TENGKORAK CHEE HANG
Untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.
Buat julung-julung kalinya, parti pemerintah telah membuat kesilapan hatrick
(setakat inilah) dalam menangani isu sambutan Hari Kebangsaan yang
ke-55...
1- pemilihan tema Hari Kebangsaan iaitu "Janji Ditepati" yg mendapat tentangan
1- pemilihan tema Hari Kebangsaan iaitu "Janji Ditepati" yg mendapat tentangan
2- dilakar pula dengan pemilihan logo Hari
Kebangsaan yang begitu hodoh, "lekeh" dan menjadi bahan sendaan rakyat jelata di
internet.
3- pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan yang selayaknya menjadi lagu
tema kempen pilihanraya BN! Liriknya yang 'murah' dan tiada jati diri membuatkan
rakyat kebanyakan sekali lagi tertanya-tanya,
Apa kaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan
perjuangan Tunku Abdul Rahman memerdekakan negara?
Kesilapan-kesilapan hatrick ini tidak mampu untuk
dibetulkan lagi. Menteri Penerangan yang sudah begitu veteran sudah tidak mampu
memahami bahasa rakyat yang celik maklumat. Tidak keterlaluan jika dikatakan
Perdana Menteri berjaya dimalukan dengan aksi tempang anak-anak buahnya.
Benarlah kritikan Mat Sabu bahawa sambutan Hari
Kebangsaan sudah dimonopoli oleh parti pemerintah semahu-mahunya. Lagu tema pun
sudah menjadi lagu manifesto BN.
Jika begini gaya Perdana Menteri ingin melangkah
ke gelanggang pilihanraya umum ke-13, rasa-rasanya tidak salah jika kita katakan
inilah sambutan Hari Kebangsaan terakhir yang dikendalikan oleh Umno dan BN.
No comments:
Post a Comment