Thursday, March 22, 2018

Kempen-Kempan Jugak Tapi Hati- Hati





Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan mana-mana parti yang akan bertanding pada PRU14 supaya tidak menjadikan sumber atau laluan arus elektrik sebagai tempat memasang bahan kempen seperti bendera atau sepanduk.


Pegawai Korporatnya, Datuk Roslan Ab. Rahman berkata, lokasi tersebut termasuklah tiang, kabel, peti pembekal, pencawang dan pepasangan elektrik lain.


“Perbuatan itu mengundang bahaya kerana risiko terkena renjatan elektrik.



“Ia juga mungkin menyebabkan gangguan bekalan elektrik jika percikan arka (flashover) berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Katanya, aktiviti berbahaya itu menyalahi peruntukan Seksyen 3, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), iaitu merosakkan pepasangan elektrik.


“Justeru saya meminta kerjasama parti-parti politik supaya tidak meletakkan tiang bendera atau sebarang sepanduk berhampiran kabel atau pencawang elektrik.


“Walaupun tiang bendera yang digunakan diperbuat daripada buluh, ia tetap berisiko untuk terkena renjatan,” katanya.


Beliau turut mengingatkan orang ramai tentang bahaya memegang atau membawa tiang bendera di bawah mana-mana pepasangan elektrik kerana ia boleh menarik arus elektrik, sekali gus menyebabkan renjatan elektrik pada mereka yang berada berhampiran.


Rosalan berkata, TNB akan melakukan pemantauan dan membuang bahan kempen yang diletakkan berhampiran pepasangannya jika berisiko tinggi kepada pengguna.


“Orang ramai yang melihat sebarang keadaan yang boleh mengancam keselamatan atau menjejaskan bekalan elektrik, diminta merujuk Facebook TNB CareLine atau menghubungi TNB Careline di 15454agar tindakan sewajarnya dapat diambil dengan segera,” katanya.

BN tidak selamat di Kedah, pengaruh Dr Mahathir kuat





Diyana Ibrahim 
Kedudukan Barisan Nasional di Kedah dalam bahaya jika parti itu terus meremehkan pengaruh Dr Mahathir Mohamad di negeri Jelapang Padi itu, kata veteran Umno. – Gambar fail The Malaysian Insight
KEDUDUKAN Barisan Nasional di Kedah dalam bahaya jika parti itu terus meremehkan pengaruh Dr Mahathir Mohamad di negeri Jelapang Padi itu, kata veteran Umno.

Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, Mohd Hadzir Ismail mengingatkan bahawa pengerusi Bersatu itu yang dulunya presiden Umno masih ada pengaruh yang sangat kuat di Kedah terutama dalam kalangan veteran parti itu.

“BN dan Umno memang tidak boleh pandang ringan Dr Mahathir sebab beliau memang ada pengaruhnya terutama kepada golongan lama,” kata bekas wakil rakyat Merbau Pulas itu kepada The Malaysian Insight.

Beliau bertanya bagaimana BN hendak menidakkan segala jasa dan sumbangan Dr Mahathir membangunkan negeri itu selama 22 tahun beliau jadi perdana menteri.

“Pembangunan beliau lakukan antaranya di Langkawi, Bukit Kayu Hitam, Kulim High Tech, itu semua sumbangan beliau semasa pentadbirannya.”

Hadzir, bekas ketua penerangan Umno Kedah, berkata golongan veteran ini menyatakan sokongan secara terbuka kepada Dr Mahathir, yang dinamakan oleh Pakatan Harapan sebagai calon perdana menteri kalau menang Pilihan Raya Umum ke-14.

“Memang reaksi itu kita dapat lihat di Kedah, ada yang sampai berani berterus terang kata sokong Dr Mahathir.

“Tetapi ada yang menyokong senyap-senyap dan ada yang ambil pendirian tengok dan lihat, jadi sebab itu saya katakan jangan sekali memandang rendah pengaruh Dr Mahathir.”

Bekas wakil rakyat itu memberi ingatan tersebut ketika kepimpinan BN Kedah begitu yakin parti pemerintah itu akan dapat mempertahankan negeri pada PRU14 dan Dr Mahathir, yang juga anak jadi negeri, bukan ancaman kemenangan BN.

