Wednesday, April 12, 2017

RUU355 - Alat & Muslihat Najib Untuk Kekal Kuasa





Tangguh RUU 355 muslihat Najib

Penangguhan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 berkait rapat dengan muslihat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu kekal berkuasa, tegas Rafizi Ramli (PKR-Pandan).

Menurutnya, Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai kuasa untuk membenarkan sebarang usul atau akta serta dibincang, dibahas dan diluluskan.

"Seperti yang selalu saya sebut, saya bimbang dengan muslihat Pekan. Ini soal keikhlasan dan muslihat Yang Amat Berhormat Pekan kerana kita semua tahu dia mahu kekal berkuasa dalam keadaan dia adalah Perdana Menteri yang paling tidak popular dalam sejarah negara kita.


"Muslihatnya mengumpan RUU 355 supaya teralih pandangan kita daripada skandal. Muslihat Pekan itu semakin kelihatan kerana kuasa itu ada pada Pekan," ujarnya pada Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan malam tadi.

Turut disiar secara langsung melalui Facebook Invoke mulai pukul 8.30 malam, Naib Presiden PKR itu berkata, Najib juga sejak dahulu lagi berpeluang untuk melakukan pindaan Akta 355.

"Perkara-perkara menaik taraf Mahkamah Syariah ditolak ke tepi sedangkan ini di bawah bidang kuasa Pekan. Malah sebenarnya kalau Yang Berhormat Pekan betul-betul mahu berkehendakkan kepada memperkasakan syariah, ia boleh bawa 10 tahun lepas.

"Dua tahun lepas dia boleh bawa (usul). Tidak perlu ada satu RUU yang terpaksa melalui lengkung jauh kemudian menarik rakyat dua tahun berturut-turut tapi sekarang lulusnya tidak, bahasnya pun tidak," tegas Rafizi lagi pada sidang Parlimen Khas yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pakatan Harapan berbilang kaum itu.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan mempunyai kuasa penuh bertindak menangguhkan sesi perbahasan usul persendirian Abdul Hadi pada pukul 4 petang, 6 April lalu.

Walhal, Abdul Hadi telah menangguhkan pembentangan usul berkenaan sebanyak dua kali pada sidang Dewan Rakyat sepanjang 2016.

Kali pertama pada 26 Mei iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diikuti 24 November 2016.

Tindakan Umno dan Pas menangguhkan pindaan Akta 355 sekaligus menyebabkan polemik RUU tersebut dibiarkan berlarutan pada ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir. -MD




RUU 355: Bukan hudud, usah jadi polemik politik

Abdullah Sani Abdul Hamid berpandangan RUU 355 bukan hukuman hudud sebenarnya hukuman takzir yang boleh dibincang bagi mencari penyelesaian.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh. Abdullah Sani Abdul Hamid (dua dari kanan) berpandangan RUU 355 bukan hukuman hudud sebenarnya hukuman takzir yang boleh dibincang bagi mencari penyelesaian.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

Usul persendirian yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) bagi tujuan pindaan Akta 355 jelas bukannya hukuman hudud seperti turut disahkan Presiden Pas itu pada sidang Dewan Rakyat, 6 April lalu.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) berkata, isu Rang Undang-undang (RUU) 355 yang disokong Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) sebenarnya boleh dibincangkan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah secara menyeluruh.

"Pembentangan usul (persendirian) Marang menyatakan (RUU 355) ini bukan hudud. Kalau bukan hudud, ini jelas dalam kerangka takzir yang boleh dibincang bagi mencari penyelesaian terbaik dan dibahas demi mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

"Takiyuddin juga kata 100 sebatan, 30 tahun penjara dalam kes sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya. Yang kecil itu apa? Yang besar itu apa?

"Kalau bernikah di luar kariah, mereka boleh dihukum 30 tahun penjara dan denda RM100,000. Ini amat tidak adil termasuk mereka yang tidak berpuasa, tidak solat Jumaat dan memberikan di masjid tanpa tauliah terdedah kepada hukuman 30 tahun penjara," ujarnya.

Sehubungan itu, Abdullah pada Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan malam tadi menyeru supaya hukuman yang dikenakan Mahkamah Syariah diselaraskan selain pentingnya meneliti kembali konsep hukuman.

"Apakah memenjarakan 30 tahun itu boleh mendisiplinkan mereka? Janganlah meletakkan hal ini sebagai polemik politik.

"Ada menangis (Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan) walaupun ini bukan hudud. Jadi, tolonglah jangan menuduh mereka yang tidak bersetuju dengan hukuman 30 tahun penjara dan denda RM100,000 sebagai tidak Islamik," tegasnya lagi.

Sementara itu, Datuk Mohd Ariff Sabri (DAP-Raub) berkata, perkara paling mendesak pada masa ini adalah memperkasakan ekonomi dan politik orang Islam.

