sahaja pengorbanan (yang perlu dilakukan) dan jauh perjalanannya, meskipun menjadi laksana lilin yang membakar diri demi menerangi semua pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tidak dapat dipastikan arah sebenar kenyataan itu dibuat. Namun beliau yang memang terkenal dengan kaedah berkias dalam menyampaikan mesejnya dipercayai merujuk kepada perkembangan terbaru dalam negara.
Beberapa hari lalu pemimpin kanan PAS mendakwa ada pihak tertentu dalam PH mahu cuba menyingkirkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya di parlimen.
Nak rebut jawatan PM
Dakwaan itu dibuat sehari selepas Mahathir mendakwa PAS berjanji untuk tidak memberi sokongan kepada Umno dan BN dalam PRK Semenyih.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya memberitahu parti itu memberi sokongan kepada Mahathir jika beliau cuba disingkirkan.
Untuk rekod menjelang pada Mei 2015 Abdul Hadi mengakui beliau lebih suka jika Najib Razak - yang menjadi perdana menteri ketika itu - diberi peluang menghabiskan mandatnya berbanding digantikan dengan tokoh lain. 
Ketika itu Najib ditekan dengan dakwaan salah laku dan penyelewengan membabitkan syarikat milik kerajaan, 1MDB.

Menjelang PRU ke-14 lalu pula Abdul Hadi menasihati Mahathir supaya tidak lagi aktif dalam politik sebaliknya berkhidmat sebagai doktor di Klinik 1Malaysia
Kata Abdul Hadi berlaku kempen hebat di dalam sehingga ke luar negara untuk pihak tertentu mahu merebut jawatan perdana menteri.
"(Tindakan itu diambil) tanpa peduli terhadap ketuanan Islam (dan) sangat mencabar serta memekakkan telinga [...]," katanya.
Bagaimanapun PAS dan Abdul Hadi tidak menamakan pihak yang didakwa mereka cuba mengetepikan Mahathir tersebut.

No comments:

Post a Comment