Peluang BN tipis

Selepas keluar dari Umno pada akhir Februari 2016, Dr Mahathir kemudian ikut mengasaskan Bersatu bersama bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan anaknya sendiri, Mukhriz yang pernah jadi menteri besar negeri itu selepas PRU13.

Dr Mahathir kemudian membawa Bersatu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk oleh PKR, DAP dan Amanah, parti serpihan PAS.

Pada PRU14 ini, Bersatu dan PKR akan bertanding masing-masing enam kerusi Parlimen di Kedah sementara Amanah tiga kerusi. Rundingan bagi pengagihan 36 kerusi negeri antara empat parti dalam PH masih belum selesai kerana tersangkut pada empat kerusi iaitu Gurun, Kulim, Guar Chempedak dan Pantai Merdeka.

Banyak penganalisis berpendapat BN hanya ada peluang tipis untuk menguasai kerusi negeri dan persekutuan di Kedah kerana protes senyap daripada penyokongnya sendiri.

Kajian Invoke yang diumumkan baru-baru ini juga menunjukkan PH akan merampas Kedah daripada BN dengan kemenangan 22-14. Invoke meramalkan PH juga akan menang 10 daripada 15 kerusi Parlimen.

Kedah mempunyai lebih kurang 1.2 juta pengundi, dengan 20% atau hampir 230,000 berumur lebih 60 tahun.
Penganalisis berpendapat BN hanya ada peluang tipis untuk menguasai kerusi negeri dan persekutuan di Kedah kerana protes senyap daripada penyokongnya sendiri. – Gambar fail The Malaysian InsightSementara itu, bagi Ramly Chik, bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pokok Sena, pengaruh Dr Mahathir meluas bukan hanya dalam kalangan veteran tetapi turut mencakupi golongan anak muda, yang merupakan kelompok besar pengundi di negeri itu.

“Dr Mahathir pengaruhnya kuat dalam kalangan anak muda pelajar universiti, golongan terpelajar,” katanya.

Pada masa sama beliau mengakui wujud juga sentimen protes dalaman di kalangan ahli Umno.
“Kebanyakan mereka kini belah bahagi, mereka ini masih dalam Umno tetapi menyokong Dr Mahathir.”

"Kenapa buat Dr Mahathir lagu tu?"

Seorang lagi veteran Umno yang hanya mahu dikenali sebagai Man menjelaskan kepada The Malaysian Insight golongan veteran di Kedah marah kepada Umno dan BN kerana cara parti itu melayan Dr Mahathir, bekas pemimpin parti itu sendiri.

“Kritikan Umno terhadap Dr Mahathir dianggap keterlaluan. Bagi veteran Umno mereka memang rapat dengan negarawan itu. Mereka tidak boleh terima cara layanan Umno terhadap Mahathir,” kata bekas guru itu yang pernah ada jawatan dalam Umno.

Katanya, tidak mustahil BN boleh kalah kepada Pakatan Harapan di Kedah kalau begitulah cara mereka melayan Dr Mahathir.

“Pemberontakan dalaman memang jelas, cuma ramai yang tak nak tampil ke depan untuk mengaku secara terbuka.”

Katanya, protes dalaman bukan perkara baru kerana pernah berlaku ketika pilihan raya umum pada 2008 yang menyaksikan negeri itu buat pertama kalinya tumbang ke tangan pembangkang.

“Semasa PRU12 BN kalah kerana sabotaj dalaman penyokong sendiri dan kali ini saya boleh lihat sejarah bakal berulang,” katanya.

Namun Hadzir berkata Kedah di bawah kepimpinan menteri besarnya Ahmad Bashah Md Hanifah menunjukkan prestasi yang amat bagus dan boleh jadi penyelamat kepada BN untuk rakyat tidak menukar kerajaan.

“Dan pembangkang pun tidaklah kuat sangat, banyak bergantung kepada isu nasional saja seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya.

“Jika BN Umno mahu kekal di Kedah, mereka kena tengok juga isu pengangguran anak muda.

“Kita minta BN Umno dapat tawarkan sesuatu dalam polisi mereka untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan anak muda."