Beliau yang menjadi pembahas ketiga juga berkongsikan tangapan majoriti masyarakat Cina terhadap kepimpinan Abdul Hadi yang dilihat tidak konsisten.

"Kita berasa yakin berpegang pada janjinya (Nik Aziz). Bangsa Cina kalau Nik Aziz, mereka percaya. Kalau dari Marang, mereka tak yakin, sentiasa berubah-ubah," tambah Ariff lagi. -MD




RUU 355: Masukkan sekali khidmat masyarakat, saran Khalid

Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) menyarankan supaya hukuman berbentuk khidmat masyarakat dimasukkan dalam pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang).

Menurutnya, pendekatan hukuman bagi jenayah syariah itu lebih menepati matlamat kemanusiaan dan keadilan berbanding cadangan 30 tahun penjara dan RM100,000 denda seperti dibentang Abdul Hadi sebelum ini.

"YB Marang pinda usul ini. Masukkan sekali khidmat masyarakat. Orang yang didapati bersalah buat khidmat masyarakat. Yang tidak solat Jumaat, pergi cuci masjid sebulan. Kata tidak mahu ikut cara Barat.

"Yang ditangkap khalwat bantu anak yatim supaya boleh lihat berapa ramai anak luar nikah juga ditempatkan di rumah anak yatim. Kenapa hadkan hukuman kepada RM100,000 dan 30 tahun penjara?" soalnya pada Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan malam tadi.

Pengarah Komunikasi Amanah itu juga berpendapat kedua-dua hukuman denda dan penjara maksimum itu berkaitan dengan hasrat untuk menjadikan kedudukan Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Majistret.

"RM100,000 denda dan 30 tahun penjara ini datangnya dari mana? Datang dari keinginan untuk samakan kedudukan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Majistret tetapi itu bukan hujah syarie.

"Itu bukan satu hujah yang perlu kita terima kerana taraf mahkamah tidak boleh dilihat dari segi hukuman," tegasnya lagi.

Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan di Invoke Malaysia, Sungai Besi diadakan ekoran usul persendirian Hadi pada 6 April lalu yang tidak membuka ruang kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan untuk berbahas.

Khalid selanjutnya berpendapat jumlah hukuman denda dan penjara itu menggambarkan sistem mahkamah sedia ada seolah-olah mengongkong pemikiran.

"Sedangkan kita mahu menunjukkan Mahkamah Syariah ini lebih baik lebih bermatlamatkan kebajikan dan kasih sayang. Apa salahnya masukkan hukuman khidmat masyarakat sebagai salah satu bentuk hukuman?

"Hanya kita melihat usul Hadi banyak kelompangannya yang perlu dibahas. Saya khuatir kalau RUU 355 memang tidak mahu dibahas kerana tidak mahu nampak kelompangannya.

"Kita bukan membantah (pindaan Akta 355). Amanah menyokog penuh usaha memperkasakan Mahkamah Syariah tetapi persoalannya, dengan ditingkatkan hukuman semata-mata maka Mahkamah Syariah itu diperkasakan?," jelasnya.

Seramai 10 Ahli Parlimen mewakili Amanah, PKR dan DAP menyertai sidang Parlimen Rakyat yang berlangsung mulai pukul 8.30 malam sehingga 11 malam itu dengan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai Speaker.



ULASAN GB

GB ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan khususnya kepada INVOKE dan YB Rafizi Ramli yang dengan kreatifnya telah melakukan satu "mock-up parliament" bagi memberi peluang kepada ahli-ahli parlimen PH yang sendtiasa dinafikan hak mereka untuk bersuara atau berbahas di Dewan Rakyat.

Menyentuh mengenai RUU355, sudah sewajarnya ia perlu dibahaskan seluas-luasnya oleh semua pihak kerana apa yang nyata kini ia seperti seolah-olah menjadi alat dan muslihat Najib untuk mengekalkan kuasanya apa tah lagi undang-undang persendirian Marang itu tidak berani untuk dibahaskan.

PAS menjadi alat UMNO semata-mata bagi mendapatkan sokongan orang Melayu/Islam di samping untuk menjauhkan lagi PAS dengan PH.

Namun apa yang jelas dan nyata pemimpin dan ahli-ahli PAS telah menggunakan isu ini untuk meneruskan agenda kafir-mengkafirnya terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka. Dan itulah yang disukai UMNO tang selama ini sudah dikafirkan PAS terlebih dahulu!

Sedangkan apa yang diutarakan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan harapan adalah sejajar dengan kenyataan Ketua Ulama Sedunia Syeikh Yusof Al-Qaradhawi yang menyatakan, TEGAKKAN KEHIDUPAN ISLAM TERLEBIH DAHULU, BUKAN HUDUD!

