Alhamdulillah segala puji bagi Allah, sepanjang 27 tahun PAS mentadbir negeri Kelantan dengan amanah dan adil berdasarkan slogan membangun bersama Islam. PAS berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan sebagaimana yang dijelaskan oleh setiausaha kerajaan negeri Kelantan dalam program amanat YAB menteri besar Kelantan 2018. Antara kejayaannya:
1• Peningkatan pungutan hasil sebanyak RM 566.52 Juta berbanding RM 497.20 Juta pada tahun 2016
2• Penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak RM 2.9 juta berbanding tahun 2016
3• Anggaran lebihan atau surplus Kerajaan Negeri 2017 adalah sebanyak RM 38.76 juta berbanding defisit pada tahun 2016 sebanyak RM 33.47 juta.
4• Tahun 2017 merupakan pencapaian kewangan terbaik dalam tempoh 26 tahun
5• Hasil daripada proses pendaftaran tanah meningkat kepada RM 44 juta atau 58% melebihi anggaran RM 28 juta.
6• Agensi kerajaan Negeri Kelantan merupakan salah satu jabatan yang terbaik dalam aspek pengurusan kewangan di Malaysia
7• 12 jabatan serta agensi negeri mendapat penarafan 5 bintang oleh Jabatan Audit Negara tahun 2016.
8• Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berada di kedudukan teratas dengan markah 99% dan Pejabat Perbendaharaan Negeri sebanyak 98.61%
9• Perbendaharaan Negeri Kelantan mendapat penarafan cemerlang lima bintang anugerah khas keselamatan perlindungan tahun 2016 dalam audit yang dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia.
10• Sehingga kini Pegawai Kerajaan Negeri Kelantan adalah bersih dan bebas daripada tuduhan rasuah oleh Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Inilah yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba hambanya yang mentadbir negeri berasaskan taqwa, sebagaimana firmannya dalam surah al-a'raf 96:
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض...
Sekiranya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa nescaya kami buka keberkatan rezeki dari langit dan bumi kepada mereka...
PAS sangat yakin bahawa dengan menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran negara insyaallah semua masalah negara dapat ditangani dengan baik dan berkat. Jom bersama PAS bina negara dengan Islam.
Sekian...
Shahril Azman Abd Halim
Shahril Azman Abd Halim
No comments:
Post a Comment