Wednesday, January 17, 2018

PRU14 pertarungan rakyat tertindas dengan kleptokrasi Umno-BN - Bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times


PRU14 pertarungan rakyat tertindas dengan kleptokrasi Umno-BN
Bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times, A Kadir Jasin berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini adalah pertarungan rakyat jelata yang tertindas melawan kleptokrasi Umno-BN yang menindas.
Pakatan Harapan (PH) pula katanya, hanyalah pemudah cara bagi rakyat jelata yang pedulikan hari ini dan masa depan mereka, anak mereka dan cucu-cicit mereka untuk melakukan perubahan.
“Pakatan Harapan adalah jawapan mutakhir kepada segala percubaan yang sebelum ini menemui jalan buntu.
“Daripada usaha mengubah dari dalam kepada titah Raja-raja Melayu, undi tidak percaya dan akhir sekali Deklarasi Rakyat oleh lebih sejuta peserta yang semuanya dibakulsampahkan oleh Kleptokrat MO1 dan konco-konconya,” katanya dipetik daripada tulisan di blog beliau.
Menurut beliau, melihat kepada apa yang telah dilakukan kerajaan kleptokrasi Umno-BN sewajarnyalah ia ditumbangkan.
Kata beliau lagi, terlalu banyak penyelewengan dan penindasan telah dilakukan BN, daripada melacurkan institusi pentadbiran kepada menjual dan menggadaikan harta negara, membebankan rakyat jelata dengan hutang dan cukai, menyogok peneroka Felda dan orang kampung dengan dedak sambil merompak harta yang diamanahkan untuk mereka, tidur sebantal dengan Parti Komunis China dan menafikan kuasa Parlimen membincangkan skandal 1MDB.
“Kalau BN menang juga, samalah dengan kita mengucapkan selamat jalan kepada Malaysia negara tercinta.
Kata beliau, Tanah Semenanjung yang dibaratkan sebagai permata nilam oleh seniman aktivis Aishah dalam dendangannya di konvensyen PH baru-baru ini akan menjadi permata kaca murahan yang berkecai di lantai menunggu untuk melukakan kaki anak-anak kecil yang bermain bunga api.

PAS Mampu Urus Negara Dengan Baik


Alhamdulillah segala puji bagi Allah,  sepanjang 27 tahun PAS mentadbir negeri Kelantan dengan amanah dan adil berdasarkan slogan membangun bersama Islam. PAS berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan sebagaimana yang dijelaskan oleh setiausaha kerajaan negeri Kelantan dalam program amanat YAB menteri besar Kelantan 2018. Antara kejayaannya:
1• Peningkatan pungutan hasil sebanyak RM 566.52 Juta berbanding RM 497.20 Juta pada tahun 2016 
2• Penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak RM 2.9  juta berbanding tahun 2016
3•  Anggaran lebihan atau surplus Kerajaan Negeri 2017 adalah sebanyak RM 38.76 juta berbanding defisit pada tahun 2016 sebanyak RM 33.47 juta.
4•  Tahun 2017 merupakan pencapaian kewangan terbaik dalam tempoh 26 tahun
5• Hasil daripada proses pendaftaran tanah meningkat kepada RM 44 juta  atau 58% melebihi anggaran RM 28 juta.
6• Agensi kerajaan Negeri Kelantan merupakan salah satu jabatan yang terbaik dalam aspek pengurusan kewangan di Malaysia
7• 12 jabatan serta agensi negeri mendapat penarafan 5 bintang oleh Jabatan Audit Negara tahun 2016.
8• Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berada di kedudukan teratas dengan markah 99% dan Pejabat Perbendaharaan Negeri sebanyak 98.61%
9• Perbendaharaan Negeri Kelantan  mendapat penarafan cemerlang lima bintang anugerah khas keselamatan perlindungan tahun 2016 dalam audit yang dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia.
10• Sehingga kini Pegawai Kerajaan Negeri Kelantan adalah bersih dan bebas daripada tuduhan rasuah oleh Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Inilah yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba hambanya yang mentadbir negeri berasaskan taqwa, sebagaimana firmannya dalam surah al-a'raf 96:
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض...
Sekiranya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa nescaya kami buka keberkatan rezeki dari langit dan bumi kepada mereka...
PAS sangat yakin bahawa dengan menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran negara insyaallah semua masalah negara dapat ditangani dengan baik dan berkat. Jom bersama PAS bina negara dengan Islam.
Sekian...
Shahril Azman Abd Halim

Ramai Ahli PAS Suka Hadir Program-program Kuliah, Majlis Ilmu, Program berzikir.