HISHAM SEDANG DISEDIAKAN LALUAN, ZAHID MAKIN TERKUIS KE TEPIAN




shahbudindotcom



Perdana Menteri, Najib Razak hari ini mengumumkan perlantikan sepupunya, Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.


Dalam masa yang sama, Hishammuddin akan terus kekal sebagai Menteri Pertahanan.


Kata Najib, perlantikan itu akan membolehkan sepupunya, Hishammuddin itu menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.


Tugas apa yang menanti Hishammuddin di Jabatan Perdana Menteri itu?


Apa kemahiran dan kelayakan khusus Hishammuddin yang membuatkan beliau perlu sangat diberi peranan tambahan di Jabatan Perdana Menteri itu?

Selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri sekarang in sudah pun mempunyai sembilan menteri iaitu Jamil Khir Baharom, Shahidan Kassim, Azalina Othman Said, Abdul Rahman Dahlan, Joseph Kurup, Joseph Entulu, Nancy Shukri, Paul Low dan Wee Ka Siong.


Dengan perlantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khasnya, kepadatan jumlah menteri di Jabatan Perdan Menteri meningkat kepada 10 orang.


Dicampur dengan Najib dan Zahid Hamidi, jumlahnya kini menjadi 12 orang.


Woww...meriahnya sehingga boleh ditubuhkan pasukan bolasepak yang pemainnya semua menteri-menteri belaka!!


Apa pun pertimbangan Najib meletakkan sepupunya dengan peranan baru itu, bursa perbualan politik di seluruh negara jelas melihat ia sebagai persediaan dan laluan untuk beliau diberikan jawatan Perdana Menteri dalam waktu yang terdekat ini.


Hakikatnya, tiada keistimewaan langsung untuk Hishammuddin diberikan peranan tambahan itu, selain untuk memberinya laluan mengambil alih tempat Najib.


Jika lulusan guamannya diambil kira, Jabatan Perdana Menteri sudah pun ada Azalina dengan kelulusan yang sama. Kalau dari segi populariti pula, Hishammuddin hanya di tangga ketiga dalam pemilihan Naib Presiden UMNO yang lalu di belakang Zahid Hamidi dan Shafie Apdal, bahkan undi popular Mukhriz Mahathir di tempat keempat lebih tinggi daripadanya.


Dirasakan cukup yakin bantuan Pas akan membolehkan BN terus berkuasa, Najib dipercayai akan mengundurkan diri selepas PRU 13 untuk meredakan ketegangan yang mungkin terus berpanjangan selepas pilihanraya nanti di mana selepas itu Hishammuddin yang dijadikan Perdana Menteri akan berperanan memastikan abang sepupunya itu dapat bersara dengan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan.


Ia sekaligus mengesahkan bahawa Najib tidak mempercayai, jauh sekali meyakini Zahid Hamidi untuk mengambil alih tempatnya dan dengan perlantilkan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas yang mungkin disertai dengan beberapa tugas penting selepas ini, peranan Timbalan Perdana Menteri akan perlahan-lahan dikuis ke tepi.


Tidak mustahil dalam pilihanraya akan datang pun, Hishammuddin akan diberi lebih peranan berbanding Zahid Hamidi bagi memperlihatkan prestasi awal kemampuannya sebagai calon pangganti.


Nampaknya Zahid kini bakal menjadi seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang perjalanan politiknya terkandas di pertengahan di tengah jalan dengan cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian.

Hisham kini kedua paling berkuasa dalam Umno, BN




MALAYSIAKINI






Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein kini adalah orang kedua paling berkuasa dalam parti dan BN, selepas dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Hishammuddin mungkin bukan timbalan perdana menteri tetapi beliau jelas menjadi orang kedua paling berkuasa dalam kerajaan Umno/BN," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin - yang juga Menteri Pertahanan - telah diberi peranan tambahan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pelantikan Hishammuddin bukan perkembangan baik untuk cita-cita politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, tindakan itu sebagai restu langsung daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga sepupu Hishammuddin.

“Ini sama ada Hishammuddin mahu cabar Zahid untuk kerusi timbalan presiden Umno atau Hishammuddin sendiri bermasalah mempertahankan kerusi naib presiden yang disandangnya,” kata Rafizi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan yang berkuat kuasa serta-merta dan mengekalkan Hishammuddin sebagai menteri pertahanan.

Dalam kenyataan itu, Najib berkata pelantikan itu akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab sedia ada.

Laporan agensi berita nasional Bernama tidak menyebut tugas khusus Hishammuddin.

Pelantikan itu bagaimanapun menjadi beliau sebagai menteri kesepuluh di Jabatan Perdana Menteri.

Rafizi mendakwa, berdasarkan maklumat daripada sumber-sumber Umno, Hishammuddin kini tertinggal di belakang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk merebut kerusi naib presiden.

