Tuesday, November 8, 2016

Berkecuali & Ponteng, PAS Dikecam Kerana Khianati Pengundi


Netizen kecam sikap MP Pas berkecuali Bajet 2017

Tindakan 11 Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, malam tadi dikesali para netizen.

Mereka juga kesal tindakan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang tidak hadir.

Namun begitu, MP Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menolak bajet itu.


Pengguna laman sosial, Tun Razak Samm menasihatkan pihak yang berkecuali dan selalu ponteng Dewan Rakyat supaya menukar status parti kepada badan bukan kerajaan (NGO).

"Lagi pun hang bukannya nak memerintah kan. Nak jadi penasihat je. Boleh elak tiga penjuru," tulisnya.

Beliau turut melampirkan foto yang menunjukkan skrin di hadapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan tertera laman sosial Facebook.

"Bukan berkecuali, tapi tak perasan Parlimen tengah buat undi. Sibuk main pesbuk (Facebook)," ujarnya lagi.

Sementara itu, Samad Hashim menyifatkan sikap berkecuali Pas itu sebagai menyokong pihak kerajaan.

"Untuk memudahkan kemenangan pihak yang disokong. Itu tetap dikira menyokong," tegasnya.

Tarmizi Mat Jam pula menulis, "Gara-gara berkecuali rakyat terus dibuli. Pun gitu masih ada yang syok dengan mereka" manakala Sulaiman Akhlaken menganggap Pas pada masa ini seperti mahu bunuh diri.

"Akal untuk berfikir mana yang lebih baik dan lebih buruk tapi bukan berkecuali. Itu KHIANAT pengundi namanya," tegas Sulaiman lagi.

Malam tadi, Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat apabila disokong 117 ahli parlimen.

Seramai 70 lagi menentang berbanding pada Bajet 2016 apabila 74 Ahli Parlimen Pakatan Harapan menolak manakala 128 dari BN menyokong. -MD


Hadi Awang tidak hadir Parlimen terus jadi polemik

Ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat untuk undian Bajet 2017 malam tadi terus mengundang polemik orang ramai yang dapat dilihat pada lontaran komentar di media sosial Facebook dan kumpulan WhatsApp.

Antaranya, Nazir Mahmud Khan membayangkan kekerapan ayah Abdul Hadi dipanggil pihak sekolah ekoran ponteng.

"Hadi ni kan kalau dia budak sekolah, aku tak tau la berapa kali bapa dia kena panggil pi sekolah pasai ponteng.

"Dah la tu kalau banyak hari ponteng dia akan kena gantung dan lepas tu kalau repeat jugak dia akan kena buang.

"Rasa-rasa belum tamat darjah 1 dia dah kena buang, buat rayuan, masuk semula, kena buang lagi," katanya berbaur sinis.

Bahkan, Nazir turut menyindir pendirian Abdul Awang berhubung gesaan rundingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.

"Dalam dok ponteng sekolah tu ada hati pulak nak jadi ketua kelas. Dah jadi ketua kelas nak ambik tindakan kat budak-budak pandai dan jaga yang bodoh-bodoh dan gatai," ujarnya dalam loghat Utara.

Sementara itu, Mejar Zaidi Ahmad yang mempersoal status Pas hari ini sebagai pembela rakyat atau pembela Perdana Menteri ekoran tindakan parti tersebut yang mengambil keputusan berkecuali.

"Undian bajet sepatutnya peluang untuk nyatakan bantahan terhadap Najib si penyamun yang telah merompak berbelas bilion wang rakyat.

"Namun, Ahli-ahli Parlimen Pas memilih untuk berkecuali. Jadi, adakah Pas parti pembela rakyat atau pembela Najib?" soalnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Menurut Akram Yusof pula, alasan penyokong tegar Hadi yang ponteng Parlimen kononnya Presiden Pas itu milik dunia adalah sangat bodoh.

"Alasan Haji Hadi ponteng Parlimen dari para pewalak sangat-sangatlah dangkal. Kalau Haji Hadi tu milik dunia, tak payah bertanding PRU14 nanti.

"Jadi macam Yusof Qadrawi pendakwah sepenuh masa. Ada dia main politik? Tanggungjawab sebgai ahli politik dengan ahli agama pun tak reti nak bezakan.

"Sidang Parlimen bukan hari-hari. Takkan Setpol Haji Hadi tak reti nak urus jadual majikan dia?" selar Akram lagi.

Lebih banyak lagi kecaman orang ramai terhadap Hadi dan parti itu selepas Bajet 2017 diluluskan malam tadi dengan menaip "Hadi ponteng" di ruang carian Facebook.