*Soalan:*
Kita tengok sekarang ramai ahli PAS yang lebih suka hadir program-program kuliah, majlis ilmu, program berzikir atau berzanji. Mereka lebih suka menjemput dan mendengar kuliah-kuliah dari ustaz-ustaz yang tidak sama fikrah dengan perjuangan yang di bawa oleh PAS. Malangnya, ahli PAS ini sendiri GAGAL menghadirkan diri program-program dalaman parti PAS seperti usrah, liqa' fikri, ceramah dan juga program-program tarbiyah yang disusun khas untuk ahli PAS supaya berlaku kesamaan fikrah antara ahli. Apa pandangan ustaz berkenaan hal ini dan mengapa perkara ini boleh berlaku?
*Jawapan:*
Terima kasih pada yang memberikan komen, pandangan dan nasihat, berkait dengan kepentingan penglibatan kita dalam kegiatan politik khususnya di bawah badan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu sendiri.
Sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi, agenda politik dalam perjuangan Islam ini satu agenda yang sangat mulia. Oleh kerana itulah dalam sirah Nabi S.A.W, kita lihat bagaimana Nabi sanggup berhijrah daripada Mekah pergi ke Madinah, kerana agenda politik.
Kalau kita lihat dalam perbahasan ulama’, di sana ada satu feqah di namakan sebagai Feqah Al-Muazanah dan Feqah Al-Aulawiyat. Kalau dua perkara, satu baik dan satu buruk, ini mudah untuk kita timbang. Ataupun, satu benda yang jelas, contohnya ialah kita balik ke rumah, anak kita lapar, ayam itik kita pun lapar jugak, kita nak bagi makan kepada anak kita dulu ke ataupun kita nak bagi makan kepada ayam itik kita? Tentulah Aulawiyatnya kepada anak kita dulu yang lapar.
Tapi jika sekiranya dua perkara semuanya baik, semuanya bagus, kadang-kadang kita payah untuk buat pertimbangan (Muazanah).
Di sinilah perlunya kepada alim ulama’ untuk melihat nas-nas syarak dan waqi’ semasa bagi membuat keputusan yang mana yang patut didahulukan, yang mana patut di kemudiankan.
Kalau kita lihat Sirah Nabi, Nabi tinggal Mekah pergi ke Madinah. Dari sudut feqah Muazanah dan juga feqah Aulawiyat, di sini berhukum dua perkara iaitu maslahah DAKWAH dan maslahah POLITIK. Kalau Nabi duduk di Mekah, ini maslahah DAKWAH. Nabi boleh dakwah Abu Jahal, boleh dakwah Abu Lahab, tiap-tiap hari Nabi boleh jumpa, tetapi kalau Nabi pergi ke Madinah, di sini ada maslahah POLITIK. Kerana di Madinah, penduduknya mengizinkan pada Nabi untuk dijadikan sebagai pengkalan, negara kerajaan Islam. Maka Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah. Nabi MENDAHULUKAN maslahah politik daripada maslahah dakwah. Kadang-kadang perkara ini mengelirukan kita.
Masa PAS duduk dalam Pakatan Rakyat dulu, kemudian Majlis Syura Ulama’ buat keputusan kita keluar, ada ahli-ahli PAS yang marah. Mereka kata, kenapa putus dengan Pakatan Rakyat? Bukan kita boleh dakwah DAP, dakwah PKR. Keputusan Majlis Syura Ulama’ kerana melihat maslahah politik lebih penting dari maslahah dakwah. Kalau PAS terus berada dalam PR, ya, kita boleh dakwah, boleh jumpa Lim Kit Siang tiap-tiap hari. Tetapi, dari segi politik, PAS rugi berada dalam PR. Politik yang dimaksudkan di sini adalah POLITIK ISLAM.
Tadi saya telah sebut, DAP letak syarat, kalau nak bersama PR, maka jangan bercakap soal negara Islam dan lain-lain. Maka di situlah kita lihat MSU buat keputusan bahawa PAS tidak ada hubungan dengan DAP, tidak ada hubungan dengan PKR. Kita sekarang mempunyai gagasan kita sendiri. Dan di sinilah penting program-program Tarbiyah, Usrah, Liqa’ Fikri dan lain-lain lagi untuk kita menguatkan iman, mengukuhkan Fikrah kita.
Betapa pentingnya agenda POLITIK kepada umat Islam yang hari ini sebahagian besar umat Islam menganggap agenda POLITIK ini adalah perkara sampingan. Buat pun takpe, tak buat pun takpe, ikutlah siapa nak memerintah. Ini sangat bahaya.
Termasuklah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang dipandang tinggi oleh masyarakat kerana pegangan agama. Dia mengajar feqah, dia mengajar muamalat, dia mengajar apa sahaja, beri ilmu pada masyarakat, itu bagus, baik. Tetapi kita kena ajar kepada umat Islam betapa pentingnya agenda Politik.
100 Tahun umat Islam berada di zaman gelap ini, kerana apa? Kerana umat Islam menganggap agenda politik ini agenda sampingan menyebabkan musuh-musuh Islam menguasai dunia sehingga Palestin dirampas. Sampai hari ini negara-negara umat Islam menganggap bahawa agenda politik ini perkara sampingan, di sisi mereka politiknya mereka boleh guna kuasa. Negara Arab Saudi dimarah, mereka tak kira, Palestin duduk di tangan Yahudi sampai bila-bila pun, yang penting mereka boleh guna kuasa.
Maka di sini kita perlu, yang pertamanya ialah sentiasa memberikan kefahaman, memberikan nasihat kepada masyarakat supaya mereka mengutamakan agenda politik ini demi untuk memastikan Islam berkuasa. Dan sesama kita pun kita mestilah beringat, kadang-kadang kita pun terbabas jugak. Memang dah kadang-kadang kita mempunyai banyak tanggungjawab, banyak kewajipan. Pada keluarga ada kewajipan, pada tubuh badan ada kewajipan, dan kewajipan-kewajipan yang lain. Dalam perjuangan kita PAS ini kewajipan kita. Jadi kita nak pastikan semuanya ini dilaksanakan, ini memerlukan kepada kebijaksanaan kita mengurus.
Tetapi kita kena ingat agenda politik dalam Islam adalah agenda yang sangat mulia. Bila musuh-musuh Islam melihat gerakan Islam makin hari makin ke hadapan, mereka buat macam-macam perancangan.
Saya baca dalam laporan Rand Corporation (RC). Rand Corporation ini adalah satu institut yang ditubuhkan pada tahun 1948 di Amerika Syarikat. Institut ini laporannya diguna pakai laporannya oleh tentera udara Amerika Syarikat. Kemudian laporan ini akhirnya dikembang dan diguna kementerian pertahanan dan kementerian luar USA untuk merangka polisi-polisi.
Dalam beberapa tahun ini, laporan RC menyebut  bahawa USA mesti memberi perhatian kepada gerakan-gerakan Islam. Maksudnya adalah gerakan politik.
Antara strategi yang di atur adalah menyokong, membantu mengembangkan individu dan kumpulan-kumpulan Islam yang tidak terlibat dengan politik. Kalau perlu beri dana, beri dana. Ini kita perlu beri perhatian. Minta maaf la kita sebut. Ini sebagai satu peringatan kepada kita.
Di sana terdapat individu, terdapat kumpulan-kumpulan yang mana mereka dapat dana, dapat duit untuk buat program ilmu sebagai contoh. Untuk buat program berzikir sebagai contoh. Supaya mereka lupa kepada agenda politik. Semua program-program ini bagus, baik, tetapi bila orang islam pergi, lalai lalu akhirnya mereka rasa syok, “owh, best duk dalam majlis ilmu. Dapat tambah ilmu”. Betul, bagus, baik. “owh, best duduk dalam majlis yang mendekatkan diri kepada Allah, sentiasa bertasbih, bertahmid. Kalu duk cara pasal politik ni payah, dok suka pada orang, benci pada orang”. Lalu akhirnya mereka makin hari makin jauh dari agenda politik dalam diri mereka. Ini kita kena beri perhatian.
Sebab itulah PAS  sentiasa beri peringatan bahawa agenda politik ini adalah agenda yang sangat penting yang mesti diberikan perhatian oleh umat Islam. Dan kita selalu sebut dalam kuliah kita, dalam ceramah kita, dalam forum kita supaya orang Islam ini sentiasa ingat dan di tanam dalam hati dia penting agenda politik yang mesti dilakukan oleh mereka, yang mesti diteruskan oleh mereka, yang mesti ditanam dalam diri mereka.
Jadi walaupun bermacam-macam ujian dan cabaran sebagaimana saya sebutkan tadi, perkembangannya makin hari kebangkitan Islam dari segi politik ini makin memuncak, makin berkembang. Ini yang membimbangkan musuh Islam.
Tapi yang penting adalah kita Istiqomah.Tadi saya sebut dalam perjuangan kita ini, kita tak tahu bila menang, dan kita tak tahu macam mana. Tadi pun ada sebut, ada orang tak faham PAS ni nak pergi ke mana kerana zaman kita sekarang ini dah zaman bertahan. Bila kita menang dan macam mana kita menang, itu kita tak tahu. Tapi kita yakin janji Allah dan janji Nabi SAW. Nabi pernah sebut dalam satu hadis bahawa Islam ini akan menang balik. Selepas daripada zaman Mulkan Jabariyya, akan kembali kepada khilafah. Ini Nabi sebut. Dan ini janji Nabi dan ini yang kita kena yakini.
Sekarang ini kita kenalah jaga diri kita duduk dalam Jemaah Islam, Istiqomah dengannya kerana zaman sekarang ni adalah zaman bertahan bertembung dengan kebatilan-kebatilan yang ada.
Wallahualam
Jawapan dari *Ustaz Khalil Abdul Hadi*