Berkaitan kedudukan Zahid pula, Rafizi berkata ia bukan petanda yang baik kerana seorang menteri yang mempunyai dua portfolio sering dilihat mendapat restu langsung daripada atas.

Rafizi juga membuat spekulasi bahawa keretakan dan sabotaj dalam Umno boleh berlaku susulan perkembangan terbaru itu.

Portfolio menteri dengan tugas-tugas khas itu pertama kali diketahui selepas pelantikan Tan Sri Tun Ghazali Shafie pada 1970 dalam kabinet Tun Razak Hussein.

Dua tahun kemudian, Ghazali kembali dilantik ke jawatan itu dan sebagai menteri penerangan.

Beliau diberi kepercayaan untuk merangka, merancang dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia Kedua.

Bekas bendahari Umno Daim Zainuddin pula dilantik sebagai menteri tugas-tugas khas pada Jun 1998 ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kemudian membawa kepada pelantikan semula sebagai menteri kewangan.

Mohammad Effendi Norwawi dilantik sebagai menteri tugas-tugas khas pada 2004 bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada tahun sama Effendi juga dilantik sebagai pegawai khas di Kementerian Pengajian Tinggi.

Effendi kembali ke kabinet sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2006 dan dipertanggungjawabkan menyelaras Rancangan Malaysia ke-9.

Beliau sebelum ini menjadi menteri pertanian dan dengan jawatan baru itu beliau bertugas di Jabatan Perdana Menteri.

Monday, April 3, 2017

Antara PAS & AMANAH.. Mana satu pilihan rakyat Kedah??


PAS KEDAH VS AMANAH KEDAH
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Muktamar PAS kali ini bakal berlangsung di Kompleks PAS Kedah. Dalam pada itu gerak kerja PAS Kedah untuk PRU 14 masih lagi slow secara keseluruhannya. Mungkin sibuk fokus muktamar, ataupun mahu bergerak secara sirr, slow and steady koon seperti cara almarhum Ustaz Azizan dulu.
2) Sirr sampai team saya tak dapat detect gerak kerja. Apa pun saya tidak perlu memandang rendah gerak kerja PAS Kedah. Cuma saya dapat mengesan ada dua level fikrah dalam PAS Kedah buat masa ini. Satunya fikrah keras, satu lagi fikrah terbuka.
3) Pertembungan dua fikrah ini dalam PAS menjadi punca PAS Kedah masih slow dalam gerak kerja pilihanraya. Saya ukur gerak kerja pilihanraya melalui kekerapan meeting, kemeriahan bendera dan beberapa faktor fizikal yang lain.
4) Jika anda meninjau beberapa kawasan di Kedah, bendera PPBM kelihatan mendahului parti-parti lain seolah-olah sudah tahu tarikh pilihanraya. Walhal bagi saya, PAS sepatutnya lebih banyak bendera kerana Muktamarnya sudah dangat dekat. Logik Tanaka, mungkin anda tak perlu melatah.
5) Fikrah keras sangat menentang keras PAN, merepek pasal PAN, hentam gerak kerja PAN. Tapi gerak kerja sendiri tak berapa nak jalan. Anak-anak muda kurang berminat dengan golongan ini walaupun mereka sokong PAS. Jika mereka ini terus tidak mahu berubah mendekati anak-anak muda dengan cara lunak (method PAN), mungkin PRU14 ini PAS boleh terus menjadi pembangkang.
6) Manakala golongan PAS yang berfikrah serius, mereka terdiri daripada golongan muda dan profesional, yang mahu gerak kerja jalan tanpa menghiraukan PAN. Walaupun mereka tidak juga suka kepada PAN, mereka mahu PAS buat kerja PAS, biar PAN buat kerja PAN.
7) Pertembungan dua fikrah dalaman PAS pasca perpecahan PAS-PAN dilihat sebagai punca PAS Kedah slow. Perubahan pimpinan di peringkat PAS Kawasan sangat penting untuk gerak kerja pilihanraya. Pimpinan perlu pandang betapa peringkat cawangan sudah menunjukkan signal perubahan kepimpinan, supaya lebih serius, bukan keras.
8 ) Dalam pada itu PAN atau nama baiknya AMANAH sedang giat bekerja menambat hati pengundi Kedah. Hampir setiap hari AMANAH membina kekuatan demi kekuatan. Mereka tidak mahu sekadar menjadi pengacau antara PAS vs BN. Mereka mahu menjadi sandaran PH menang di Kedah.
9) Desas-desus mengatakan  bahawa AMANAH akan meletakkan Anak Ustaz Fadzil Noor dan anak Ustaz Azizan sendiri untuk bertanding di kerusi Parlimen Jerai dan DUN Sg Limau. Malah bekas ahli parlimen Jerai (PAS) sebelum ini juga sudah menyertai AMANAH. Jelas AMANAH serius untuk mengambil alih Jerai daripada Jamil Khir.
10) PAS Jerai? PAS Jerai dan Sg Limau masih dalam keadaan membina semula kekuatan, setelah pemergian dua Ustaz Azizan. Ustaz Azizan MB dan Ustaz Azizan YDP PAS Jerai. Dengan selesainya muktamar PAS Jerai dan pemilihan saf kepimpinan baru, diharap PAS Jerai tidak mandom.
11) Turut berada dalam radar team Dr Tanaka Mustafa mengenai kemelut dalaman PAS Kedah, adalah PAS Pendang, PAS Kuala Kedah, PAS Pokok Sena dan PAS Baling. Kemelut hampir sama menurut maklumat yang saya terima. Kenapa radar dihala kepada PAS Kedah? Sebab muktamar bakal berlangsung di Kedah.
Sekian