Hadi antara 24 Ahli Parlimen yang ponteng pengundian bajet malam tadi.

Turut ponteng, Najib Razak (Pekan-BN), Muhyiddin Yassin (Pagoh-Bersatu) dan Syafie Apdal. 
-MD


ULASAN GB

Ada dua isu yang signifikan. Pertama isu Hadi ponteng parlimen.

Presiden PAS amat dikenali sebagai seorang yang kerap ponteng parlimen. Apakah kerap ponteng parlimen itu satu budaya baru PAS untuk tidak terlibat di dalam sebarang usul yang tidak menyokong UMNO BN di parlimen?

GB sudah ulas sebelum ini:

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu beberapa undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan, Undang-undang GST dan Bajet 2016.

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah dengan WALLAHI, WABILLAHI, WATALAHI semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur

Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu adalah satu perbuatan paling tidak beradab dan dilaknat Allah dan Rasulnya? Sebab makan gaji buta itulah yang akan menyebabkan seseorang itu keluar masuk hospital untuk dicuci tubuh badannya daripada benda-benda haram yang telah masuk ke dalam tubuhnya, lagi banyak dan lagi lama makan benda haram lagi lama dan lagi kritikal ia berada dalam hospital - itu hukum kebenaran dan keadilan. Tak kiralah dia imam paling besar dalam dunia atau ulamak paling tersohor atas langit. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan ke atas semua makhluk Allah swt.

Lepas itu, suka pula memaki hamun: membarua, celaka, mentololkan orang lain dan menuduh orang khianat, beradab sangatkah itu?

Ada yang berhujjah kononnya haji Hadi seorang yang kuat tahajjud. Kepadanya GB jawab, tahajjud ialah sunat, laksanakan amanah untuk hadir ke parlimen adalah WAJIB. Takkanlah hal sebegitu pun seorang ulamak dunia tak faham dan tak mengerti?

Kedua ialah isu mengenai perwakilan PAS yang berkecuali.

Seperti di dalam tahun sudah, PAS mengambil pendirian dengan mengisytiharkan untuk berkecuali - ertinya tidak ada pendiriaqn.

Sikap dan tindakan PAS tersebut ternyata membuktikan bahawa PAS sudah tidak lagi Blok Pembangkang, tetapi sudah seperti menjadi wakil Bebas yang mesra-UMNO BN.

Najib memang amat senang hati dengan PAS di era kepimpinan Haji Hadi. Itu sebab mengapa Haji Hadi mendapat pujian dari Najib.

Beberapa kenyataan dan pendirian Haji Hadi dan PAS mutakhir ini menampakkan keterasingan PAS dari perjuangan rakyat yang pada PRU13 yang lalu, 52% rakyat mengundi Pakatan Rakyat.

PAS nampaknya menyongsang arus. Tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat.

Kenyataan-kenyataan Haji Hadi dan pimpinan PAS lebih ketara untuk "memisahkan diri" dari blok pembangkang di samping cuba mengambil hati Perdana Menteri, Najib Razak dan parti UMNO.

Sebelum ini PAS tidak bersama PH mengankat plakad menanya Najib "Mana Derma RM2.6 Bilion?", PAS tidak bersama Pakatan Harapan untuk dengan tegas mengusul undi tidak percaya kepada Najib", PAS juga tidak ikut keluar dewan kerana semasa Najib PAS kononnya diatas nama politik matang, tak gila kuasa tapi hanya mahu menjadi Penasihat UMNO BN dan yang terbaru PAS tidak bersama di dalam usul menolak bajet 2017.

Tidak mahu menyokong usul tolak bajet 2017 bererti PAS rela dan redha dengan penindasan dan kezaliman kerajaan UMNO BN yang penuh dengan korupsi itu.

Jika mengikut MP Temerloh, Nasruddin, kononnya ada beberapa hal yang menguntungkan rakyat di dalam Bajet 2016 adalah kerana "budak mentah" dalam politik ternampak dan terpedaya adanya "gulu-gula" yang diselitkan di dalam Bajet 2017.

Apa-apa hal pun, Najib pasti tersenyum girang dengan pendirian Haji Hadi dan PAS.

Penyatuan PAS dan UMNO yang kini sedang diusahakan oleh beberapa bekas pimpinan PAS sendiri kini berjalan baik dan yang malangnya ialah pimpinan tertinggi PAS enggan berterus-terang untuk mengelakkan ahli-ahli PAS meninggalkan parti berkeanaan.

Namun, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang benar itu akan tetap terserlah jua akhirnya. Ia tidak dapat disembunyikan. Rakyat sudah membuka matanya...

p/s ooops nak kongsi satu kisah... 

No comments:

Post a Comment