40 kerusi, biar betul PAS!!


Kata Hadi Awang, sekiranya Pas berjaya mendapat 40 kerusi dalam pilihanraya akan datang, parti itu akan menjadi tempat pergantungan kepada parti-parti
lain yang ingin menubuhkan kerajaan.

“Jika Pas boleh mendapat 40 kerusi Parlimen, parti lain yang tak boleh nak tubuh kerajaan akan bergantung kepada 40 kerusi ini.

“Walau pun parti lain ada 100 kerusi atau 80 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan kena ada minima 112 kerusi.

“Jika PAS ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak tubuh kerajaan. 

“Dengan 40 kerusi ini kita (PAS) ada pengaruh dan boleh minta macam-macam,” kata Presiden Pas itu seperti dilapor Harakah.

Dengan kenyataan di atas, apa yang nyata ialah ia menyerlahkan betapa besarnya nafsu politik Pas sekarang ini.

Pertama, dia mahu menang 40 kerusi dan kemudian boleh memilih kerajaan mana-mana yang dikehendakinya untuk memerintah negara ini.

Sebenarnya itu cuma kata-kata politik Hadi saja. Apa pun keadaannya pilihan Hadi tetap Najib, UMNO dan BN. 

Kalau PH kekurangan kerusi untuk menubuhkan kerajaan, Pas tidak mungkin akan mencukupkannya. Sebaliknya jika BN yang tidak cukup kerusi, Pas pasti dengan
senang hati menawarkan kerusi-kerusinya.

Katalah PH nanti ada 100 kerusi dan BN cuma ada 80 kerusi, pilihan Pas tetap BN.

Tak usahlah Hadi berdrama lagi tentang pilihannya kerana sikap beliau terhadap Tun Mahathir, Bersatu, DAP, Amanah yang merupakan anggota PH bukanlah rahsia
lagi.

Begitu juga sikap dan pendiriannya terhadap Najib, UMNO dan BN bukanlah rahsia untuk difahami oleh sesiapa pun jua.

Segala-galanya sudah terang lagi bersuluh ibaratnya.

Jadi, tidak guna memberi waima satu kerusi pun kepada Pas sebenarnya. Mereka adalah talian hayat kepada Najib, UMNO dan BN semata-mata.