Biar Jasa Jadi Kenangan Laksamana Tan Cheng Hoe!


1. Terima kasih coach atas segala jasa & sumbangan besar kpd pasukan negeri Kedah Darul Aman, negeri kelahiran coach sendiri, membawa kembali pasukan negeri kita menjadi lebih disegani & dihormati.
2. Memimpin pasukan Kedah dr tahun 2014 hingga saat ini, berjaya membawa trofi Juara Premier League 2015, Juara Piala Malaysia 2016 & terbaru Juara Piala Sumbangsih 2017. Hanya kekurangan Piala Fa & Juara Liga Super shj utk melengkapkan semua kejuaraan.
3. Namun, itulah skripnya, hampir pasti coach akn berhijrah ke skuad negara sbg pembantu kpd Mario Gamez.
4. Tugas utk negara dituntut. Pengorbanan harus dilakukan. Itu benar dan amat kita sanjung dan perlu diberikan keutamaan.
5. Namun yg membelenggu pemikiran kami seluruh penyokong adalah kewajaran utk melantik coach dlm keadaan kita ditengah dlm prestasi yg terbaik, dlm keadaan liga kini di pertengahan dan Kedah di persada liga, saingan Piala Fa kita juga dlm landasan terbaik utk menjulang piala dan saingan Piala Malaysia juga bakal menjelang dimana kita adalah juara bertahan.
6. Semua kejuaraan utama ini Kedah dlm landasan dan momentum terbaik utk Kedah menyapu bersih kesemuanya.
7. Namun kini, kita direntap dgn berita ini. Kewajaran apakah yg telah digunapakai? Rasional dan fakta secara terang ingin melemahkan perancangan yg telah disusun dan tersusun selama ini utk memastikan kejayaan Kedah sedikit terencat dgn berita ini.
8. Tertanya, mengapa ianya tidak dirancang pd awal musim lg utk membawa coach ke skuad negara sepertimana Mario Gomez?
9. Mengapa juga tidak mampu utk bersabar sehingga habis saingan musim ini?
10. Tiada lagikah jurulatih tempatan lain yg punya kelayakan sehingga menganggu perancangan pasukan Kedah?
11. Ini semua akn memberi persepsi yg amat jelas tidak baik utk penyokong Kedah fikirkan rasional itu.
12. Namun, pengorbanan utk negara harus diberikan keutamaan. Baiklah andai benar, kita terima dan berharap coach kita mampu menggalas tugas dgn baik seterusnya mampu utk menjadi ketua jurulatih negara pula selepas itu.
13. Dgn byk kejayaan dan falsafah bolasepak yg bagus, tempat coach yg paling layak adalah Ketua Jurulatih negara selepas ini.
14. Diharapkan juga ini bukan batu loncatan sementara utk beliau ke sebuah pasukan negeri lain, & mbawa pula pemain dari negeri kita ke pasukan sana musim depan. Manalah tau kan. Sejarah pernah terjadi. Tangan ghaib ada dimana mana. Ya betul kita dlm keadaan profesional,tp tindak tanduk kini amat menyedihkan utk diterima.
15. Apa sekalipun, kami di Ultras Kedah ingin mengucapkan selamat maju jaya pada coach. Semoga coach satu masa nanti akan kembali semula ke bumi kelahiran coach ini utk melunaskan apa yang telah tertinggal utk dibereskan. Yakin coach begitu kesal, namun apa daya, kuasa itu melebihi segalanya.
16. Selamat maju jaya coach. Terima kasih atas segalanya. Biar jasa jadi kenangan!
17. Jurulatih, pemain, pegawai datang dan pergi,kita Ultras Kedah, penyokong setia hijau kuning tetap disini. Sokong sepanjang zaman. Pulun Kedah Pulun. Hat Terbaik di Malaysia.
Ultras Kedah 2009

BUKIT KEPONG HANYA MAINAN POLITIK


KENYATAAN MEDIA

BUKIT KEPONG HANYA MAINAN POLITIK

www.amanah.org.my

Setiap tahun menjelang merdeka saya sering memberi ceramah mengulas hal kemerdekaan tanah air. Saya sering memberi pandangan terutama berkait pejuang-pejuang kemerdekaan yang dianggap oleh kami dari parti pembangkang, tidak diutarakan nama mereka seperti Dato Ahmad Boestaman, Pak Sako, Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dan lain-lain lagi.

