Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan menghalang orang asing daripada membeli hartanah projek Forest City di Johor. Beliau berkata, baca di sini,
Satu hal yang pasti, bandar yang sedang dibina itu tidak akan dijual kepada orang asing. Kami tidak akan memberikan visa untuk orang datang dan tinggal di sana
Bantahan kami kerana ia dibina untuk orang asing dan bukan rakyat Malaysia. Kebanyakan warga Malaysia tidak mampu membeli hartanah berkenaan.
Cuba kita fikirkan:
1. Warga asing tidak dibenarkan beli hartanah tersebut.
2. Warga asing yang beli hartanah tersebut tidak akan diberikan visa.
Persoalannya, kalau sudah tidak boleh beli hartanah tersebut, bagaimana pula timbul isu pembeli tidak akan diberikan visa?
Hari ini pula, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (gelaran sudah diharamkan oleh KKMM untuk disebut) pula berkata, Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperhalusi syarat-syarat pembelian unit kediaman Forest City, Johor sebelum membenarkan rakyat asing membeli hartanah yang membabitkan pelaburan sehingga AS$100 bilion. Baca di sini.
Persoalan yang kedua, cakap siapa kita nak dengar. Cakap Menteri atau Perdana Menteri?
Ketiga, CTS tidak menyokong atau membangkang keputusan Kerajaan Malaysia Baharu untuk tidak membenarkan pemilikan hartanah di Forest City Johor oleh warga asing, terutamanya dari Negara China.
Cumanya kita mengharapkan keputusan itu juga terpakai untuk hartanah di tanah tambakan laut Sri Tanjong Pinang 2 [760 +131 ekar] atau STP2 dan juga di Penang South Reclamation [4500 ekar] atau PSR oleh SRS Consortium di Pulau Pinang.
No double standard please.
No comments:
Post a Comment