Bertanding sendirian dan membiarkan berlakunya pertandingan tiga penjuru untuk menyelamatkan Najib, UMNO serta BN dan sekiranya menang pun, itulah juga
tujuan Pas dan Hadi.

Biarkan Pas kali ini, kalau boleh tidak mendapat walau kerusi pun dan jadikan nasib mereka bersama-sama dengan UMNO dan BN untuk meratapi kekalahan.

Yang kedua, kata Hadi juga, dengan adanya 40 kerusi itu mereka boleh minta macam-macam daripada pihak yang ingin bekerjasama dengan mereka.

Itukah sikap dan perangai parti yang memperjuangkan Islam - tujuannya hanya nak minta macam-macam?

Sekali lagi, ini adalah petunjuk bahawa kita tidak harus memberi walau satu kerusi kemenangan kepada Pas kerana jika menang, tujuannya hanya nak minta
macam-macam, sudah tentunya semuanya untuk kelompok dan diri sendiri, bukan demi rakyat dan perjuangan Islam.

TV3suku dah jadi macam "dajjal" setiap malam


Serangan bertali arus UMNO melalui media paling haprak dan paling berat sebelah dalam dunia TV3suku terhadap Mahathir dan Pakatan Harapan memang sudah diduga. PRU14 dah makin dekat la tu. Memang Najib masih kurang yakin untuk menang PRU14.

Dah jadi macam "dajjal kecik" aku tengok TV3suku sekarang. Macam-macam taktik dibuatnya.

Naik mual tengok PAS diberi peluang emas untuk menghentam Pakatan Harapan. PAS pula macam seronok dapat masuk TV setiap malam. Macam beruk dapat bunga. Kalau dulu ketika bersama PR, jangan harap dapat masuk TV.

Kemudian suhu tekanan dan cacian terhadap Mahathir dipertingkat. Sejarah lama pertembungan antara PKR dan Mahathir digali balik, apa tujuaannya? Satu matlamat, biar penyokong akar umbi PKR marah dengan Mahathir dan PH.

Lalu dari satu slot, Najib diangkat-angkat, dipuji-puji melambung. Macam dewa yang bersih dari melakukan dosa. 

1MDB disimpan rapi, tapi rakyat tak lupa. 

FELDA, sorok la macam mana pun. Isa Samad dah conteng muka Najib. Tak kan selaku PM, Najib yang ada kuasa tak tahu menahu tentang Isa Samad?

Malah GST, sampai mati tak ramai yang sokong.

Kalau tak percaya, buka berita TV3suku malam ni.

Perkara pertama yang PH perlu buat jika menang PRU14. Kaji semula 'free air' TV3suku. Buka lebih banyak TV yang seimbang.

TEORI RAHMAN - NAJIB PM UMNO TERAKHIR






TEORI 'RAHMAN', NAJIB PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR ? 

Jika kita masih ingat pada teori 'RAHMAN' dimana kepimpinan negara adalah dari tokoh-tokoh yang nama mereka bermula dari huruf-huruf berkenaan. Saya tidak ingat dan tidak pasti siapakah pencetus teori berkenan, bagaimanapun ianya telah menepati ramalan. 

Bermula dengan Tunku Abdul Rahman, kepada Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Dato' Seri Mohd Najib. Semuanya menepati. Walaupun terdapat sedikit keadaan yang mungkin mengubah tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri suatu masa tak lama dulu, namun ianya tidak banyak memberi perbezaan. 

Yang saya maksudkan adalah diantara Tun Abdullah dan Datuk Seri Anwar. Apapun seperti yang saya kata walau siaapapun diantara mereka masih tetap bermula dengan huruf 'A' - Abdullah dan Anwar. Mujurlah sejarah telah mencatatkan bahawa 'A' berkenaan adalah Abdullah, andai kata 'A' itu adalah Anwar, kita tidak pasti bahawa Najib akan ditabal sebagai Perdana Menteri. Maka telah lengkaplah teori 'RAHMAN'. 

Soalnya sekarang, siapakah selepas Dato' Seri Mohd Najib? Saya tidak mendengar tentang adanya sebarang teori lain. Namun yang pasti kita semua sebenarnya dalam kebimbangan. Bimbang apakah kita masih dapat mengekalkan kuasa ditangan kita atau kita akan kehilangannya buat selama-lamanya dan kita jadi seperti 'Temasik'. 

Dato' Seri Mohd Najib sedang menghadapi kemelut yang sangat sukar untuk dihadapi. Tidak ada Perdana Menteri menghadapi keadaan sepertinya sebelum ini. Beliau bukan hanya menghadapi musuh dari kaum lain yang punya agenda menguasai bumi kita, tetapi beliau juga sedang ditentang oleh bangsanya sendiri.

 Pilihan Raya ke 14 adalah pilihan raya yang akan menentukan martabat bangsa kita di bumi sendiri. Dalam keadaan suara bangsa Melayu berpecah belah kepada beberapa kumpulan berserta dengan kurangnya minat anak-anak muda menjadi pemilih, kita tidak pasti sejauh mana Dato' Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO dapat mencapai hasrat itu. 

Jika kita memandang kehadapan, menolak perbezaan fahaman dalam parti sudah tentu kita akan bersama-sama berada didalam saf perjuangan ini bagi membantu beliau untuk masa depan anak cucu kita. Kerana pada teori 'RAHMAN', Dato' Seri Mohd Najib adalah Perdana Menteri yang terakhir.

CALUN PM - PAS TEPERANGKAP?



Siapa calon perdana menteri PAS? 

Selepas lebih seminggu diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertanya tentang calon perdana menteri PAS.

 Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu juga mempersoalkan pendirian PAS sama ada menyokong beliau sebagai calon perdana menteri atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

 “Kita nak tahu PAS ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia? Calon Najib ke, calon saya ke, itu kita nak tahu,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini. 

 Menurut Dr Mahathir, persoalan ini penting kerana dengan mengetahui calon perdana menteri pilihan PAS akan dapat menggambarkan sama ada parti itu boleh menang dan sama ada calon mereka akan mendapat sokongan dalam pilihan raya umum (PRU). 

 “Kalau dia (PAS) bagitahu siapa calon dia, kita boleh tahu dia boleh menang kalau kita tahu siapa orang suka calon dia,” katanya. 

 Dr Mahathir turut mendakwa terdapat anggota Umno yang tidak setuju Najib memimpin parti itu. 

 “Dengar-dengar orang Umno tak senang dengan Najib, dia kata Najib ni penyangak. 

“Macam mana nak jadikan penyangak sebagai perdana menteri?” katanya tanpa menyebut anggota Umno nama tertentu. 

 Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta wartawan mengulas berkenaan kerjasama sulit antara PAS-Umno. 

 Ahad lalu Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk Abdul Kadir Jasin melalui satu tulisan di blognya mendakwa terdapat khabar angin Najib 'menyerahkan' Kelantan kepada PAS sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya Umno-PAS. 

 Menurut Abdul Kadir, keputusan itu dibuat secara bersendirian dan telah menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin Umno Kelantan yang lain, termasuk Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed . 

 Sementara itu, dalam satu program melibatkan golongan pendidik negeri Kelantan pada 7 Januari lalu, pengetua dan guru besar diminta menyatakan sokongan kepada BN di hadapan Mustapa, 

 PAS mengecam penganjur program itu sebagai "pembodek Umno" dan menyelar Umno Kelantan sebagai "hilang kewarasan."

PAS TERUS ISTIQAMAH UTK MENANG PRU 14


PAS akan bertanding tidak kurang daripada 130 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) melalui gabungan Gagasan Sejahtera.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki ( gambar ) berkata PAS turut memberikan ruang kepada parti-parti dalam gabungan itu serta NGO dan tokoh masyarakat untuk bertanding dengan bantuan jentera parti Islam itu.
“PAS tanding tak kurang 130 kerusi selebihnya akan diisi dalam komponen Gagasan Sejahtera, NGO-NGO dan tokoh-tokoh bersedia bersama Gagasan Sejahtera.
“Jadi kita akan ada pembahagian kerusi dalam Gagasan Sejahtera, bermaksud PAS akan bertanding sejumlah kerusi dan akan ada jumlah kerusi yang ditandingi oleh parti-parti ini dan juga akan ada kerusi yang NGO, orang perseorangan akan bertanding atas nama Gagasan Sejahtera.
“Jentera PAS akan bantu (mereka). Kita tahu individu perseorangan ada nama besar tapi tak ada jentera, jadi kita akan bantu. PAS kita mempunyai 95 kawasan, parlimen kita ada jentera sehingga peringkat akar umbi,” katanya.
Jumlah keseluruhan belum diputuskan
Anggota Jawatankuasa PAS itu turut menambah, jumlah keseluruhan kerusi di bawah gabungan Gagasan Sejahtera belum dapat diputuskan.
Zuhdi berkata demikian kepada pemberita selepas kuliah duha disampaikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, hari ini.
Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Ikatan Sejahtera yang dikatakan mempunyai kekuatan 200 NGO.
Zuhdi turut berkata PCM dan IKATAN akan menggunakan logo mereka sendiri manakala NGO dan calon tokoh masyarakat itu mungkin akan menggunakan logo bebas.
“Kalau PAS, guna logo PAS, parti lain guna logo masing-masing. NGO dan perseorangan akan berlaku perbincangan. Mereka mungkin guna bebas tapi kita bantu kempen bersama,” katanya.
Sebelum ini Abdul Hadi menjangkakan tiada satu pun parti yang dapat membentuk kerajaan selepas PRU14 dan sekiranya PAS menang 40 kerusi parti itu akan menjadi tempat bergantung parti lain yang mahu menubuhkan kerajaan.
Senarai calon 90 peratus selesai
Pada PRU 2013, PAS bertanding 65 kerusi parlimen dan menang 21 daripadanya, manakala enam kerusi kini dipegang oleh anggota parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH).
Zuhdi ketika ditanya mengenai tahap persediaan PAS berkata, pihaknya kini sudah di peringkat terakhir menyenaraikan calon.
“Calon kita dah di peringkat akhir. Boleh dikatakan 90 peratus (senarai calon) dah siap.
"Dari segi calon muda sebagaimana yang telah diumumkan, kita cuba tampilkan 40 peratus calon muda termasuk wanita muda dan pemuda," katanya menambah PAS menekankan faktor boleh menang dan menyampaikan khidmat kepada rakyat.
Selain itu katanya dari segi manifesto pula mereka akan mengemukakan kepada rakyat secara tiga peringkat supaya ‘dapat dihadam’ sehingga PRU14.
“Peringkat pertama akan dikemukakan polisi umum, kita akan kemukakan dan lancar sebelum akhir Januari.
"Kita ada manifesto peringkat kedua iaitu tawaran khusus kepada sasaran dan ketiga tawaran berimpak tinggi yang akan dikemukakan oleh PAS.
“Kita akan kemukakan berperingkat supaya rakyat hadam dengan manifesto kita,” katanya.