Dr Mahathir satu ancaman, pendaftaran Bersatu mungkin dibatalkan, kata PKR


Dr Mahathir satu ancaman, pendaftaran Bersatu mungkin dibatalkan, kata PKR
Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata bukan sahaja Pakatan Harapan tidak akan didaftar, malah Bersatu juga tidak akan didaftarkan. Kerana itulah sebenarnya yang perlu Umno dan BN lakukan apabila mereka sedar betapa kuatnya Bersatu dan betapa kuatnya kuasa politik Dr Mahathir. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan membatalkan pendaftaran Bersatu kerana Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad membawa banyak ancaman kepada kerajaan sedia ada, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga Ketua Pemuda Lembah Pantai PKR, mendakwa Barisan Nasional (BN) bersekongkol dengan Pertubuhan Pendaftar (RoS) dan SPR langsung tidak memberi peluang kepada Dr Mahathir yang kini memimpin Pakatan Harapan (PH).

"Bagi Umno, Dr Mahathir adalah satu mesej," kata Fahmi pada forum 'Will GE14 be free and fair?' yang di Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi. Forum itu turut menampilkan Pengerusi Hakam Ambiga Sreenevasan.

"Sebagai seorang reformis, saya percaya Tun Dr Mahathir sedang melakukan sesuatu untuk negara di penghujung usianya. Sama ada kita setuju atau tidak, apa yang telah beliau telah lakukan setakat ini dan bagaimana kerajaan bertindak balas, bagi saya beliau merupakan satu ancaman terbesar kepada Umno.

"Sebab itulah saya boleh beri jaminan yang bukan sahaja Pakatan Harapan tidak akan didaftar, malah pendaftaran Bersatu juga mungkin akan dibatalkan. Kerana itulah sebenarnya yang mereka perlu lakukan apabila mereka sedar betapa kuatnya Bersatu dan betapa kuatnya kuasa politik Dr Mahathir," kata Fahmi.

Fahmi juga berkata penipuan dalam pilihan raya akan datang ini akan menjadi yang pertama seumpamanya.

"Kami temui seorang pengundi berusia 150 tahun dalam daftar pemilih. Ada pengundi di kawasan Lembah Pantai yang dipindahkan bukan hanya sekali, tetapi dua kali pada tahun lepas sahaja, dari pelbagai tempat ke Sekinchan."

"Undi anda sangat-sangat penting dalam pilihan raya kali ini. Jika anda tidak keluar mengundi, orang lain akan datang dan mengundi untuk anda. Mesti tahu kepentingannya. Kalau anda memilih untuk tidak memilih, anda akan hidup dengan pilihan yang bukan anda buat, untuk lima tahun lagi. Apakah anda boleh hidup dengan tenang?"

Sementara itu, Ambiga memberitahu pengundi supaya memeriksa pendaftaran mereka sehinggalah tiba hari mengundi.

"Jangan berhenti periksa, teruskan periksa, kerana ada masalah serius dalam pendaftar pemilih, di mana ada 14 pengundi yang berdaftar di bawah satu alamat yang sama di Wangsa Melawati."

RoS mengeluarkan notis kepada Bersatu berkuat kuasa 28 Februari lepas yang antara lain memerlukan parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti dalam tempoh 30 hari, atau berdepan risiko dibubarkan.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata  laporan minit mesyuarat bahagian tidak dapat dikemukakan parti itu kerana bahagiannya baru diluluskan penubuhannya oleh RoS pada Julai tahun lepas dan tiada pertubuhan membuat mesyuarat agung dalam tempoh kurang setahun penubuhannya. 

PRU14; Elak 'Cah Keting', Mantan CEO Matrade Calon Terbaik DUN Beserah !





KUANTAN: Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud dilaporkan antara tokoh berwibawa untuk bertanding atas tiket UMNO Barisan Nasional di kerusi DUN N.12 Beserah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi.

Nama beliau tiba-tiba timbul di saat akhir susulan berlaku adengan "lobi-melobi" yang memungkinkan perpecahan undi "cah keting" kepada BN jika tidak ditangani dengan baik oleh kepimpinan parti itu.

Tambahan pula beliau kini adalah merupakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak-Anak Beserah di Kuala Lumpur dan Selangor (PKAB), dan bukan calang-calang calon dari segi latar belakang pendidikan dan kerjaya profesionalnya.

Bahkan, kehebatan beliau sekiranya menjadi calon UMNO BN di DUN Beserah bakal menyaingi latar belakang pendidikan calon PAS, Andansura Rabu. Ia pasti akan memberi tamparan hebat kepada parti lain di kerusi DUN itu sebenarnya.

