Tuesday, November 8, 2016

SURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA



YAB Perdana Menteri

Bagi pihak pengundi kawasan saya dan seluruh rakyat di Pantai Timur, saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas usaha YAB Datuk Seri dalam melaksanakan East Coast Railway Line (ECRL). Kereta api bersejarah ini bukan hanya sekadar satu projek,tapi umpama satu titik dakwat terang tertera pada sehelai kertas yg putih. Ia secara radikal akan mengubah kehidupan rakyat sepanjang koridor Pantai Timur, mewujudkan pekerjaan yang baik dan peluang ekonomi kepada rakyat biasa dari yang sekecil-kecil daripada kampung hinggalah  ke sebesar-besar daripada bandar.

Saya amat berpuas hati kerana, seperti yang YAB Datuk Seri sedia tahu, isu ini berada dekat di hati saya. Di Parlimen, sebelum ini saya telah berkali kali mengetengahkan isu jurang perbezaan antara wilayah,antara negeri Pantai Barat dan Pantai Timur. Dan saya sering mengutarakan betapa  negeri Pantai Timur harus dibawa keluar daripada situasi kemiskinan dan kemunduran.Saya telah berkali kali  menyentuh isu perbezaan ini semasa UCAPAN MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG, pada Mac 2015. Sekali lagi, pada bulan Jun saya berucap panjang lebar di Parlimen semasa perbahasan RMK-11. Jadi, projek ECRL ini dan perhatian peribadi YAB Dato' Seri terhadap Negeri negeri Pantai Timur mengembirakan dan memuaskan hati saya.

Saya gembira kerana YAB Dato' Seri mempunyai keberanian dan komitmen tinggi untuk melakukan apa yang gagal dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu. YAB Dato' Seri berhak mendapat kredit yang tinggi kerana membuat satu usaha yang berani dan belum pernah dilakukan sebelum ini bagi meletakkan negeri-negeri Pantai Timur sebahagian dari Initiatif One Belt One Road (OBOR) dan inisiatif New Maritim Silk Road (MSR) yang baru dilancarkan Republik Rakyat China. Ini sudah tentu akan menjadikan negeri Pantai Timur bakal mendapat manfaat terbesar dari ledakan ekonomi China.

YAB Dato' Seri tentunya sudah lama memahami bahawa rakyat di Pantai Timur telah ketinggalan dari segi ekonomi. Sudah terlalu lama, mereka telah disingkirkan dari kemakmuran dan kemajuan yang dinikmati di Pantai Barat, terutamanya di Lembah Klang. Sudah terlalu lama, bandar-bandar dan kampung-kampung telah dikosongkan belia yg terpaksa berhijrah.Ramai daripada mereka terdesak untuk mencari kehidupan yang lebih baik di bandar besar di Pantai barat.Ibu bapa telah dipisahkan dari anak-anak mereka. Datuk nenek dari cucu mereka. Ramai yang telah terputus hubungan dengan keluarga mereka.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Semua itu akan berubah tidak lama lagi kerana initiatif Dato Seri.Apabila sudah siap, kereta api ini akan menghubungkan Pantai Timur ke Lembah Klang di Pantai Barat, Singapura di Selatan, dan China di Utara. Kos barang akan turun, masa perjalanan antara Timur dan Barat akan singkat dan taraf hidup rakyat akan meningkat.Sebagai seorang Perancang Bandar,Saya dapat meramalkan Bandar-bandar  kecil Dan besar akan tumbuh dan kampung-kampung akan menjadi pusat pertumbuhan baru...dan peluang ini membolehkan belia kekal membina Dan memperkukuh ekonomi Dan kehidupan mereka ditempat sendiri.

Pada masa dahulu, Pantai Timur telah terpisah oleh kekurangan sistem perhubungan yg baik-Kelantan misalnya masih tidak mempunyai lebuh raya,walaupun ada yang baru nak dibina sekarang. Saya masih ingat sewaktu kecil betapa sukarnya perjalanan saya ke sekolah berasrama penuh di Ipoh dan Kuala Lumpur. Perjalanan dengan bas dan kereta api dari Kelantan adalah panjang dan sukar - satu realiti yang masih dialami oleh ramai penduduk Pantai Timur hingga hari ini, sama ada mereka peniaga,pelajar, petani, nelayan, atau seorang pelancung.Projek kereta api ini akan mengubah kehidupan mereka dengan cara yang mereka tidak boleh bayangkan sebelum ini.

Tidak lama lagi, seluruh Pantai Timur akan menjadi hab perdagangan,destinasi pelancungan,dan tumpuan pelaburan yang mengagumkan di pentas global.Segalanya kerana keputusan dan kebijaksanaan YAB Dato' Seri yang berpandangan jauh .Dengan mengambil kesempatan dari inisiatif OBOR China, Pantai Timur

No comments:

Post a Comment