Betulkan Niat Perjuangan


IKHLAS (niat yang betul dan tulus kerana Allah swt) adalah rahsia antara seorang pejuang dengan tuhannya. Ia juga adalah sumber utama untuk mendapatkan nusrah (pertolongan dan kemenangan) daripada Allah swt.
Niat perjuangan yang betul merupakan akhlak pejuang. Malah ia berfungsi sebagai anti virus. Membunuh virus yang terhasil dari sifat mazmuumah (negatif) seperti:
Riya’ (berjuang untuk diperlihatkan kepada awam bahawa ia rajin, berani dll)
Ujub (bangga diri dan rasa hebat kerana banyak menyumbang dan berkorban untuk jamaah)
Hubbu Riyaasah (kemaruk jawatan atau kedudukan sehingga mendorong lobi-melobi, politik cantas, fitnah dll)
Tanpa ikhlas atau niat yang betul dalam perjuangan ini, biarpun hebat pengaruh, publisiti yang berjaya dicapai, ia akan memulangkan mudharat besar kepada diri dan jamaah. Paling minima, hilang keberkatan dan kelazatan berjuang, selanjutnya ia mengheret jamaah dalam konflik dalaman dan kemuncaknya ialah Allah swt membatalkan jadual kemenangan.
Ikhlas (niat perjuangan yang betul):
• Nawaitu yang jelas.
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى الله و رسوله فهجرته إلى الله و رسوله و من كانت هجرته لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Dari Umar Al Khattab Rha : Aku telah mendengar Rasulullah saw berkata:
Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya ganjaran bagi setiap orang, bergantung kepada apa niatnya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya saw, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
• Tidak bermain alasan.
Firman Allah swt:
لَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَن يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ
Orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ
Sesungguhnya mereka yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan orang yang hati mereka (sangat) ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. (Surah At Taubah: Ayat 44 – 45)
• Bersedia menerima arahan
عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ الطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ أَوْ كَرِهَ إِلَّا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ
Dari Abdullah ibnu Umar Rhma bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
Satu kewajipan atas seorang muslim mentaati (pemimpin) dalam perkara yang ia suka atau benci kecuali apabila ia diperintah melakukan maksiat. Maka apabila diperintah melakukan maksiat, maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat Ibnu Majah)
Niat perjuangan yang betul ialah apabila kita berjuang hanya kerana Allah swt. Demi mencari keredhaan Allah swt dan menegakkan Syariat Allah swt di bumi bertuah ini. Bukan kerana nama, pengaruh, jawatan dan projek.
Hadis Rasulullah saw dari Abi Musa Al Asya’ri Rha:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّه
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw maka ia berkata : Seseorang berjuang untuk mendapatkan ghanimah, seseorang yang lain agar menjadi terkenal dan seseorang yang lain lagi untuk dilihat kedudukannya, maka siapakah yang benar-benar berjuang dijalan Allah swt ? Maka Nabi saw bersabda: "Siapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah, maka dialah yang disebut fii sabilillah". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Mencetak Pejuang Sufi & Haraki
Nasrudin Hassan

Hot!! : Bekas pimpinan Pemuda Umno seru warga Felda undi PH


Bekas pimpinan Pemuda Umno seru warga Felda undi PH
Warga Felda yang sebelum ini dikenali banyak memberi kemenangan kepada Umno-BN diseru supaya bangkit melakukan perubahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Bekas pimpinan Umno di Parlimen Tampin selama 18 tahun, Azman Abdullah (gambar) berkata, perubahan tersebut penting bagi mengelak rakyat menanggung lebih banyak masalah berkaitan kenaikan melambung kos sara hidup.
Menurut Ketua Cawangan Bersatu Dun Gemas yang ditubuhkan sejak akhir tahun lalu itu, Umno yang pada masa ini dikepalai Datuk Seri Mohad Najib Razak sudah tidak relevan lagi kepada rakyat.
“Di Jelai, ini kubu Umno. 70 peratus pengundinya daripada Umno. Mohon makcik-pakcik, pimpinan Umno bahawa kita perlu membuat suatu perubahan kerana parti Umno tidak relevan lagi untuk memperjuangkan rakyat.
“Jika kasih dan sayangkan Umno, maka kita perlu mengundi Pakatan Harapan pada PRU-14 ini. Percayalah, kalau kita masih mengundi BN masa akan datang, 6 peratus (kadar cukai GST) akan meningkat.
“(Kerajaan) sudah tiada sumber lagi maka (pendapatan) diambil daripada rakyat sendiri melalui kenaikan GST,” jelasnya dalam ceramah umum anjuran AMANAH Tampin di Felda Jelai 4, Gemas, semalam.
Untuk rekod, Felda Jelai di Gemas terletak dalam Parlimen Tampin yang kemudiannya baru-baru ini diagih kepada AMANAH untuk ditandingi pada PRU-14 selain Jelebu.
Sementara itu, PPBM diperuntukkan kerusi Kuala Pilah dan Jempol manakala PKR mendapat Parlimen Teluk Kemang dan Rembau. Dua kawasan lagi iaitu Seremban dan Rasah akan ditandingi DAP.
Pada PRU-13, Tampin dimenangi BN apabila menewaskan Pas dengan majoriti 11,162 undi selain turut menawan Jelebu dengan majoriti 7,101 undi.
Azman, 45, turut menyifatkan Najib hanya menggunakan Umno untuk menyelamatkan kedudukan diri sendiri dengan mengimbas reaksi penolakan Umno akar umbi terhadap suami Datin Seri Rosmah Mansor itu sejak tiga tahun lalu.
“Dulu kita masuk Umno untuk memperjuangkan Melayu. Ketika Pemuda Umno Bahagian Tampin dulu memperjuangkan kepentingan rakyat, GST pula dilaksanakan pada 2015 selain timbulnya pelbagai kes Najib.
“Maka pada persidangan Umno 2015, akar umbi mengusulkan Najib bertanggungjawab dengan mengundur diri sebagai perdana menteri pada waktu itu.
“Pada 2016 pula, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tampin telah berucap di depan Presiden sendiri yang bercakap tentang kesusahan peneroka Felda,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada perubahan yang sewajarnya berlaku sebaliknya harga pasaran getah terus menjunam.
“Kos hidup makin naik. Sudah tidak boleh buat apa. Lubang terlalu banyak. Tiada apa boleh mahu ditimbus lagi,” tambah bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Ulu Ladang itu lagi.