Kerusi DUN Beserah sudah dua penggal jatuh ke tangan pembangkang. Pada PRU13 lalu, BN tewas dengan majoriti 3,987 undi. Calon mereka Dato' Mohd Hazmi Yusof mendapat 11,359 undi tewas ditangan calon PAS, Andasura Rabu yang mendapat 15,346 undi.

Sementara itu pada PRU12 pula, kerusi DUN Beserah juga dimenangi oleh PAS di mana calon mereka iaitu Syed Mohammed Syed Lonik menang dengan majoriti 1,541 undi. Beliau mendapat 10,728 undi mengalahkan penyandang ketika itu Datuk Faisal Abdullah yang hanya mendapat 9,187 undi.

Melihat kepada dua senario tersebut, maka pucuk pimpinan UMNO BN Pahang harus memilih calon lain yang lebih berkredibiliti dan terbaik dari kalangan nama-nama calon yang sedia ada.

Jika tidak, harapan BN untuk merampas kembali kerusi DUN Beserah sukar untuk jadi kenyataan. Bahkan, pemilihan Datuk Dzulkifly juga dapat mengelakkan budaya "cah keting" yang menggagalkan usaha BN untuk merampas kembali kerusi itu nanti.

Soalnya, siapakah anak jati Beserah yang tiba-tiba muncul namanya ini? dan kenapakah beliau dilihat sesuai serta layak menjadi calon BN di kerusi DUN Beserah?. Ikuti laporan seterusnya selepas ini. #PDO

WHY ZAHID WANT TO WITH DRAW AHTER THIS COMING ELECTION?



Secara tiba-tiba dan entah disampuk apa, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan PRU 14 adalah pilihanraya terakhir baginya.


Katanya, beliau sudah pun menyediakan pelapis bagi menggantikan tempatnya di Bagan Datuk.

Dalam waktu yang sama, Zahid Hamidi juga sempat menyindir Tun Mahathir Mohamad dengan berkata, beliau mengumumkan pengundurannya itu kerana tidak mahu terus kekal dalam politik sehingga ke usia 93 tahun.

Kenapa Zahid Hamidi secara tiba-tiba mengumumkan tidak mahu bertanding lagi?

Apakah Zahid Hamidi tidak mahu menjadi Perdana Menteri selepas Najib?
Bukankah, sebagaimana dakwaan Tun Mahathir, beliau pernah menemui bekas Perdana Menteri itu tidak lama selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu untuk mendapat sokongan bagi mengambil alih tempat Najib?

Sudah terpadamkan cita-cita itu sekarang ini?

Tak kesiankah juga Zahid Hamidi dengan para penyokongnya yang sudah sekian lama berharap beliau dapat menjadi Perdana Menteri akhirnya?

Ataukah ini menunjukkan Zahid Hamidi sudah dapat merasakan PRU 14 akan dimenangi akan oleh Pakatan Harapan, lalu tiada gunanya lagi beliau terus bertanding selepas itu?

Tetapi, bagaimana jika BN terus kekal lagi, maka tidak menyesalkah Zahid Hamidi mengumumkan lebih awal tidak mahu bertanding selepas PRU 14 nanti?

Sebenarnya banyak persoalan timbul dan bermain di fikiran orangramai di sebalik pengumuman Zahid Hamidi kali ini, tambahan lagi beliau belumlah terlalu tua untuk mengumumkan pengundurannya sekarang ini.

Zahid Hamidi hanyalah beberapa bulan lebih tua berbanding Najib dan dalam usia sepertinya, masih tidak menjadi kesalahan untuk terus mengejar cita-cita politik yang lebih tinggi.

Tetapi,  yang nyatanya dengan pengumuman itu, Zahid Hamidi seolah-olah tidak yakin lagi tentang masa depannya, apatah lagi untuk terus mengejar kerusi Perdana Menteri selepas ini.

Pertarungan dalam PRU 14 tidak dinafikan hanya memungkinkan dua perkara - sama ada BN tumbang atau kekal berkuasa lagi itu, itu pun paling mungkin dengan terpaksa mengemis sokongan daripada Pas.

Lantaran dua kemungkinan itu, sekiranya BN kalah, Zahid Hamidi dianggap telah membuat keputusan paling tepat dengan mengumumkan pengundurannya lebih awal.

