Macam teruk sangat UMNO / BN ni merayu agar di berikan sokongan. Tapi adakah UMNO / BN betul pentingkan parti dari individu. Dulu UMNO paksa Pak Lah letak jawatan PM kerana dikatakan bermasaalah. Sekarang ni Najib tak ada masalah ke. Kalau sayangkan parti ini masa terbaik Najib berundur.
UMNO sebenarnya telah membina masalah dari pemilihan MT lagi. UMNO tidak mengiktiraf KJ sebagai ketua pemuda. Satu penghinaan kepada PEMUDA UMNO. Sedangkan yang kalah dalam PRU 12 di berikan kedudukan juga yang tiada jawatan juga di berikan kedudukan menteri. Adakah pemimpin UMNO mengamalkan dasar politik dendam.
Pimpinan UMNO harus sedar akan kepincangan dalam UMNO sendiri. Dari kes KAPAL SELAM yang di bicarakan di luar negara hingga masalah lain seperti lembu , hutang Tajudin ,ALTANTUYA ,LRT AMPANG ,PKFZ dan kerenah pemimpin tempatan.Tetapi UMNO masih mendabik dada seolah-olah rakyat masih di belengu ketaksuban kepimpinan UMNO. Dan rakyat di gambarkan menderhaka kepada " RAJA BERPELEMBAGAAN" sekira tidak memilih UMNO / BN.
Berbagai isu di kaitkan dengan pemimpin PR tetapi UMNO / BN sebolihnya menyembunyikan kelemahan kepimpinan UMNO /BN. UMNO /BN lupa laporan audit negara banyak menegur kepincangan pentadbiran kerajaan dibawah UMNO /BN. Dan kepincangan itu seperti satu mainan dalam pentadbiran UMNO /BN.
No comments:
Post a Comment