Kontroversi Pindah Hak Milik Tanah Felda Tanpa Kos Terbongkar?




Kontroversi Pindah Hak Milik Tanah Felda Tanpa Kos Terbongkar? Seorang peguam hartanah sukar mempercayai perpindahan hak milik tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi tukar hak milik mencurigakan baru-baru ini, tidak melibatkan sebarang kos.


Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkhukhairi Abd Sukor menyifatkan perkembangan itu sebagai “mustahil” dilakukan.


Kontroversi Pindah Hak Milik Tanah Felda Tanpa Kos Terbongkar? “Sepanjang saya beramal sebagai peguam hartanah selama lebih 16 tahun, saya tidak pernah jumpa lagi sesuatu urusan pindah milik itu tidak akan melibatkan sebarang kos.


“Berdasarkan undang-undang tanah, mendapat kembali geran tanah yang telah dipindah milik kepada pihak lain tidak akan membawa apa-apa erti, sehinggalah tanah tersebut didaftarkan pindah milik kembali (retransfer) daripada nama pihak tersebut kepada nama pihak kita di dalam suratan hakmilik (geran) tanah.


“Sekiranya ia melibatkan proses pindah milik semula (retransfer) sudah pasti ianya akan melibatkan kos.


Beliau menjelaskan antara kos-kos yang terlibat termasuklah yuran guaman, kos duti setem pindahmilik, kos pendaftaran pindah milik dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT).


“Melainkan kita sendiri yang uruskan urusan retransfer tersebut tanpa melantik peguam, atau kita dapat ‘pengecualian khas’ duti setem pindah milik daripada LHDN atau kita di ‘waive’ kan daripada dikenakan yuran pendaftaran pindah milik di pejabat tanah, atau atas apa-apa sebab dikecualikan daripada dikenakan bayaran CKHT tersebut.


Kontroversi Pindah Hak Milik Tanah Felda Tanpa Kos Terbongkar?


“Yang itu saya tak pasti boleh dapat ke tidak,” katanya.


Menurut Salkhukhairi, kebiasaannya dari segi amalan guaman hartanah, penerima pindah milik yang perlu menanggung sebahagian besar daripada kos retransfer tersebut manakala pemberi pindah milik perlu menanggung bayar CKHT sekiranya pindah milik semula tanah itu kurang daripada 5 tahun daripada tarikh tanah tersebut diterima sebelum ini.


“Rasanya elok Bahagian Undang-undang Felda dapat jelaskannya kepada masyarakat dan kepada kami pengamal undang-undang hartanah ini supaya ianya tidak menimbulkan pelbagai kekeliruan dan salah faham,” katanya.


Dua hari lalu, Felda dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) menandatangani perjanjian persefahaman untuk mengembalikan hak milik semua 16 lot tanah di Jalan Semarak. Perpindahan tanah yang dilakukan dalam 4 transaksi jual beli pada Disember 2015 dan November 2016 diserahkan semula kepada Felda tanpa sebarang kos.


Sementara itu, seorang lagi peguam hartanah, Datuk Nazri Mustafa berkata kedua-dua pihak terlibat kena bersetuju untuk memulangkan semula tanah itu.


Presiden HartaGuam itu juga berkata pindah milik yang biasa memerlukan duti setem “ad valorem” atau menurut kadar yang ditetapkan ke atas nilai pasaran semasa tanah tersebut, dan cukai tanah dan cukai taksiran terkini hendaklah dibayar terlebih dahulu.


Kontroversi Pindah Hak Milik Tanah Felda Tanpa Kos Terbongkar?


“Proses di atas menelan kos yang banyak kerana harga tanah Felda adalah tinggi,” katanya lagi.


Sebelum ini, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad mendedahkan balasan dijanjikan kepada SPSB untuk menyerahkan hak milik tanah tanpa sebarang kos.


“Tidak logik untuk syarikat tersebut menyerahkan semula tanah tersebut tanpa sebarang balasan. Untuk apa mereka perlu menanggung kerugian sebanyak RM270 juta,” kata Pengerusi Mazlan Aliman.


Dalam kenyataan sebelum ini, HartaGuam berkata memberi surat wakil kuasa penuh kepada pemaju samalah umpama menyerahkan sepenuhnya projek dan tanah tersebut kepada pemaju tanpa campur tangan daripada pemilik tanah.