Andai kata BN terus kekal berkuasa pula, tetapi dengan hanya adanya sokongan Pas melalui pembentukan kerajaan campuran, Zahid Hamidi juga barangkali dapat merasakan tempatnya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan sudah tidak selamat lagi kerana pastinya tempat itu akan diisi oleh Hadi Awang, sekutu baru kepada Najib, UMNO dan BN.

Hadi Awang sendiri mengumumkan, jika Pas gagal mendapat majoriti untuk mentadbir negara (sebenarnya memang akan gagal pun), parti itu sedia membentuk kerajaan campuran atau menjadi penasihat kepada kerajaan.

Jika demikian, pastinya jika ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Hadi tidak akan menolaknya.

Najib selepas itu akan terus mentadbir negara ini sambil mempunyai ruang yang cukup terbuka untuk melantik sepupunya, Hishammuddin Hussein bagi mengambil alih tempatnya bila ketikanya beliau mahu berundur nanti.

Dengan sendirinya, maka terpadamlah impian dan cita-cita Zahid Hamidi untuk mengejar kerusi Perdana Menteri, tidak kira sama ada BN dapat dikalahkan oleh Pakatan Harapan atau sekiranya terus kekal berkuasa lagi.

Selamat bersaralah untuk Zahid Hamidi!! (ShahbudinHusin 19/03/2018)

Monday, March 19, 2018

PRU14 medan terbaik lakukan perubahan untuk kesejahteraan


PRU14 medan terbaik lakukan perubahan untuk kesejahteraan, kata Miqdad
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ketua AMANAH Marang, Miqdad Zakaria berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini adalah medan terbaik buat rakyat negara ini untuk membuat perubahan ke arah kesejahteraan.
Ia juga kata beliau, langkah permulaan yang akan memberi kesedaran bahawa rakyatlah kuasa sebenar dalam negara ini.
Ujar Miqdad, PRU14 yang disebut ibu segala pilihan raya ini bukan sekadar untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH), menyingkirkan Najib Razak dan menjadikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM) buat kali kedua.
Tetapi katanya, yang jauh lebih penting ialah untuk menjamin masa depan rakyat dan generasi seterusnya.
“Semua kita tahu Najib sedang terkait dengan skandal kewangan terbesar dalam dunia, di mana sekurang-kurangnya lapan negara telah dan sedang menyiasat 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) yang ditubuhkannya.
Miqdad Zakaria
“Dan kekalnya beliau di kerusi Perdana Menteri sehingga sekarang hanyalah semata-mata kerana kuasa masih di tangannya,” kata beliau dipetik daripada tulisannya di Facebook.
Jelas beliau, dengan kuasa di tangannya, Peguam Negara dipecat dan digantikan dengan individu pilihannya, proses siasatan polis dan SPRM dilambatkan tanpa kesudahan, laporan audit 1MDB di OSA kan, soalan tidak boleh ditanyakan di Parlimen dan semua menteri akhirnya hanya jadi pengampu dan tukang angguk sahaja.
Di negara lain, kata beliau, jika pemimpinnya dikaitkan dengan skandal sebegini rupa, sama ada mereka sendiri akan meletakkan jawatan atau rakyat akan menjatuhkannya.
“Keinginan Najib untuk menang pilihan raya akan datang tidak lain ialah untuk memastikan beliau kekal berkuasa dan tiada fail siasatan dibuka terhadapnya buat selama-lamanya, sebab itu kemenangan BN adalah amat penting baginya.
“Untuk tujuan itu Najib sedang menggunakan pelbagai cara “cash is king” untuk mencapai matlamatnya. Beliau kini sedang membeli jiwa rakyat dengan tujuan mengaburi mereka terhadap skandal yang melingkari dirinya.
“Peruntukan pembangunan, taburan projek segera, pemberian tunai, agihan barangan keperluan harian, janji bulan bintang, manipulasi media dan sebaran berita palsu melalui media arus perdana dan media berbayar sedang giat dilakukan di seluruh negara,” tambah beliau.
Semuanya dilakukan hanya semata-mata untuk kekal berkuasa, kata beliau.
Najib katanya, tidak peduli kesusahan rakyat, kos sara hidup yang terus meningkat, cukai yang membebankan, pengangguran, lepasan universiti tiada pekerjaan dan segala macam kekangan lainnya.
Justeru katanya, jika BN terus menang, bukan saja tiada jaminan masalah rakyat dapat diselesaikan, bahkan juga tiada jaminan tiada cukai dan kos sara hidup tidak dinaikkan.
“Malah seperti kata Dr. Dzulkifli Ahmad daripada AMANAH, dengan gaya kepimpinan Najib yang mengamalkan 4B (bolot, bocor, boros dan bazir) gunung pun boleh rata sebenarnya.
“Yang pasti selesai ialah Najib akan terus bermaharajalela dengan kuasa yang ada padanya dan tidak akan didakwa buat selama selamanya. Jho Low juga bebas merdeka dengan wang kita sebanyak-banyaknya.
“Fail 1MDB akan tersimpan dalam kabinet besi atau dikunci buat selama-lamanya, kalau pun tidak dihapuskan sama sekali, katanya.
“Yang tinggal hanyalah hutang hutang 1MDB yang terpaksa kita bayar bersama kos sara hidup yang kian meningkat dan harga barang yang semakin mahal.
“Perbelanjaan yang Najib hari ini lakukan untuk membeli jiwa rakyat juga kitalah yang akan membayarnya di kemudian hari.
“Sebab itu adalah penting untuk rakyat dan pengundi melakukan perubahan. Memang perubahan akan menjadikan PH sebagai kerajaan baru dan Tun Mahathir pula Perdana Menteri buat kali kedua, selain Najib akan kehilangan kuasanya.
Tetapi baik PH atau pun Tun Mahathir katanya lagi, mereka hanyalah alat kepada rakyat. PH sebagai kerajaan baru tidaklah sama seperti BN yang menjadikan pemegang jawatan PM berkuasa dalam segalanya dan sebebas-bebasnya.
mdl

