Tuesday, August 23, 2022

Sumpah laknat sumpah terdesak



ULASAN

Najib sedang meluahkan sumpah 
laknat di masjid Kg. Baru.
ESOK Mahkamah Persekutuan akan sambung bicara mendengar rayuan terakhir Naib Razak yang telah pun dihukum 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kerana salah guna dana RCI International. 

Malam tadi berlangsung majlis solat hajat dan menunajat perdana sebagai solidariti kepada laki Rosmah Mansor itu. Majlis itu diadakan diseluruh negara.

Najib sendiri hadir di majlis yang diadakan di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Pada majlis itu juga Najib bersumpah (mubahalah) bersumpah dengan nama Allah, Walahi, Wabilahi, Wathalahi menafikan beliau terlibat dalam menyangak RM42 juta wang dana SRC International yang dimasukan ke dalam akaunnya.

Najib juga bersumpah tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak menubuh syarikat SRC untuk mengaut dan memasukkan wang ke dalam akaunnya. Beliau juga bersumpah tidak tahu menahu dengan segala apa pertuduhan yang dikenakan ke atasnya itu.

Sebagai balasan atas pengakuannya itu, beliau mohon Allah laknatkan dirinya. Beliau juga mohon Allah laknat ke atas diri mereka yang menuduhnya sekiranya apa-apa yang dituduh itu tidak benar. 

Dalam persumpahan (muhabalah) ini berlaku antara dua pihak sahaja; Najib dengan pendakwa raya. Namun yang hadirnya hanya dipihaknya sahaja. Pendakwa telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Najib terlibat dalam segala pertuduhan ke atasnya dan hakim telah pun menjatuhkan hukuman. 

Hakim hanya membuat pertimbangan berdasarkan bukti dan saksi yang dikemuakakan oleh pendakwa.

Persumpahan Najib itu tindakan terdesak dan telah menghina agama. Ia dilihat sebagai tindakan mencemarkan kesucian agama kerana persumpahan untuk melepaskan diri begitu tidak ada dalam agama Islam. Ia adalah perbuatan kufarat. 

Lagi pun kalau beliau percaya dengan persumpahan itu kenapa beliau tidak bersumpah di awal perbicaraan semasa di Mahkamah Tinggi lagi, kemudian di Mahkamah Rayuan. Kenapa ia bersumpah diperingkat akhir di Mahkamah Persekutuan? Di sinilah nampak Najib desparate.

Dalam hal mini saya tidak mahu salahkan Najib kerana mungkin beliau tidak arif mengenai hal-hal syariat dan agama. Dalam istilah lain sebagai jahil agama. Yang perlu dipersalahkan ialah mereka yang mengaturkan persumpahan itu. 

Merekalah bertanggungjawab sepenuhnya, apa lagi kalau yang terbabit itu para imam, ustaz dan juga jawatankuasa masjid yang membenarkan rumah Allah itu diperlakukan demikian. Merekalah patut dipersalahkan kerana sanggup melakukan sesuatu yang kurafat. [wm.kl. 10:55 pm 22/08/2022] 

No comments:

Post a Comment