Sunday, March 18, 2018

Manifesto PAS, Gagasan Sejahtera Tawarkan Rumah Murah, RUU355

CYBERJAYA: PAS bersama blok Gagasan Sejahtera hari ini melancarkan manifesto pilihan raya yang seperti dijangka menyentuh tentang pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dan beberapa penyelesaian unik kepada keadaan semasa.

Manifesto menawarkan 20 tawaran utama, termasuk program pemilikan rumah melalui perkongsian kos, liberalisasi lesen import dalam semua sektor kepenggunaan asasi rakyat, memperbanyakkan sekolah integrasi tahfiz dan sains, dan kaedah pampasan diyat untuk mangsa jenayah, di samping penghapusan GST, memperkenalkan semula subsidi petrol dan diesel dan melupuskan hutang pinjaman PTPTN.

Dua puluh tawaran utama Gagasan Sejahtera ialah:

Menghapuskan GST dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Malaysia.
Melupuskan hutang peminjam PTPTN sedia ada sebagai inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.
Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi satu program kebangsaan.
Menawarkan bantuan sekali beri sebanyak RM 2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.
Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk meringankan beban ibu bapa.
Memberikan bantuan pembelian kereta pertama bawah 1300 kuasa kuda (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah.
Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM 50 ribu sehingga RM 180 ribu.
Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar.
Menstrukturkan semula kadar bayaran tol menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.
Mewujudkan pentadbiran yang bebas rasuah selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus “‘Ubudiyyah”, “Mas’uliyyah” dan “Itqan”.
Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din.
Menjadikan Bahasa Melayu bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.
Mengembalikan sistem kuota di institusi pengajian tinggi awam bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin serta masyarakat bandar dan luar bandar.
Mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat.
Membantu kerajaan negeri membuka rancangan pembangunan tanah khususnya untuk golongan muda.
Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga Felda.
Membantu golongan kurang upaya (OKU) menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.
Mewujudkan pusat komuniti keluarga di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama dan latihan keibubapaan.
Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah.
Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. #sumber

No comments:

Post a Comment