PAS Dakwa Malaysia Bukan Negara Gagal





PAS Dakwa Malaysia Bukan Negara Gagal. Malaysia bukan sebuah negara yang gagal kerana negara ini kaya dengan pelbagai hasil serta mempunyai potensi yang luas, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Beliau berkata kerajaan sedia ada menggubal dasar yang membawa kebaikan kepada rakyat dan jika perlu, dasar itu perlu ditambah baik agar menyediakan perkhidmatan lebih efisyen.



PAS Dakwa Malaysia Bukan Negara Gagal. “(Dasar) yang baik dikekalkan dan yang buruk perlu diperbetulkan atau dihapuskan. Bukan semua yang dilakukan oleh kerajaan membawa keburukan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Manifesto Malaysia Sejahtera bersama rakan strategik Gagasan Sejahtera (Gagasan) di sini, malam tadi.


Gagasan Sejahtera terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).


Hadi, yang juga pengerusi gabungan itu, berkata PAS akan bersikap adil dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi negara.

PAS Dakwa Malaysia Bukan Negara Gagal


“Sebagai pembangkang yang matang dan sejahtera, PAS akan menghadapi pilihan raya umum dan tidak menumbang kerajaan dari pintu belakang,” katanya.


Manifesto itu merangkumi sembilan teras dan 20 tawaran utama, antara lain mampu menyelesaikan bebanan kos sara hidup rakyat dan menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


PAS Dakwa Malaysia Bukan Negara Gagal. Selain itu, membentuk kerajaan berintegriti dan beramanah, penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baharu untuk rakyat. - free malaysia today

Sunday, March 18, 2018

TERBUKTI SUDAH KERJA YANG PALING BEST DIDUNIA ADA DI MALAYSIA (GAMBAR)


BERPULUH TAHUN PAS DALAM POLITIK MALAYSIA TAPI HABUK PUN TAK ADA (GAMBAR)


Manifesto PAS, Gagasan Sejahtera Tawarkan Rumah Murah, RUU355






CYBERJAYA: PAS bersama blok Gagasan Sejahtera hari ini melancarkan manifesto pilihan raya yang seperti dijangka menyentuh tentang pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dan beberapa penyelesaian unik kepada keadaan semasa.


Manifesto menawarkan 20 tawaran utama, termasuk program pemilikan rumah melalui perkongsian kos, liberalisasi lesen import dalam semua sektor kepenggunaan asasi rakyat, memperbanyakkan sekolah integrasi tahfiz dan sains, dan kaedah pampasan diyat untuk mangsa jenayah, di samping penghapusan GST, memperkenalkan semula subsidi petrol dan diesel dan melupuskan hutang pinjaman PTPTN.