Kontroversi Pindah Hak Milik Tanah Felda Tanpa Kos Terbongkar? “Dari segi perundangan hartanah, ianya suatu transaksi yang berisiko kerana boleh mendedahkan kepada penyalahgunaan kuasa oleh pemaju termasuklah kemungkinan tanah tersebut dipindahmilikkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan Felda sendiri.” - free malaysia today

Tuesday, January 16, 2018

Pengurusan FELDA main silat mata



 FELDA  dikatakan bakal kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta,
.Memang FELDA sudah tidak ada  kena mengena lagi dengan tanah tersebut,kerana telah di tukar  hak milik kepada pihak pemaju dengan projek bangunan 68 tingkat tujuh menara
Walaupun dikatakan tanah milik FELDA itu ditukar menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015 lagi,
Akan tetapi, pada penulis, Pertukaran itu memang sah dan tidak meragukan, kerana dilakukan menerusi kaedah yang dibenarkan Akta tanah Negara.Ia dilakukan mengikut prosedunya.
Mana mana pihak yang hendak memajukan tanah milik mereka, hatta kerajaan sekalipun.Syarat utama kena tukar hak milik dahulu baru boleh dimajukan.

Atas sebab itulah Kerajaaan Malaysia telah kehilangan tanah Negara sebanyak 60 paeratus demi pembangunan citarasa perdana menteri dan kroni kroninya.

Untuk tujuan pembangunan pihak kerajaan kena tukar Status tanah hak milik kerajaan kepada  hak milik pihak pemaju, miskpun hak asasi bangsa  Melayu hilang dan tersingkir
  
Pihak FELDA yang menukar hak milik tanah itu kepada nama pemaju pasti dengan satu perjanjian peratusan yang akan diperolehi pihak FELDA.

Kalau bangunan 68 tingkat yang sedang dalam pembinaan itu pasti satu menara antara 7 menara akan jadi hak milik FELDA.

Jadi sah FELDA tidak rugi, malah menguntungkan.Apabila RM 200 juta dikatakan hilang hanya mainan silat mata pihak pengurusan FELDA sahaja.

Perkataan FELDA hilang RM 200 juta kerana tukar hak milik tanah tersebut tidak lojik sama sekali, kerana apabila bangunan yang sedang dalam pembinaaan siap nanti  beberapa buah akan jadi milik FELDA.

Tanah berharga RM 200 juta adalah satu pelaburan yang menguntungkan bukan kehilangan sepertimana yang didakwa. 7 menara, menara ikonik Felda, KLVC Tower1A, bangunan 68 tingkat lengkap dengan parkir bawah tanah dan helipad adalah milik FELDA

Dakwaan FELDA kelihangan RM 200 juta satu isu dan proses untuk mengambil RM 2 billion wang  FELDA sepertimana yang dinayatakan jika mahu diambil balik tanah itu FELDA kena bayar RM 2bilion.

Sekarang ini salah seorang ahli lembaga FELDA telah mencadangkan agar tanah itu diambil balik atas alasan FELDA tidak harus kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak itu.

Jika demikian, bagaimana pula dengan  sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai 2016.

Ini adalah permainan kayu tiga dan silat mata pihak pengurusan FELDA agar peneroka dan rakyat jelata tidak tidak prejudis dengan pihka pengurusan FELDA.

 Atau silat mata agar wang RM 2 bilion dapat masuk dalam saku mereka yang rakus dengan jenayah kolar putih yang di lakukan orang orang tertentu.

Ini juga merupakan kaedah mudah untuk mereka yang diamanahkan menjaga harta FELDA dapat mengumpul harta sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Bayangkan FELDA pernah rugi RM 4.3 bilion dek kerakusan hawa nafsu lembaga pengarah dan pihak pengurusan.

Jika hasrat tanah yang sudah bertukar tangan itu hendak diambil balik , maka FELDA akan kehilangan sejumlah RM 2 bilion lagi dan campur dengan Rm 4. 3 billion, jumlah kerugian akan jadi RM 6. 3 bilion..

Pada hal FELDA tidak hilang apa apa pun keatas tanah itu, malah ia akan mendapat pulangan melebihi angka RM 200 juta,atas nama pelaburan Tanah kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang mempunyai 7 menara termasuk menara ikonik Felda, KLVC Tower1A, bangunan 68 tingkat lengkap dengan parkir bawah tanah dan helipad.

Ini harus difahami betul oleh peneroka FELDA. Jangan sepanjang berada sebagai peneroka yang sering kena tipu dengan jenayah lo;ar putih serta pinjaman demi pinjaman diberi untuk menutup mata para peneroka..

Kesian dengan peneroka, kerana sehingga hari ada diantara mereka yang terpaksa tanggung hutang sejumlah RM 46,000.00 setiap seorang.Paling sikit mereka yang kena tanggung sejumlah RM 25, 000.00 setiap seorang dan pernah lunas.

Pendek kata mereka (peneroka) memang tidak pernah dapat  lunas dengan hutang dari Pihak FELDA punca hak milik tanah itu tetap jadi hak milik FELDA buat selama lamanya, hatta kepada generasi kedua ke, ketiga ke dan genarasi keempat ke.

Terbaharu, menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai 2016.

Hal ini bukan suatu yang aneh lagi, kerana ketika Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri ada ura ura university Malaya akan dijual dengan harga RM 10 bilion untuk dimajukan dan university berkenaan akan dipindah ke lokasi baru.

Bukan itu sahaja, sudah melebihi 30 buah GLC dijual, termasuk bangunan milik Mas Air line  dijualnya. malah hospital jantung Negara, lubok emas itu  juga hendak di jual.

Pendek kata sudah banyak harta kerajaaan dijual atas alasan mahu jadikan Malaysia Negara maju setanding dengan Negara maju didunia yang menjadi kebanggaan perdana menteri  

Sehingga kini, Felda tidak membuat pengumuman berhubung pindah milik itu atau transaksi pengambilalihan tanah dengan pemaju utama terbabit.