Wednesday, March 29, 2017

Rafizi: Panggil Aku Biawak Pun, Apa Aku Ada Kisah?



MP Setiu Ditegur Pandikar Cuba Ganggu Ucapan Rafizi

Sidang Dewan Rakyat digamatkan apabila ungkapan 'jangan jadi seperti biawak' digemakan sewaktu persidangan berlansung pagi tadi.

Ahli Parlimen Setiu, Mohammad Zulkifly Yusof yang ketika itu membahaskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 mengingatkan supaya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya 'jangan sampai dia digelar sebagai biawak'.

"Pandan jangan orang panggil kita biawak esok...tapi saya tidak kata dia biawak.

"Semua benda dia hentam tetapi akhirnya berkata apa yang dicakap itu sekadar gurauan," katanya.


Rafizi kemudiannya menjawabb perkara itu dan berkata, beliau tidak ada masalah untuk wakil rakyat kerajaan menghentamnya.

Namun merasa sedikit ralat apabila platform Dewan tidak digunakan sebaiknya oleh mereka untuk membahaskan perihal rakyat.

"Saya tidak ada masalah untuk dihentam tiap-tiap hari di dalam dan luar dewan.

"Tetapi amatlah merugikan rakyat dari Setiu apabil wakil rakyat mereka masuk ke dalam dewan membahaskan rang undang-undang yang cukup penting bagi rakyat tetapi tidak menggunakan sepenuhnya ruang itu untuk membahaskan tentang rakyat tetapi cuba membodek Pekan dengan menghentam saya.

"Saya tidak ada terkesan langsung. Panggil saya biawak, panggillah saya apa pun, saya buat tugas saya sebagai pembangkang," katanya.

Sewaktu Rafizi berucap mengulas ucapan perbahasan, wakil Setiu itu telah bangun mencelah namun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegurnya supaya duduk.

Kata Pandikar, jangan mengganggu orang lain jika seseorang ahli Parlimen tidak mahu diganggu ketika berhujah dalam perbahasan, seperti menyindir dengan kata-kata pedas.

"Selama lebih kurang 9 tahun, saya cuba untuk mewujudkan satu budaya Parlimen di mana dalam perbahasan mesti kita beretika dan mengikut peraturan mesyuarat.

"Apabila kita berhujah kita tidak mahu diganggu maka kalau kawan lain berhujah jangan kita ganggu.

"Kalau kita tidak mahu umpamanya disindir ataupun ada hujah-hujah yang kita rasa pedas, jangan berhujah menyindir dan nanti kita akan rasa pedas," katanya.

Sekali lagi, Che Mohamad Zulkifly bangun untuk mencelah yang kemudiannya diminta duduk oleh Pandikar.

"Apabila tadi Yang Berhormat sedang berhujah ramai yang sedang berdiri tetapi Yang Berhormat tidak beri laluan.

"Jadi, kalau Pandan (Rafizi) berdiri lepas itu Yang Berhormat ganggu saya beri laluan pula, bermakna saya nampak tidak adil.

"Kalau Yang Berhormat saja duduk di sini nampak tidak adil, tidak mengapa. Tetapi ada di Galeri Awam sana yang tengok," kata Pandikar.

Drama berakhir apabila Mohammad Zulkifly menghabiskan perbahasan beliau.

No comments:

Post a Comment