CYBERJAYA: PAS bersama blok Gagasan Sejahtera hari ini melancarkan manifesto pilihan raya yang seperti dijangka menyentuh tentang pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dan beberapa penyelesaian unik kepada keadaan semasa.


Manifesto menawarkan 20 tawaran utama, termasuk program pemilikan rumah melalui perkongsian kos, liberalisasi lesen import dalam semua sektor kepenggunaan asasi rakyat, memperbanyakkan sekolah integrasi tahfiz dan sains, dan kaedah pampasan diyat untuk mangsa jenayah, di samping penghapusan GST, memperkenalkan semula subsidi petrol dan diesel dan melupuskan hutang pinjaman PTPTN.


Dua puluh tawaran utama Gagasan Sejahtera ialah:




Menghapuskan GST dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Malaysia.
Melupuskan hutang peminjam PTPTN sedia ada sebagai inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.
Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi satu program kebangsaan.
Menawarkan bantuan sekali beri sebanyak RM 2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.
Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk meringankan beban ibu bapa.
Memberikan bantuan pembelian kereta pertama bawah 1300 kuasa kuda (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah.
Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM 50 ribu sehingga RM 180 ribu.
Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar.
Menstrukturkan semula kadar bayaran tol menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.
Mewujudkan pentadbiran yang bebas rasuah selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus “‘Ubudiyyah”, “Mas’uliyyah” dan “Itqan”.
Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din.
Menjadikan Bahasa Melayu bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.
Mengembalikan sistem kuota di institusi pengajian tinggi awam bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin serta masyarakat bandar dan luar bandar.
Mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat.
Membantu kerajaan negeri membuka rancangan pembangunan tanah khususnya untuk golongan muda.
Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga Felda.
Membantu golongan kurang upaya (OKU) menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.
Mewujudkan pusat komuniti keluarga di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama dan latihan keibubapaan.
Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah.
Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. #sumber

Musim Menjual Mimpi




Bhai/DeeDee semua...


Musim menjual mimpi sudah bermula... Sana sini kita boleh lihat, dengar dan baca tentang jualan mimpi.... semuanya mimpi molek-molek belaka.... Yang bersongkok, menghidangkan mimpi bersongkoknya... Yang berketayap, menghidangkan mimpi berketayapnya... Yang berbaju kot, menghidangkan mimpi berkotnya...


Macam-macam mimpi sedang dijual dengan harga lelong... Harga promosi.... Harga percuma kalu boleh..... Janji ader yang nak beli mimpi tue... Janji ader yang nak borong mimpi tue... Adoyailah... Kalu tersilap pilih mimpi... Alamat meranalah selama paling lewat lima tahun...


Kalu dah beranak... Lima tahun tu baby dah besar... Dan boleh berlari....


Tapi jangan terkejut... Jangan buat-buat terkejut.... Mimpi-mimpi semua ini hanyalah umpan semata-mata... Walaupun gempak mimpi yang dijual tue... Yang merana tetap rakyat jelata... Yang akan kaya adalah pemimpin yang jual mimpi tue.... Yang makan tanggung berak cangkung tak buat keeja haramjadah satu apa pun tetap geng-geng dewa dan dewi serta dewata raya...


Adoyailah....


Dua tiga hari sudah gua tergelak dengar sembang mimpi yang katanya beri harapan.... Semalam pulak gua gelak besar dengar sembang mimpi yang katanya sambungan dari Nabi..... Lepas ni aper pulak sembang mimpi puak kati ... Aaaargh... Zaman sekarang masih aderkah yang guna kati? Kan lebih baik guna timbang digital..... Hahahaha


Sembang jualan mimpi semalam gua carik jugak strategi untuk meningkatkan KDNK dan ekonomi negara... Haram sampai kesudah tak jumpa.... Gua tak tau la macam mana mimpi berketayap ni nak tingkatkan ekomomi negara... Macam mana strategi mimpi ni nak tarik pelaburan dan memaksimakan aset dalam negara.... Sori sebab gua tak nampak...


Aper pon.... Takder satu agenda mimpi yang dijual 5 tahun sudah dimasukkan dalam agenda mimpi berketayap kali ni.... Huhu... Kira yang dulu dah tak terpakai lah.... Aper tue... negara berkebajikan??? Hahahaha...


Argh..... Gua nak pi main boling la dulu...... Hahaha
Mampuih pi la ngan mimpi-mimpi ni semua...... Hahahaha