Hanya nama Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn sahaja yang sering dikemukakan oleh kerajaan. Saya akui kedua-dua mereka memang bersama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Namun, adalah tidak adil jika kita menyembunyikan nama-nama lain yang juga terlibat secara langsung dalam perjuangan kemerdekaan.

Pada tahun 2011, menjelang merdeka, ucapan saya di Padang Menora disensasikan begitu hebat oleh akhbar Utusan dan TV3. Di Mahkamah Tinggi, kes rayuan pendakwa terhadap tuduhan ke atas saya menghina polis yang terlibat dalam kes Bukit Kepong, dibacakan oleh hakim. Ucapan sebenar saya jika dibandingkan dengan laporan Utusan Malaysia dan TV3, jelas sangat berbeza. Banyak perkara yang saya tidak sebut, seperti Wong Peng Tun menjadi ketua serangan bersama lebih 200 anggota komunis termasuklah Utusan melaporkan saya berkata kononnya ada kanak-kanak dilempar dalam unggun api dalam serangan itu.

Sudah tentulah ianya menimbulkan kemarahran yang di kalangan rakyat Malaysia kususnya bekas tentera dan bekas polis yang berkhidmat sebelum merdeka. Lebih 1000 report dibuat terhadap saya. Ceramah saya dibaling batu oleh pihak tertentu. Pintu pagar rumah saya cuba dibakar dan beberapa orang bekas tentera dan polis hadir ke rumah saya di Pulau Pinang untuk berdemonstrasi. Ancaman fizikal terhadap saya dibuat beberapa kali dan ada aduan yang saya sendiri laporkan kepada pihak polis. Hampir sebulan dalam bulan Ramadhan saya dikecam begitu hebat di semua media-media perdana.

Hasil perbicaraan Mahkamah Tinggi kelmarin, hakim memutuskan rayuan oleh pihak pendakwa ditolak. Tiada berita yang keluar secara besar-besaran seperti mereka sensasikan berita Bukit Kepong dulu. Hanya dilapor oleh laman-laman web dan berita online. Hebahan itu dapat dibaca oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun saya bersyukur, hubungan saya dengan pihak polis masih mesra dan professional. Setiap kali saya bertemu pihak polis untuk menguruskan himpunan aman, atau dipanggil oleh polis selepas satu-satu himpunan, suasananya masih mesra dan professional tak kira mereka berpangkat bawah atau tinggi.

Saya yakin, usaha pihak tertentu untuk mensensasikan dan mempolitikkan kes Bukit Kepong bukanlah semata-mata untuk membela anggota polis tetapi lebih kepada menarik sokongan orang Melayu agar menyokong Umnk pada PRU13 lalu.

Itulah keadaan media di Malaysia. Mereka boleh mensensasikan sesuatu perkara dan sesorang itu boleh menjadi mangsa fitnah yang dibuat. Saya bersyukur di atas pembebasan dari tuduhan ini.

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
1 April 2017

Inilah untungnya jadi anak MP Umno...


   
  Memang tidak masuk akal bila sekumpulan samseng penyokong dari Pasir Salak telah yang bertindak ganas memaki hamun, menyerang dan cuba mencederakan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad di kawasan parlimen tetapi masih mendapat mendapat simpati dan belas ihsan pihak terentu.

  Entah apa yang akan terjadi kepada Khalid Samad sekiranya tidak ada pihak keselamatan yang segera datang membantu memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian tersebut.

 Namun penyerang Khalid Samad hanya didakwa bawah kesalahan kecil yang mana kalau didapati bersalah maka boleh didenda tidak lebih RM100 seorang.

Adakah ini kerana kumpulan penyerang tersebut diketuai oleh anak Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajudin Abd Rahman yang merupakan anggota samseng baju Merah?

 Inilah kelebihan samseng Baju Merah. Mengganas macam mana sekali pun masih boleh terlepas. Kalau ditangkap dan dihukum pun tidaklah setimpal mana dengan makar yang mereka lakukan.

 Betapa seorang siswi, Siti Noor Aishah telah dituduh sebagai pengganas hanya kerana memiliki 12 buah buku yang sehingga kini masih belum diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. 

 Siti Noor Aishah ditahan mengikut Sosma lalu dibicarakan, kemudian telah dibebaskan. Namun ditahan semula di bawah Poca pada hari yang sama. Penahanan ini seperti tidak menghormati keputusan penghakiman.

 Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak berpuas hati dengan peruntukan undang-undang dikenakan terhadap penyokong Pasir Salak yang menyerangnya di parlimen tahun lalu.

 Katanya, lapan individu itu hanya didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100.

 “Mereka dah didakwa pagi tadi, tapi berita buruknya mereka didakwa bawah kesalahan kecil yang mana kalau didapati bersalah maka boleh didenda tidak lebih RM100 seorang.

 Kalian tahu kenapa kepelikan ini boleh berlaku? Menurut Khalid, kes pendakwaan ini dibawa sendiri oleh unit pendakwaan Pejabat Peguam Negara!

 “Kes ini dibawa oleh pejabat peguam negara yang mana pihak peguam negara adalah unit pendakwaan sendiri. Ia merupakan seolah-olah satu penghinaan terhadap bukan sahaja pada ahli parlimen tapi institusi parlimen,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Pada 24 November tahun lalu, Khalid diserbu sekumpulan penyokong dari Pasir Salak, selepas berlaku pertikaman lidah dengan anggota parlimen kawasan itu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman di parlimen. ~ sumber

Ahli Parlimen guna ijazah palsu untuk dapat PhD?


 PARLIMEN l Ong Kian Ming (DAP-Serdang) mendakwa terdapat ahli parlimen yang memiliki kelayakan akademik palsu, termasuk ijazah sarjana dan kedoktoran.

 “Ada YB yang duduk di dalam dewan ini, yang mempunyai ijazah palsu, bukan saja PhD (doktor falsafah) tapi di tahap Master (sarjana) juga," katanya tanpa menamakan ahli parlimen berkenaan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

 Sehubungan itu, pemimpin DAP itu mencabar mereka yang memegang ijazah doktor falsafah membuktikan bahawa kelayakan mereka adalah tulen.

 “(Buktikan) bukan dari ijazah kilang dan ini akan meberi satu impression yang sangat baik kepada semua rakayat Malaysia bahawa kita sebagi ahli parlimen tidak boleh guna ijazah palsu sebagai cara untuk dapat PhD,” katanya.

 Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap (BN-Tawau) bersetuju dengan Ong dan berkata isu itu berkaitan dengan akademik.

 Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti bahawa terdapat individu yang mempunyai kelayakan akademik palsu untuk membuat laporan supaya kementeriannya dan polis boleh mengambil tindakan.

 “Memang saya juga bersetuju dengan komen YB tadi tentang isu berkaitan dengan integriti akademik.

 “Kami tidak setuju pihak tertentu menggunakan gelaran ‘Doktor’ sekiranya tidak dapat PhD.

 “Untuk dapatkan PhD ambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun, sekiranya ada pihak tertentu dapat PhD (dalam) sepuluh bulan, memang kita tahu itu PhD palsu,” katanya.

 Mengulas jawapan itu, Ong mencelah dan berkata, "Saya akan beri bukti." ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Sila Klik di sini

Ha! Ha! Ha!! Terkencing rupanya!



  Tindakan dua kali pihak polis membatalkan debat di antara Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad jelas,membuktikan polis telah diarahkan berbuat demikian oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.

 Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, pembatalan debat itu sesuatu yang melucukan atas alasan polis berkemungkinan berlaku kekecohan antara dua penyokong.

 "Adalah terlalu melucukan apabila pihak polis telah dua kali terpaksa membatalkan debat di antara DatukSeri Nazri dan Tun Dr Mahathir atas alasan bimbang berlakunya kekecohan di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak.

 "Sebenarnya Datuk Seri Najib Razak yang bertanggugjawab mengarahkan debat tersebut dibatalkan kerana beliau terlalu bimbang kesan perdebatan itu akan menelanjangkan semua penglibatan beliau dan kroninya dalam isu 1MDB," ujarnya dalam kenyataan hari ini. Baca lagi di sini

Azmin: Batal debat Mahathir-Nazri bukti PM takut

Pembatalan majlis debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bimbang kemungkinan ia bakal menjejaskan pentadbiran negara diterajuinya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, debat itu akan digunakan Dr Mahathir bagi mendedahkan segala skandal membelenggu pentadbiran Najib termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) maka pembatalan dibuat biarpun dengan alasan tidak munasabah.

 “Saya tidak faham mengapa permit itu dibatalkan kerana alasan diberikan amat tidak munasabah, kononnya ada penduduk membantah sedangkan kawasan itu tidak berdekatan dengan perumahan dan ianya berada di dalam satu bangunan, bukan tempat terbuka.

