Tuesday, November 8, 2016

Tak Mampu Nak Lawan Hujah, Noh Serang Peribadi Rafizi



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyifatkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai 'budak nakal yang mahu perhatian', selain layak digelar 'raja penghasut'.



"Macam budak nakal, dia nakal kerana nak dapat perhatian. Kita marah dia, kita pukul dia dan dia rasa kita beri perhatian. Kalau kita biarkan dia, dia tak puas hati selagi kita tak bagi perhatian.

"Rafizi begitulah, dia bercakap (bila) kita buat tak tahu dia rasa tak seronok.

"Jadi dia nak cakap biar orang respon kerana bila dia bercakap itu fitnah. Itulah perangai raja penghasut," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Rafizi yang sering menyerang kerajaan dengan pelbagai isu antaranya Tabung Haji dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Mengulas lanjut Noh yang juga pengerusi Umno Selangor berkata Rafizi hanya mencari populariti untuk menarik perhatian semua pihak kepadanya.

"Kalau nak menghasut ini bukan kira dalam parlimen atau luar parlimen, memang nak cari populariti. Kalau orang tak saman dia, dia rasa tak popular.

"Perangai dia nak popular, buat sesuatu tarik perhatian masyarakat supaya dapat perhatian," katanya.

Noh berkata Rafizi juga boleh diberikan anugerah 'raja penghasut' , malah setiausaha agung PKR itu pernah memberitahu akan melakukan hasutan dalam satu rakaman video.

"Dia boleh diberikan anugerah raja penghasut, raja fitnah. Dalam video dia mengaku mesti menghasut. Jadi kalau dia dah mengaku menghasut maka kita kena lihat hasutan dia dan bawa ke mahkamah, kita dapatkan ia satu fitnah.

"Macam kes NFC dia mulakan isu ini. (Rafizi) nak jadikan NFC ini isu yang besar akhirnya kita saman dia dan dapati dia bersalah dalam kes fitnah," katanya.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Rafizi bersalah kerana memfitnah NFC.

Ia susulan kenyataan Rafizi bahawa syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan harta tanahnya lapor Malaysiakini

No comments:

Post a Comment