Monday, April 3, 2017

Ahli Parlimen guna ijazah palsu untuk dapat PhD?


 PARLIMEN l Ong Kian Ming (DAP-Serdang) mendakwa terdapat ahli parlimen yang memiliki kelayakan akademik palsu, termasuk ijazah sarjana dan kedoktoran.

 “Ada YB yang duduk di dalam dewan ini, yang mempunyai ijazah palsu, bukan saja PhD (doktor falsafah) tapi di tahap Master (sarjana) juga," katanya tanpa menamakan ahli parlimen berkenaan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

 Sehubungan itu, pemimpin DAP itu mencabar mereka yang memegang ijazah doktor falsafah membuktikan bahawa kelayakan mereka adalah tulen.

 “(Buktikan) bukan dari ijazah kilang dan ini akan meberi satu impression yang sangat baik kepada semua rakayat Malaysia bahawa kita sebagi ahli parlimen tidak boleh guna ijazah palsu sebagai cara untuk dapat PhD,” katanya.

 Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap (BN-Tawau) bersetuju dengan Ong dan berkata isu itu berkaitan dengan akademik.

 Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti bahawa terdapat individu yang mempunyai kelayakan akademik palsu untuk membuat laporan supaya kementeriannya dan polis boleh mengambil tindakan.

 “Memang saya juga bersetuju dengan komen YB tadi tentang isu berkaitan dengan integriti akademik.

 “Kami tidak setuju pihak tertentu menggunakan gelaran ‘Doktor’ sekiranya tidak dapat PhD.

 “Untuk dapatkan PhD ambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun, sekiranya ada pihak tertentu dapat PhD (dalam) sepuluh bulan, memang kita tahu itu PhD palsu,” katanya.

 Mengulas jawapan itu, Ong mencelah dan berkata, "Saya akan beri bukti." ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Sila Klik di sini

No comments:

Post a Comment