“Ini sekali lagi membuktikan Perdana Menteri amat takut sekiranya Dr Mahathir membongkar skandal 1MDB dengan bukti lebih kuat dan kukuh,” katanya kepada media di sini, semalam ~ sumber

RUU 355: Kembalikan fungsi jawatankuasa teknikal pelaksanaan syariah


Oleh Jamzuri Ardani


  Kerajaan digesa mengaktifkan kembali peranan jawatankuasa teknikal perlaksanaan syariah di peringkat kebangsaan sebagai langkah berkesan dan berwibawa untuk memperkasakan mahkamah syariah.

Ini ekoran pelbagai masalah dan kontroversi yang dihadapi bagi meminda Akta 355, kata Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani.

Menurutnya, usaha memperkasa mahkamah syariah memerlukan inisiatif baharu yang lebih berwibawa ekoran keputusan BN untuk tidak membentangkan rang undang-undang 355 (RUU 355) yang menyukarkan lagi usaha mendapatkan kelulusan anggota Parlimen.

Beliau menmbah, inisiatif untuk terus mengemukakan usul RUU 355 di Dewan Rakyat tidak lagi mempunyai nilai legislatif apabila BN memutuskan ia kekal sebagai RUU persendirian.

Oleh itu, Jamzuri menyarankan Pas supaya menarik semula usul tersebut bagi memberi laluan terhadap inisiatif baharu yang lebih berwibawa bagi memperkasakan mahkamah syariah.

"Cara yang terbaik buat masa ini adalah untuk pihak kerajaan mengaktifkan semula peranan jawatankuasa teknikal bagi membincang, mencadang dan seterusnya berjumpa dengan semua parti-parti politik supaya pandangan yang komprehensif dan inklusif dapat diambil kira.

"Kemudian pihak Kabinet perlu mengemukan semula cadangan baru ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk mendapat perkenan.

"Setelah mendapat perkenan, barulah RUU 355 dibentang di Parlimen," saran beliau.

Jamzuri yakin semua parti politik akan menyokong pindaan baharu itu sekiranya proses yang betul dan telus dilaksanakan.

Menurut sumber, fungsi jawatankuasa teknikal perlaksanaan syariah peringkat kebangsaan tergantung ekoran tindakan Pas mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta 355.

Tindakan presiden Pas yang juga ahli parlimen Marang itu, menurut sumber tidak mematuhi 'road map' dan keputusan yang dibuat jawatankuasa teknikal perlaksanaan syariah peringkat kebangsaan yang dianggotai wakil pusat dan negeri.~ sumber

Sunday, April 2, 2017

Sekali lagi Dr M menang bergaya, kata Zam



MALAYSIAKINI




Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendapat kemenangan politik 'paling bermaruah dan bergaya' apabila debatnya dengan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dibatalkan.

Bekas menteri penerangan Datuk Zainuddin Maidin berkata demikian bagi mengulas keputusan pihak polis menarik balik kebenaran terhadap program anjuran Sinar Harian di Shah Alam 7 April ini.

"Apapun alasan diberikan, pandangan rakyat pastilah kerajaan tak berkemampuan hadapi Tun Dr Mahathir," kata Zainuddin atau lebih popular dengan panggilan Zam di blognya hari ini.

Menurut Zam, rakyat masih ingat majlis dialog Nothing To Hide berkaitan 1MDB yang tidak dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kira-kira dua tahun lalu.

Akibatnya, kata Zam, penganjur program itu dikutuk.

"Apakah Nazri yang mahu menebus imejnya sebagai "Pondan Padang Rengas" akan menerima nasib yang sama. Beliau telah membuktikan kelakiannya dan tentunya rakyat yang diwakilinya tetap berbangga dengan keberaniannya," sindir Zam.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob, mengumumkan debat berkenaan dibatalkan -kurang 24 jam selepas pihak polis memberikan kebenaran.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff hari ini berkata, keputusan menarik balik kebenaran itu dibuat atas faktor keselamatan, berdasarkan 18 laporan polis diterima pihak berkuasa itu.

Sementara itu, Zam turut mengulas mengenai desakan Utusan Malaysia agar penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik menjadi pengerusi Pakatan Harapan.

Katanya, jelas desakan itu dibuat kerana Umno tidak mahu Mahathir mengetuai gabungan pembangkang.

"Jika Tun Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, dengan kewibawaan dan sejarah politiknya yang hebat akan dengan sendirinya menolak tohmahan Umno bahawa DAP hendak memperalatkan Melayu," kata Zam.

Beliau merujuk kepada tulisan Zulkifli Jalil dalam Mingguan Malaysia hari yang disifatkannya sebagai 'pengulas politik tersohor di abad ini'.

"Inilah sebenarnya kekhuatiran yang tersembunyi di sebalik wajah berani Najib dan ledakan peluru-peluru kapur Umno dari mariam-mariam katak Umno seperti (Datuk Seri) Salleh Said Keruak, (Datuk Seri) Mahdzir Khalid dan keturunan diraja negeri Kedah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim," kata Zam.